tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, February 19, 2014

Perkara yang perlu diambil tahu sebelum memulakan diet atkins

Untuk group utama dijadikan sebagai panduan, pendapat, resepi & pelbagai lagi, anda boleh join group FB Kelab Diet Atkins Malaysia.


Dah request masuk group, tunggu sahaja para admin approve. Lepas itu apa?


1) Ucap terima kasih sebab sudi terima dalam group
2) Cari dan baca fail-fail dalam group yang telah disediakan terutama bahagian permulaan diet atkins
3) Rajinkan diri baca pendapat, komen & post yang dipaparkan. Kebanyakannya ilmu berguna
4) Screenshot atau catat dalam buku peribadi apa yang dibenarkan dan dilarang semasa berDA

* Sabar, baca dan cuba untuk ketahui hasilnya


Contoh anda memang TAK BOLEH TINGGALKAN NASI WALAU SEKALI DALAM SEHARI, aku cadangkan korang janganlah buat terkejut terus ( jika tak mampu ). Mulakan dengan kurangkan kuantiti. Kalau sebelum ini satu pinggan penuh nasi, lepas ini jadikan 1/2. Lepas itu suku & akhirnya tiada langsung.


Dalam berDA, jangan nak kata kita takde makan sedap-sedap. Ada okay! Kita sendiri olahkan. Banyak resepi yang dikongsikan dalam group, rajin tak rajin sahaja nak mencari dah olahkan versi Atkins.


Dalam berdiet, apa sahaja diet, hati kena kental & fizikal kena kuat. Disiplin itu penting. Kalau nak perubahan, ikut apa yang disarankan. Tolong jangan ada istilah cheat terutama dalam fasa induction. Itupun kalau nak nampak perubahan. Huhu.


Rajinkan google, inshaaALLAH akan keluar maklumat yang anda nak. Antara percaya atau tidak sahaja. Ingat ya, tiada paksaan dalam berdiet. Anda sendiri yang pilih dan tentukan. 


Bagi aku, apa yang penting, diet tetap diet tapi kesihatan itu juga diutamakan. Jangan paksa diri andai rasa tidak mampu. Perlahan-lahan inshaaALLAH ada hasilnya.


Entry lain :

Menu fasa induction minggu pertama { entry }

Menu fasa induction minggu kedua { entry }
Resepi versi atkins yang aku hasilkan { entry }



Sertai di FB :


Apa yang penting
Diet Atkin TIDAK PERLU
sebarang ubat untuk kuruskan & maintainkan badan anda
Jaga pemakanan & lakukan workout






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

16 dak comei sayang YUI:

Unknown said...

kalau tira malas nak diet . hehe .

mia izzati said...

pagi tadi buat telur dadar..wuhuhu tabahkan ati lagik ni..tapi da makan roti sekeping hehe..

Unknown said...

ada jgk try atkin ni tapi xleh tahan..badan pon jadi lemah..huhu

AnneRaini said...

nak diet tp xrajin..camno ni?

Unknown said...

yui hebat sebab boleh melakukan! hope sape yg berniat nak DA ni boleh melakukan jugak..

ayut said...

Contohilah yui...hahaha.. :) telah bjya berDA...

Unknown said...

rajin yui berDA,keep it up:)

Unknown said...

diet tiada dlm kamus akak buat masa ni.. tp xtau la pd masa akan dtg.. lepas ada ank ker.. hihi.. mana kita tau kan..

cik ai said...

hepi atkins ;)
cik ai pnah terjebak dgn diet atkins before kahwen
Alhamdulillah
dlm mse 2 minggu dpt turun 5kg

^^ follow cnie ^^

Hazmin Hamudin said...

Nampak perubahan ke DA ni? Hehe.Semoga berjaya ye yui

Anonymous said...

diet KA cm hgt2 tahi ayam je la ni hehehe

ct kektus said...

apa jenis diet pon memang kene kuat mental fizikal. kalau tak, hangat-hangat tahi ayam je lah. hihii

Fifi Nadhrah said...

yui pon DA ke? good luck.. kite tak boleh diet.. perut makin boncet..

Azhafizah MN said...

selamat berdiet atkins pada yang nak berdiet :)

Miss N™ said...

setia betui yui. :)

Nisa Greennnpanda said...

thanks yui bg sumer info nie... nnti nk join la group tue...

sy dh sbulan lbh xmkn nasi.. br tau rupenye nie la diet atkins..kn? sbb tgk makcik sy xmkn nasi or mknan manis dlm mase 3 bln, die trun 10 kg.. sbb tue sy pun nk try.. tp sy takat xmkn nasi je la.. huhu~...

pasnie leh aa follow tips2 n resepi yg yui bg.. ^_^