Merupakan satu laman web yang memudahkan urusan kita untuk membuat perbandingan melibatkan flight tickets & hotels
Kita boleh survey hotel bajet sehingga ke hotel bertaraf 5 bintang dengan harga promosi
Nak beli tiket penerbangan pun mudah!
Pilih sahaja destinasi mengikut bajet anda
Perkhidmatan Traveloka adalah 24 jam 7 hari seminggu
Jadi, dah tentu takde masalah kan untuk kita
=___=
Takpe, sekarang nak pergi ketika berstatus bujang. Boleh view seorang dulu sebelum berdua
Apa yang Yui baca, Pantai Lovina ni kita boleh nampak ikan lumba-lumba
Best kan kalau nampak depan mata
Selalu tengok dalam cerita aje
Bila nampak
real, pasti lain
feelnya!
Mesti comel belaka ikan lumba-lumba ni
3. PURA TANAH LOT
Ada satu kuil yang terletak di laut
Apabila air surut, pelancong boleh berjalan kaki ke kuil tersebut
Jika air pasang, boleh tengok dari jauh sahaja sebab dipenuhi air dan dah tentu kelihatan cantik
Juga banyak dijual cenderamata di sini
Boleh beli bawa ole-ole untuk sahabat handai kan
4. PURA LUHUR ULUWATU
Lagi destinasi wajib yang Yui teringin nak pergi
Cantik sangat air nya
Apa yang menarik, di sini ada
Kecak Dance
Bolehlah tengok tarian & kebudayaan orang sana
Dah pergi ke negara orang, haruslah tengok sendiri
Juga merupakan antara tempat terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam
5. WAHANA WATERBOM BALI
Telah diiktiraf sebagai waterpark terbaik oleh TrpAdvisor
Terdapat 9 jenis permainan seperti Smash Down, Funtastic, Pipelin, Boomerang, Super Bowl,
Boogie Ride, Lazy River, Race Track dan, Climax.
Mempunyai luncuran seperti ular dan air yang sangat tenang
Sangat sesuai untuk seisi keluarga bagi bersantai
6. PANTAI JIMBARAN
Kata tadi nak berhoneymoon dengan tersayang, di Pantai Jimbaran adalah tempat terbaik
Sebab kita boleh menikmati makanan di tepi pantai dengan suasana yang romantik!
Makan malam ditemani lilin dan deruan ombak
Juga ditemani alunan dan tarian tradisional rakyat Bali
Dok terbayang-bayang dah berada di sana weii!!
7. PASAR SENI SUKAWATI
Tak sah kalau ke tempat orang, kita tak beli ole-ole untuk di bawa pulangkan?
Jadi tempat yang sesuai untuk beli cenderamata di bawa pulang
haruslah di Pasar Seni Sukawati
Terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti baju,
keychain, lukisan
Yang paling menarik, di sini tawar menawar dibenarkan
Adalah lebih baik kita pergi di saat kedai baru dibuka sebab orang sana percaya
Orang yang membeli di awal pembukaan memberi rezeki buat mereka
Fuh, kalau ikutkan hati banyak lagi tempat nak pergi kalau sampai ke Bali
Terutamanya pantai-pantai yang menjadi tumpuan para pelancong
Indah sungguh saat menikmati deruan angin di tepi pantai
Nampak tak Yui dah berangan lebih ni, hehehe.
Moga ada rezeki Yui untuk menang dan bercuti dengan
TRAVELOKA
Doakan ya, InshaaALLAH