tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, May 31, 2016

Jeruk betik masam pedas




Rezeki tuan rumah kutip sewa. pastu dia bagi jeruk betik ni. Buat sendiri ni. Fuhhh, rezeki jangan ditolak. Hehehe.


Terima kasih tuan rumah yang sentiasa bermurah rezeki bagi macam-macam.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kedudukan dan panggilan keluarga asas dalam masyarakat Melayu





Dalam keluarga aku tak guna panggilan ini
Huuuuuu 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 30, 2016

Mini popia ikan bilis siap untuk COD



Alhamdulillah semalam pulun buat dengan mak dan adik
Menjanjikan yang terbaik buat pelanggan tersayang


Kalau ada yang berminat nak tempah
[ baca entry ini ]


Krup krap krup krap habiss !!


Terbaikkkkk
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Brownies sedap area Station 18, Ipoh

Laaa ni mulut suka benor dengan brownies. Rasanya dah lebih 4 orang penjual brownies aku dah rasa. Semua ada citarasa tersendiri. Dan aku haruslah mengikut citarasa tekak. Yang mana sedap untuk aku, pastinya aku repeat lagi.




Oklah,
Ni nak bagitahu seorang lagi penjual brownies area Station 18, Ipoh. Saiz macam ni harganya RM 8. Bagi aku harga sebegitu releven dengan rasanya yang sedap. Badam pun banyak. Sedap sungguh bila masuk mulut dan kunyah. Woooow!!


Orang Ipoh terutama Station 18, bolehlah beli dan rasa sendiri. InshaaALLAH puas hati.


Facebook : Nur Muniza



Cepat kelebek FB tau sebab macam-macam ada. Tapi bagi aku yang terbaik adalah brownies. Kek coklat cheese pun dah rasa.


Nanti habaq tau dari Yui, mana tau dapat diskaun lagi. Ekekekeke.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 27, 2016

PROMOSI PERLAKING SEMPENA RAMADHAN



Lagi PROMOSI sempena bulan Ramadhan
PROMOSI PERLAKING HINGGA 6 JUN 2016

OFF RM 70

OFF RM 70 
OFF RM 70


Yang serius boleh Inbox yui terus ya 
๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ


InshaaALLAH memang best guna PERLAKING

Mencari perkhidmatan terbaik, cari Yui
Nak buat perbandingan harga, maaf ya 
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Glow-glow shine uols 
๐Ÿ˜˜
Cepat grab sebelum harga kembali pada harga asal naaaa
๐Ÿ“ฑ
019 233 1810


YUI GUNA YUI JUAL



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Situasi biasa ketika pergi Open House atau sebarang majlis





Takpe, bawa bertenang walau kadang hati terasa
Tapi kejap ja
ALLAH ada percaturan terbaik buat kita
InshaaALLAH




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 26, 2016

GIVEAWAY : PERENCAH IKAN BAKAR BY AZATIESAYANG



Jom sama-sama memeriahkan lagi


Tamat 10 Jun 2016

Hadiah-hadiah :
5 Botol Perencah Ikan bakar( 5 Pemenang )
RM5 X 2 TOPUP ( 2 Pemenang )


Moga ada rezeki, InshaaALLAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 25, 2016

Review Filem : Ada Apa Dengan Cinta 2

Aku tengok dengan kakak rumah 17 Mei 2016. Berdua. Lambat tengok sebab nak cari masa lapang. Ecehhh, padahal malas tengok time orang sibuk nak terjah wayang. Hahaha.




Yang pernah tengok AADC pertama inshaaALLAH lebih faham. Sebab AADC2 kesinambungan selepas beratus purnama. Fuuuhhhh.


Apa pendapat aku tentang AADC 2?
Bolehlaaah. Beratus purnama aku nak tau apa kisahnya dia p gitu aje. Kisah ni lebih santai sahaja. Takdelah nak menusuk kalbu sangat. Tak sampai buat aku menitiskan air mata. Hahahaha.


Ikut logik,
Banyak cara kau nak berhubung semulakan. Tapi yela cerita, kang tak jadilah sejam lebih dalam wayang. Hahahaha. 


Puisi?
Tak menarik. Haaaa. kemain kau yui dok condem bagai. Heeee, ini pendapat aku lah. Biasa aje puisinya. Lebih suka yang lama.



Tak tau pasaipa aku rasa nak tarik rambut Rangga
Muahahaha!


Secara keseluruhan,
Aku bagai 3.5/5. Jadilah kan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

[cari duit raya] : Mencari dropship Perlaking




Kalau yui open untuk sesiapa yang nak jadi dropship, ada yang nak tak


Tak susah mana

Yui boleh ajar

Cara Yui dulu, 
Yui follow apa stokis/leader buat 
Dia buat iklan, yui buat 
Kadang kita copy dan olah ayat ikut kefahaman


Dok fikir, 
Kalau ada dropship, pastu ada yang dapat buat sale kebabommmm 
๐Ÿš€๐Ÿš€



Niat nak bagi gold bar iaitu EMAS 
๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kalau berminat, boleh Inbox Yui ya 
๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

L5-007/A02 NURUL YUI 
๐Ÿ“ฑ
019 233 1810


ENTRY BARU SCROLL BAWAH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Chee Cong Fun food court AEON Station 18

Antara menu yang rajin aku beli kalau masuk AEON Station 18. Lebih suka asam laksa tapi sesekali rajin beli yang ini.




Chee cong fun biasa rasanya RM 4.50. Isi ikan dan lain-lain aku tambah seketul dua. Saja bagi meriah pinggan. Yang pasti, aku habis makan sebab aku suka. Heeeee.


Kenalah dengan tekak aku yang suka biasa-biasa aje.


Makan ini dulu sebelum layan AADC 2. Review entry berikutnya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 24, 2016

Aiskrim Magnum Pink Pomegranate

Ini lagi satu pengaruh tb. Nasib baiklah aku dah tak amalkan diet Atkins, kalau tidak mau terliur aje. Hahahaha.


Teringin sangat nak rasa yang ini. Lagipun packing dia warna pink memang menarik perhatian kaum wanita. Ewaaahh.





Bila dah rasa,
HAMPA. Itu je yang pertama. Aku lagi suka perasa lain. Yang ini, macam rasa biasa. Tak terasa apa pun sangat. Huaaaaa, rugi mak jemah beli tau. Nasib baik beli 1 jeeee.


Korang pernah rasa?
Suka ke atau tak suka, macam aku juga. Tapi kan, lain orang lain seleranya. Gituuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perfume Precious by Che' Ta

Jujur,
Aku jarang pakai perfume. Tapi kalau ada bauan yang aku suka, memang aku beli. Bila dah beli, sayang plak nak guna. Hahaha. Entah apa-apa.


Ok, berbalik pada perfume Precious by Che' Ta.
Memang viral sebab ramai aku tengok yang beli. Mula-mula dulu tak terpengaruh tapi sebab sendiri nak hidu bau, beli jugala. Harga RM 29.90.




Aku pakailah sekali dua lepas itu masuk dalam kotak. Dan dah selamat letgo pada yang nak. Aku jual RM 20.


Heeee,
Kenapa letgo? Sebab aku tak berapa kenan bauan macam ini. Aku lebih kepada bau sweet buah atau bunga yang lembut. Contoh perfume Escada.


Hat satu lagi pun tak pernah hidu. Tapi ada satu jenis perfume dari Rita Rudaini, aku agak berkenan. Tengoklah nanti macam mana.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 23, 2016

Kepak ayam madu

Ini kisah beberapa minggu lalu. Eh minggu ke, macam dah berbulan. Huuu, tak kisahlah asalkan aku ada ambil gambar dan rajin nak update macam ni di blog. Yang lain, tak kisaaaahhh.





Lokasi : Pasar Malam Station 18, Ipoh


Tengok luaran dari segi saiz, warna memang nampak umphhhh! Tapi bila dah rasa, alaaaaa macam biasa. Tak macam dulu. Serius!


Sekarang harga 1 kepak ayam hampir RM 2. Sebenarnya aku tak kisah bab harga kalau makanan tapi biarlah bertepatan dengan rasa juga.


Jadi,
Jenis aku kalau sekali rasa tak umphh, aku takkan ulang beli yang sama. Haaaa.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cinta ibarat siput babi





Aku SETUJU macam kenyataan di atas
Hahahaha !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 20, 2016

Cabaran & dugaan selepas nikah





Fikiran yang matang perlu ada
Moga dipermudahkan
Aameen




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 19, 2016

Tips Kecantikan : Scrub dari beras pulut

Ini mak aku yang ajar. Petua orang tua. Memang mudah dan hasilnya memang superb!! Bahan pun biasanya ada kat dapur.




Bahan-bahan :

1) Beras pulut
2) Sedikit air


Sangai beras. Ala yang golek golek atas kuali tanpa minyak sampai kekuningan. Blendkan bagi hancur. Kalau rajin tumbuklah.


Pastu masukkan dalam piring. Campur dengan air sikit. Bila kita nak guna, kita letak tapak tangan terus gosok bahagian badan yang kita nak. Kalau rasa beras tu dah kering, tambahkan lagi air. Macam tu la seterusnya.


Tenyeh tenyeh dan tenyeh sesedap rasa. Yang mana tak biasa, rupa beras tu nanti kehitaman. Tu namanya daki. Hahahahaha.


Cubalah tau. Aku memang suka sebab satu badan aku tenyeh. Belakang badan boleh buat sendiri? Memang taklah. Jadi, maklah yang tenyeh belakang aku. Terbaik habaq hangpa.


Korang kena cuba dan rasai sendiri perbezaannya ok. Lembuuuuuttttttt badan korang.


Mak cakap,
Dia pernah buat sebelum dia nikah dengan abah. Tu pun orang keliling paksa buat. Ehh !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kudapan Kiwi Kering

Waktu pergi Mydin haritu, nampak kiwi kering ni. Macam sedappp aje. Sebelum kepala dok teringin bagai nanti, ambil juga sebungkus. Harga lebih kurang RM 5. Okay sangatlah dari nak beli yang fresh, sebiji mahal wooo.




Rasa pun sedap. Takde rasa terlalu manis atau terlalu tawar. Sedang elok je dengan tekak. Boleh lah jadi snek petang kalau tetiba lapar sekejap. Heeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 18, 2016

Akhirnya dapat juga Elvina Marsala dari Zawara

Kadang ada benda kita kenan tapi bila tengok harga, dibiarkan dulu. Kadang ada benda kita kenan, tak kira harga mahal atau murah tetap juga nak dapatkan.


Eh, mukadimah kemain!
Oklah nak cakap kat hangpa, baju yang sekian lama ku idamkan [entry 21/9/2015], aku dah dapatkan waktu Zawara Ipoh buat sale kebaboom Sabtu lepas.


Waktu sampai dah lewat petang, yang tinggal banyaknya saiz XL ke atas. Tapi bila tengok tang baju ni, tinggal sepasang aje saiz M. Tanpa cuba, terus sambar dan bayar. Haaaa, nampak tak kerakusan nak juga baju ni?



Dapat warna sebiji macam gambar atas. Padahal hati nak warna biru. Huuu, takpelah, janji ada. Harga asal baju ni RM 199. Alhamdulillah dapat lebih murah waktu sale tu. Tak nyesal ajak mak abah pergi. Hahahaha.


Alhamdulillah,
Dah cuba pakai di rumah. Selesa pakai saiz M. 


Kalau ada yang nak hadiahkan apa-apa koleksi baju dari Zawara, bagi saiz M ya. Ehhh !!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bento 2016 : Salad Thousand Island

Ewahhh, edisi bekal si bujang kembali lagi. Dasar bujang pemalas macam aku, jadi menu macam ini jelah yang rajin. Heeeee.




Bahan-bahan :

1) Salad
2) Lobak merah
3) Tomato
4) Sosej
5) Mayonis thousand island


Hanya perlu rebus sosej & lobak. Pastu gaul dengan mayonis. Selesai.


Sedia untuk dihidang. Bahan lain boleh tambah ikut tekak masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 17, 2016

Review Peribadi : Anis Chocolate Cake

Kalau aku pergi Mydin Meru, Ipoh biasanya aku akan perhatikan kek coklat Anis dalam peti tu. Pastu dok fikir nak beli ke taknak. Beli macam sikit je macam tak cukup, tak beli nanti teringat-ingat. Huahua.



Akhirnya beli lah juga. Baru perasan harga dah naik. Sekarang RM 6+. Mahal tapi sebab sedap, ku gagah juga beli. Bukan selalu. Heeeee.


Kesimpulan,
Aku suka sangat kek coklat Anis sebab lembut dan coklatnya. sedap. Tambahan coklat dia lagi banyak dari kek. Kek pun moist ajee walau letak luar peti ais. Memang terbaikkkkk !! Kekalkan kualiti anda ya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Agen Perlaking & Revell Perak

Oklah, sekali sekala selfie masuk dalam blog pulak apa salahnya kan. Janji bukan gambar merepek meraban. Ececehhhh. Motif gambar sebenarnya nak bagitahu,


Inilah owner blog Corat Coret Nusha
Agen sah Revell
Agen sah Perlaking
Pemilik FB : Nurul Yui Collection







Jangan meluat tengok aksi kita naaa. Huahuaaaaa.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 16, 2016

REVIEW : Cadbury 5star

Haritu membeli barang untuk buat mini popia ikan bilis di TF, tertarik dengan bungkusan coklat ni. Rupanya keluaran Cadbury. Saja rembat 1 untuk rasa.




Kesimpulan :
Aku suka sebab tidak terlalu manis. Isi dalam agak crispy dan tak terlalu kenyal. Harga pun biasa, RM 2.50.


Kalau korang penggemar coklat,
Bolehlah cuba ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Laporkan kezaliman haiwan : Talian yang boleh anda hubungi





Elakkan sifat ZALIM !!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 13, 2016

Yui jawab apa anda tanya

Ewaaaahhh,
Kemain tajuk rasa minta lempang. Oklah, ini gara-gara entry "berani" aku bagi sesiapa yang nak tanya, tanya aje. Jadi, ini entry untuk memberi jawapan.


Nurfaezah Abdullah : Anak no berapa?
Yui : Nombor 1 a.k.a Kak Long


Siqah Hussin : Yui umur berapa, kerja apa, tinggal mana?
Yui : Tahun 2016 bersamaan 28 tahun, kuli di Arrahnu, Sg Siput, Perak


Diana RashidAkak ada baca kat satu blog ni dia kata boleh mandulkan kucing seawal 3 minggu..tapi ada hari tu akak tanya Fuzie dia kata kena tunggu 3 bulan sebab nak menyusu anak..

Tapi kan ..kalau kita nak mandul kan dalam masa 3 minggu tu boleh ke?boleh ke kita beli botol susu kucing dan susukan dia je sementara nak tunggu mak dia ok ..

Keliling rumah akak ni banyak kucing jantan.Tu yang risau sangat ni..Sejak beranak sampai sekarang akak tak bagi lansung Cici keluar sebab takut kucing jantan dekat..

tak nak la dia mengandung dah sebab anak dia ni banyak .lagipun takut jiran2 tak suka je

Yui : Yui pernah mandulkan ibu kucing yang baru melahirkan anak. Tapi Yui buat lepas sebulan dua dia beranak. Alhamdulillah okay, kalau akak berani, boleh buat. Ikut nasihat veterinar. Kurung adalah langkah yang terbaik untuk elak dia mengawan lagi sementara menunggu masa untuk dimandulkan.


Siti Nurzafirah : Siapa Syafiq?
Yui : Teman tapi mesra. InshaaALLAH kalau ada jodoh, dialah bakal imam


Ok, selesai sudah menjawab. Semua dah tahu kan?
Kalau rajin, aku buka lagi episod Anda tanya, Yui jawab. Eceeeeeeh!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hebatnya berSEDEKAH







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 12, 2016

Air RM 9.90





Inilah air berharga RM 9.90 untuk cup tinggi. Kalau rendah tak silap RM 7.90. Rugi ambil rendah. Hahaha.


Apa nama entah air ni. Ada di food court AEON Station 18, Ipoh.


Tea 3 layer gamaknya. Bawah tu ada kacang merah, ada cincau, teh, susu, aiskrim. Sedaplah juga tapi tak habis pun. Mak aku plak habiskan sebab dia suka. Heee, takpe mak, nanti orang belikan yang baru untuk mak.


Air macam ni nak beli sekali sekala takpelah. Selalu, kopak weiii.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tinggalkan yang lama kerana yang baru?




Memang wujud orang macam ini
Tapi semuanya mesti BERSEBAB





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 11, 2016

Awak ada soalan, tanya Yui




Ini namanya peluang TERBUKA untuk sesiapa yang nak tanya
Silakan tanya di komen
Kalau banyak pertanyaan, aku jawab dalam satu entry khas




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hadiah untuk diri sendiri disebabkan el nino

Waktu aku keluar haritu, memang aim aku nak dapatkan kipas untuk bilik sendiri. Yelah, rumah sewa harapkan kipas syiling aje, rasa tak cukup memandangkan sekarang musim panas.





Mula-mula survey kat Seng Heng tapi bila masuk AEON, macam lagi senang nak beli jadi belilah kipas ni kat AEON. Harga tak sampai RM 100. Puas hati!!


Kipas,
Sila berbakti dengan baik ya. Takmau meragam apa sebab awak ada waranti 3 tahun. Muehehehehe !!


Tapi sekarang cuaca aku dah rasa ok sebab tidur pun aku cari selimut. Kalau tidak, selimut tu tendang ke tepi. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 10, 2016

Apa semua perlu buat bila isteri badmood?





Betuike akak-akak adik-adik yang dah kahwin tu?
Heeeee =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 09, 2016

Susu Pisang Korea yang hot!

Kalau tengok cerita Korea, selalu dok nampak deme minum susu pisang ni. Tengok macam sedaapppp ajeee.


Aku tahu kat AEON biasanya ada jual, tapi macam tak nampak jual 1 kotak kecil tapi dok jual 1 pek ada 6 kotak. Harga pun ya ampunnnn, nangesss mak !!!





Minggu lepas,
Nampak ada ala-ala pesta barang Korea di Aeon Station 18, apa lagi nampak susu ini jual per kotak, lajulah tangan capai.


Eh, sebelum capai kena belek dulu. Ada tak halal. Alhamdulillah ada. Bukan apa, berhati-hati. Taknak was-was.


Maka tertunailah nak merasa.
Pendapat aku?
Pekat & sedap. Sekali sekala layan takpe sebab harga 1 kotak kecil RM 4 dik noooon.


Buat lepas hajat . Hahahaha !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 06, 2016

Ujian ALLAH tanda DIA sayang

Benar,
Ujian yang ALLAH berikan pada kita
Itu tandanya DIA sayang pada kita


DIA tahu kita dapat tempuhinya


Salam Jumaat




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 04, 2016

Bagi masa dan ruang

Maaf sebab tak banyak entry nak update
Nak bagi masa dan ruang
Pada hati, akal fikiran
Agar lebih sabar dan bertenang


InshaaALLAH
Tak lama
Kalau nampak update pasal Perlaking
Itu semua auto update


Bagi Yui masa ya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 03, 2016

Seronok menjadi "bahan"

Tak tahu nak mulakan macam mana.
Tak tahu nak sampaikan.
Yang aku pasti,


Diri ini dah menjadi "bahan"
Untuk orang lain perli, tertawa, simpati


Ikutkan hati syaitan
Lama dah aku balas kembali
Tapi aku masih ada akal
Masih mampu sabar
Masih mampu menahan air mata dari keluar


ALLAH,
Berat rasanya diri ini
Apakan daya
Aku doakan yang terbaik


Aku berharap ALLAH beri kekuatan pada diri ini
Untuk hadapi hari mendatang


Aku insan biasa yang lemah
Yang mengalirkan air mata saat diri rasa sangat tertunduk !!


Takpe, Yui kuat =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 02, 2016

Glow glow Shine bersama Perlaking





Dapatkan perlaking original dari Yui
Pastikan yang menjual sertakan ID YA๐Ÿ‘Œ


Kawasan Ipoh, Sg Siput dan berdekatan 
Postage 1 Malaysia ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ


Harga biasa RM 160
Harga promosi RM 120
Tidak termasuk postage

Jimat RM 40 !!


L5-007/D02 NURUL YUI
๐Ÿ“ฑ019 233 1810 


#perlaking #trusteddropship #originalperlaking#penggunaperlaking 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^