Friday, December 13, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Nasi Goreng cara Atkins

Bagi yang tahu tentang Atkins, 2 minggu tempoh induction anda tidak dibenarkan mengambil nasi dan adik beradik dengannya. Selepas hampir 10 hari tak telan nasi, aku pun cuba buat "nasi" goreng cara Atkins. 


Resepi diambil dari group FB Kelab Diet Atkins.





BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Bunga kobis ( sukahati kita banyak mana )
2) 1/2 batang cili merah/cili padi
3) 1 biji bawang merah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 biji telur
6) Sedikit ayam ( tak letak pun boleh )
7) Sedikit garam
8) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bunga kobis dicincang halus ( ikut suka )
2) Bawang, ayam & cili dipotong ikut kesesuaian
3) Tumiskan bahan (2) terlebih dahulu menggunakan sedikit butter
4) Kemudian masukkan bunga kobis ( anggap itu nasi )
5) Masukkan sedikit garam
6) Pecahkan telur ( boleh buat telur mata juga )



Itu sahaja. Senangkan? Macam kita masak nasi goreng. Nak letak udang boleh. Ikut kesesuaian & tekak masing-masing. Bagi yang tengah "berpantang" guna bahan yang dibenarkan sahaja. Jangan langgar pula. Huhu.


Sambal petai & sayur mak aku yang masak. So itu sebagai lauk daku. Pengubat rindu kepada nasi yang dah lebih seminggu tak telan. Muahahaha!


Korang kena rasa baru tahu macam mana. Best! Belum cuba belum tahu.


Isnin 16/11/2013 genap 2 minggu
daku dalam fasa induction diet atkins
TIDAK GUNA SEBARANG PRODUK
Hanya kawal cara pemakanan
ikut fasa yang ditetapkan
=__=


Mana nasi?
Bunga kobis itulah "nasinya"


Update :
Petai juga tinggi carb
Boleh makan sikit atau sebaiknya elakkan ketika induction



30 comments:

  1. atkin ni produk apa plak? lamanya x masak nasi goreng. masak kt kedai selalula.. hehe

    ReplyDelete
  2. chayokk chayokk yui. :D

    2 minggu tu lah fasa yg kene kuat sekuatnya kan. :)

    ReplyDelete
  3. rasa mcm nk try jugak diet atkins ni. tp mcm terlalu straight sgt. yela, cuma boleh mkn ayam, daging, ikan n sayur je kan? buah pon x blh :P

    ReplyDelete
  4. simple tp bkhasiat..nanti nk try gak

    ReplyDelete
  5. atkin tu apa? kes malas nk google hehe

    ReplyDelete
  6. xpernah terpikir nasi goreng cenggini... kobis tu kena halus2 ke?

    ReplyDelete
  7. waa..sedapnya yuii :)

    singah klik maple story nuff :)

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya yui...wawa start buat dari awal tahun...tapi selalu kantoi :) nanti share before and after k :)

    ReplyDelete
  9. yup,better kawal pemakanan..kalau guna produk pun,kena kawal pemakanan gak..;)

    ReplyDelete
  10. betul tu yui..2minggu kene thn jgn sentuh nasi..lepas tue boleh lah skit..tapi kene kuat gak tahan segala mkn2 yg sodap..
    chaiyokk yui..

    ReplyDelete
  11. yui ber'atkins juga kah?? wish u good luck...!!

    ReplyDelete
  12. hazabnya xleh mkn nasi lg...uhuhu...gudluck ea

    ReplyDelete
  13. salam yui..teruskan memang boleh kurangkan berat badan..kak ita pernah cuba dulu..tapi tak mentin....nak start balik yg malas...banyakkan minum air kosong...

    ReplyDelete
  14. fiza bertahan 2 minggu je yui..tak tahan tgk nasi..huhu..kalau kerajinan fiza ade..nak cuba semula :) good luck yui..menu ni pun nampak sedap!

    ReplyDelete
  15. itu lah baru nak tanya mane nasi.. rupanya kobis tu nasi.. emm macam sedap la..hehe

    ReplyDelete
  16. Boleh telan ke ? Wuuuu macam tak sanggup Y________Y

    ReplyDelete
  17. wah yui pon diet atkins ke..cousin saya pun amal diet ni, skrg dah lost dlm 10 kg utk sebulan lebih,,tp kena betul2 determine kan nak diet ni,,susah nak kwl selera tau,.

    ReplyDelete
  18. fuhh..dua minggu tak makan nasi...!

    caiyokk yui..!

    ReplyDelete
  19. Sya pun pernah cuba diet cara ni. Sampai sakit la. Last saya makn nasi juga. Tak turun pun berat saya. Salam kenal. Cari info pasal bandung. Kalau ada masa jom la join GA saya.

    http://isabellaidura.blogspot.com/2013/12/havoc-giveway.html

    leh jadi kawan dan menang hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cmne leh tk trun yer? Atleast 2kg mst trun dlm 2 minggu tu.

      Delete
  20. pergghhh.. akak lain2 x kesah sgt.. cuma terliur tgk petai tu jer..haha.. ;p

    ReplyDelete
  21. wahhh..ngah diet atkins lagi ke skrg?

    dh bape kilo turun? heee

    ReplyDelete
  22. macam best je. boleh la cuba masak ni. hihi thank you bagi resepi =D

    ReplyDelete
  23. Petai leh makan ke waktu induction..?

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^