Pastinya ramai mengetahui tentang berita yang amat mengejutkan rakyat Malaysia. Penemuan remaja OKU berusia 15 tahun di kurung & berada dalam keadaan yang menyayat hati di Nilai. Sangat memeranjatkan apabila melihat dirinya yang sangat daif.
Melihat video yang telah tersebar luas itu telah membuatkan air mata ini menitis. Satu perkataan yang terlintas difikiran, KEJAM! Laju sahaja berfikir siapa yang sanggup memperlakukan beliau sebegitu. Dengan status OKU membuatkan hati terasa lebih sebak.
Ibu? Ibunya telah ditahan reman untuk siasatan selanjutnya. Melihatkan raut wajah ibunya, dengan gaya, rupa seperti agak mustahil "kemiskinan" melanda mereka sekeluarga. Walau semiskin mana tidak bermakna boleh melakukan "kekejaman" sedemikian kepada manusia lain terutama anak sendiri.
Pada pandangan mata aku sebagai manusia, walau apa pun situasi kita tidak bermakna perlu memperlakukan seorang manusia seperti itu. Binatang juga tahu sayangi anaknya. Inikan manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.
Melihat kepada keadaan terkini adik itu, alhamdulillah. Dia berada dalam jagaan baik pihak hospital. Moga dia sentiasa dalam keadaan sihat & manusia yang memperlakukannya sebegitu dikenakan tindakan sewajarnya. Moga nasibnya terbela.
Yang benar,
Insan yang berhati tisu
sedih kan
ReplyDeleteKisah tu sangat menyayat hati.. Huhu. Sedih sangat.
ReplyDeleteBetapa besarnya kuasa Allah SWT, hingga kita dipertemukannya dgn tidak disangka2
ReplyDeletesalam. entahla yui..tak tahu nak cakap apa da..kesian sungguh
ReplyDeletesedih sangat bila tahu berita ni
ReplyDeletekan yui.
ReplyDeletekite sakit sgt hati
tak kisah la apa masalah yg mak dia hadapi sekalipun
dia x patut buat anak dia macam tu
semoga ada pembalasan atas kekejaman yang dilakukan..
ReplyDeleteSalam, wuu tgk video nya mmg sedih betul..kesian budak tu, nasib org yg jumpa dia tu usap2 pale budak tu, sedih tgk...mak dia, xtau lah nak cakap ap, jawablah dgn Tuhan klw betul dia biarkan anak dia mcm tu sbb malu nk jaga..hmm, tp Alhamdulillah, sbb budak tu dijumpai dan diselamatkan..:)
ReplyDeleteakak menangis tgk video tu...baca paper pon sebak...
ReplyDeletetergamak sungguh mak dia buat camtu kan.. kesiannyaa..
ReplyDeletesusah tu masalah lain
ReplyDeletemintak lah tolong orang terdekat
takkan tak boleh..
kalau orang tak nak tolong bawa ke jkm baru boleh salahkan orang len
sgt2 tak dpt terima apa yg mak dia buat..
ReplyDeleteserius yui..shida tfikir2 lah..org yg betul2 sssh pn xtgalkn ank dorg..ni lg2 OKU huhu..mmg kesian dgn nasib adik firdaus ni.
ReplyDelete