Thursday, October 27, 2011

Doaku buatmu insan yang daku kasihi..



Ya Allah Ya Tuhan ku..seandainya telah Engkau catatkan "dia" untuk menjadi milikku,tercipta buat diriku..satukanlah hatinya dengan hati ku..
titipkan lah kebahagiaan diantara kami agar kemesraan itu 
menjadi abadi di dalam hubungan kami..

Ya Allah,Ya Tuhanku yg Maha Mengasihi..seiringkanlah kami untuk melayari hidup ini dgn sejahtera & abadi..tetapi Ya Allah,seandainye telah Engkau takdirkan "dia" bukan milik ku..
bawalah ia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku..
dan pelihara lah aku dari kekecewaan..

Ya Allah,Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..berikanlah aku kekuatan untuk melontar bayangannya jauh ke dada langit agar aku boleh hidup bahagia...walaupun tanpa bersama dgn dirinya..
Ya Allah yg Tercinta..
gantikanlah yang telah hilang,tumbuhkan lah kembali yg telah patah..
walaupun tidak brsama dengan dirinya..

Ya Allah,Ya Tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takdirmu..sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan..adalah yang terbaik buat diri ku..kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini Ya Allah..
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku di dunia & di akhirat..
dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini 

Ya Allah..janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat..maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..s
upaya aku & dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai..
dan kurniakanlah padaku keturunan-keturunan yang soleh..amin..


n/y : Moga dia insan terbaik buat diriku..
amiiinnn...
moga kalian juga yer..



11 comments:

  1. Amiiin, hehe.Eza doakan yang terbaik Yui..Yui, eza dah hantar penyertaan pantun.. Check it out keh.. :)

    ReplyDelete
  2. Amin...wamakaru wamakarullah wallahu khaoirul makirin..=)

    ReplyDelete
  3. amin..anis medoakan kamoo juge..heee..:)

    ReplyDelete
  4. aminnnn =]

    mudah2kan kembor dpt suami yg baik utk die nnti!

    ReplyDelete
  5. Yui...

    Nita sangat sedih bila baca ayat ni. Disebabkan bacaan doa ni, Nita makin jauh dengan ex Nita. huhu.

    "tetapi Ya Allah,seandainye telah Engkau takdirkan "dia" bukan milik ku..
    bawalah ia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku..
    dan pelihara lah aku dari kekecewaan.."

    Allah tu dah tunjuk kat Nita kebenarannya. Sampaikan Nita ubah2 doa ni. hurm. Tpi itulah hakikatnya! Nita tak terlindung dari rasa kecewa tu. :((

    :(

    ReplyDelete
  6. Amin..semoga pilihan kita tu pilihan yg terbaik!

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^