Thursday, January 09, 2014

RESEPI : Sate Ayam versi malas

Konon teringin nak buat sate sendiri tapi kenapa tajuk aku di atas malas? Sebab aku terlupa beli lidi nak cucuk perapan ayam tu. Kalau difikirkan masuk ngap dalam mulut juga. Lidi pun terbuang. Bazir! Haha.




Bahan perapan aku tengok page FB tapi dia tak bagi lengkap berapa batang, berapa ulas nak letak. Maka ku gunakan "akal" logik untuk sebatikan semua. Bajettt terror kan? 


BAHAN & CARA PERAPAN 
1) 4 batang serai
2) 3 biji bawang besar
3) Sedikit halia
4) Sedikit lengkuas
5) Garam secukup rasa
6) Sedikit jintan manis
7) Sedikit jintan putih
8) 1 sudu besar serbuk kunyit
9) 10 pek equal ( sebab diet atkins ) - Gantikan dengan gula 
10) Sedikit air untuk blend bahan di atas

* Boleh tambah cili padi jika nak pedas

Kesemua bahan diatas di blend hingga sebati. Baunya haruuuuummmmm! Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais. 


Nak simpan bahan perapan lebih lama, korang masak hingga didih. Boleh tahan mungkin hingga seminggu.


Sekarang kita pergi ke cara sate. Ala senang sahaja. Korang perap ayam yang dipotong kecil dengan bahan perapan diatas. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam. Kalau lama lagi bagus sebab lebih sebati.


Cara nak masak?


Masuk sahaja dalam oven lebih kurang 20-30 minit atau hingga nampak masak atau boleh guna cara bakar manual. Masukkan sekali sayur seperti brokoli, bunga kobis, bawang, lada benggala. Ikut suka korang asalkan korang makan.


Boleh gantikan ayam dengan daging, udang, sotong. Bahan perapan masih yang sama. Bahan perapan di atas memang aku dah pelbagai guna untuk masak benda lain. Muahahaha!


Selamat mencuba.



19 comments:

  1. menariK! harus cuba. da mcm nak buat ayam rempah juga

    ReplyDelete
  2. cam senang plak resipi sate malas ni ek, cilok resipi ye

    ReplyDelete
  3. hm.. sedap ni.. nak try buat. tapi xnk buh brokoli ..

    ReplyDelete
  4. takde lidi pun satay jugak kan yui asal cara perap,bahan dan bakar lebih kurang gitu.

    ReplyDelete
  5. kuah ade tak ??
    ko ni muda2 lagi terer dah memasak

    ReplyDelete
  6. sate ayam siap ada brokoli lagi tu..spesel nih.. :)

    ReplyDelete
  7. yui,ada 1 lg bahan paling penting yg tertinggal. + kasih syg :D

    ReplyDelete
  8. versi malas yang lawak tu...
    dik, kalau malas, langsung tak berasap dapur taw mcm akak ni...hehehe...

    ReplyDelete
  9. xda lidi pon ok la yui.boleh join makan dgn nasi ke. hahaa.

    ReplyDelete
  10. tak tau da komen ke tak entry ni..


    nmpk menarik yui.. simple je buat

    ReplyDelete
  11. takyah lidi pun takpe..janji makan..haha

    ReplyDelete
  12. takyah lidi pun takpe..janji makan..haha

    ReplyDelete
  13. mmg mknan sihat la kan..!
    sedap gak nampak tu...

    ReplyDelete
  14. hehee simple...yg penting kena buat time mls..xgitu yui?? heheee :p

    ReplyDelete
  15. Haha..bazir ea lidi...sabar jela.tp yang pasti perot kyg pon dh setel....

    ReplyDelete
  16. lorr..sate ayam eh perapan dia?..eca ingt kunyit + grm je.hahaha..

    nak cuba a nnti :P

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^