Wednesday, February 05, 2014

Cara yang perlu dibuat andai kredit Celcom dipotong RM 1

Sebelum ini aku memang ada masalah dengan Celcom. Tapi selepas beberapa kali call service, ownernya pergi center akhirnya selesai macam itu sahaja dengan 3 jenis cara yang telah mereka berikan & pelbagai cara alternatif sendiri.


Apa masalah yang aku alami?

Setiap kali sms MMS masuk, kredit aku dipotong RM 1 
& paling menyakitkan hati dapat sampai 2-3 kali mms dalam sehari
walhal handphone yang aku gunakan hanya boleh sms atau telefon sahaja 
( hp Nokia lama )


Apakah cara yang telah diberikan untuk selesaikan isu ini?

CARA PERTAMA
Anda perlu sms - STOP ALL dan hantar ke 11911 ( tiada caj dikenakan )

CARA KEDUA
Anda perlu sms - STOPMMS dan hantar ke 33115 ( caj 15sen dikenakan )

CARA KETIGA
Anda perlu sms - STOPMMS dan hantar ke 39399 ( tiada caj dikenakan )


Cara ketiga yang berjaya setelah aku cuba semuanya. Aku rasa hampir RM20 kredit telah dipotong tanpa sedar. Perasan setelah tengok kredit cepat habis walau jarang daku guna.


Hantar complaint melalui emel juga telah dibuat tapi hampa tiada maklum balas. 


Kalau ada yang jadi macam aku, cepat selesaikan. Jangan senang-senang nak bagi untung pada orang lain ok. Huhu. Serious aku sakit hati tapi sebab sayangkan nombor celcom, tetap teruskan sampai dapat jalan penyelesaian.


Harap entry ini jadi panduan kot-kot akan datang jadi lagi. Tension mak jemahhhh.


Update :
Kenapa kredit dipotong?
Katanya sebab internet padahal hp tu tak boleh langsung BERINTERNET
Alasan nak kaut untung mungkin
Sila baca dengan nada berhemah =)



13 comments:

  1. knpe boleh kredit dpotong ye?

    ReplyDelete
  2. oo khas buat penguna celcom

    ReplyDelete
  3. haaa.. perasan jugak, asal kedit duk turun padahal tak guna pun.. tq so much.. :D

    ReplyDelete
  4. Skrg org nk untung dlm diam je.....pndai je bg alasan kn...mmmm.slmt dh selesai...

    ReplyDelete
  5. celcom users take note..fiza guna maxis so tak tahu pasal ni..good sharing yui :)

    ReplyDelete
  6. mmg tepahape kan dpt msj2 mcm tu sume. tibe2 je nk bg mms..

    ReplyDelete
  7. peliknya kenapa lah jadi gitu yer..

    ReplyDelete
  8. baru kelmarin pergi center celcom.pergi tamatkan servis yang tak patut tu.

    thank.membantu.

    ReplyDelete
  9. byk tu ekna potong ..suka2 hati jer dipotong kan.. kalo maxis agaknya camne caranya yer?

    ReplyDelete
  10. Ros pernah alami dalam 2 tahun lepas.. kredit asyik kena potong. bila call celcom centre, baru tahu rupanya dah lama kena potong dalam jumlah yang banyak .

    ReplyDelete
  11. setakat ni, ok lagi celcom ni....

    ReplyDelete
  12. Tq.. Entry yg sgt2 berguna.. Really appreciate it...

    ReplyDelete
  13. Kire nye, kalo bt ni, sume yg kite lnggn dh tkde lah ye?

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^