Friday, July 11, 2014

Beli Zaraa Shawl di Cala Qisya Ipoh

Pertama kali mengenali Cala Qisya adalah melalui IG. Itu pun setelah mendapat tahu ramai suka jubah yang dihasilkan. Aku yang view gambar pun rasa seronok tengok. Cantik & bagi aku menepati ciri-ciri muslimah.


Balik rumah terus cuba sendiri


Disebabkan Cala Qisya ada buka cawangan baru di Ipoh ( berdekatan tempat kerja ), jadi aku sendiri teruja nak masuk butiknya. Kelmarin baru berkesempatan menjengah dengan rakan sepejabat. 


Masuk sahaja butik, wahh! Cantik. Terpegun tengok jubah-jubah, shawl, skirt, blouse yang ada. Dengan harga yang bagi aku cukup relevan bersesuaian dengan mutu & design yang dihasilkan. Bila dah masuk butik, haruslah ada "buah tangan".


Jadi Zaraa Shawl telah menambat hatiku. Apa yang best tentang Zaraa Shawl?

1) Instant shawl
2) Senang dipakai
3) Tidak perlu pin di bawah dagu
4) Labuh
5) Kain tidak jarang


Kedut-kedut di shawl buat aku tergoda. Sekali imbas ala telekung tapi bila pakai memang senang. Puas hati. Harga Zaraa Shawl RM 39.


Lepas ini, boleh shopping jubahnya pula di Cala Qisya. InshaaALLAH.


Nanti aku tunjuk gambar tutorial pakai Zaraa Shawl.




11 comments:

  1. bg yg tak reti pakai shawl cam aku ni maybe boleh kot beli sbb nk lilit ni aku tak reti

    ReplyDelete
  2. cantik! pernah pergi calaqisya kat Shah Alam..boutique memang cantik :)

    ReplyDelete
  3. yui...cantik!!
    yui nak request boleh...kalo yui ada nak pegi Calaqisya lagi boleh x nk pesan pd yui jubah huhuhuhuh kat online selalu sold otu..

    ReplyDelete
  4. akak suka gak jubah calaqisya tu...tp xdelah nk beli...lom smpi seru nak beli lagi..hehehe

    ReplyDelete
  5. Perempuan suka la ni post mcam ni . hehe

    ReplyDelete
  6. alolololo...comel nya adik akak ni.. :) akak suka shawl2 macam ni sekarang.. tapi part nak pakai tu..huhu.. sekali qaleef tarik..terburai...ggrrr...

    ReplyDelete
  7. nih semua la nih nak perabih duit..hahaha

    ReplyDelete
  8. di JB pun ada buka.. tapi tak pernah beli lagi,..

    ReplyDelete
  9. Wahh, nampak jenis kain dia mcm sejuk dan selesa dipakai..haha tp sy ni belum reti2 lagi nak guna shawl..rasa mcm trbelit2 gitu, haha selesa pakai tudung ade awning semata..hehe

    ReplyDelete
  10. sesuai dgn bntk muka yui :) btmbah comelnye ^_^

    ReplyDelete
  11. Kedai calaqisya dekat area station 18 ni dekat dengan kedai apa ye

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^