Untuk memulakan entry ini aku sendiri tak pasti macam mana. ALLAH tunjuk sekejap sahaja kejadian yang terjadi. Benar-benar dugaan besar buat sahabatku sendiri. Sahabat dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Sahabatku dikenali Fya,
Bernikah malam pada Jumaat lepas. Ku hadiri majlis perkahwinannya pada Sabtu lepas. Ku dapat khabar berita mengenai suaminya pada hari Isnin semalam. Melihat pasangan pengantin, keceriaan memang terpancar. Alhamdulillah majlis sungguh meriah.
Dugaan buat mempelai baru ini,
Petang ahad, suaminya tiba-tiba rebah & pengsan. Dikejarkan ke hospital Ipoh. Dimasukkan ke ICU. Hayatnya ketika itu bergantung kepada mesin. Petang semalam selepas maghrib, mendapat khabar pemergian suaminya menghadap pencipta.
WPW atau Wolf Pakingson White. Itu adalah pengesahan doktor punca kematiannya. Memang tiada tanda atau simptom awal.
Allahuakbar
Besar dugaan buat sahabatku
ALLAH pinjamkan beberapa jam sahaja untuk merasai nikmat sebagai seorang isteri. Punya suami. Tapi ALLAH ambil kembali suaminya. ALLAH sedang mengujinya.
Mendengar cerita sahabatku ini, laju air mata ini mengalir. Aku sempat hadiri pagi ini untuk menziarahinya. Memberi kata semangat. Menyampaikan salam takziah dari teman-teman lain. Bilik pengantinnya masih dipenuhi hantaran yang belum dibuka. Sayu hati ini memandang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Al-Fatihah untuk arwah suaminya. Mohd Halim.
salam takziah..moga kwn yui sabar n tabah..
ReplyDeleteallahuakbar...beratnya dugaannya...Al-Fatihah..semoga roh suaminya ditempat dikalangan orang yang beriman...amin
ReplyDeleteSedihnya... Al Fatihah... moga Fya tabah harungi ujian yg Allah swt berikan ini...
ReplyDeletesalam takziah
ReplyDeletesedihnye...dugaan yg hebat utk die.. salam takziah. semoga die tabah.
ReplyDeleteAllahuakbar... terkedu sgt baca status yui psl ni smlm.. Ya Allah... bglah kekuatan utk fya hadapi dugaan ni...
ReplyDeleteSalam. Hee Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha
ReplyDeleteInnalillahi wainnailahi rajiun...
ReplyDeletesemoga Fya sabar dan tabah menghadapi dugaan Allah...
Ya Allah berat dugaan kawan yui...
ReplyDeletemoon yg baca entry ni pon dah rasa mcm nak nanges...apatah lagi dia yg menghadapi ujian Allah ni...
semoga kawan yui tabah....
Meremang bulu roma baca Yui.. Moga dia tabah... :)
ReplyDeleteinna Lillahi wainna ilaihi rojiun
ReplyDeleteakak baca ni pun rasa sebak
takziah
takziah buat sahabat awak.. Ujian buatnya. Semoga tabah selalu.
ReplyDeleteakk plak sebak membacanya....besar dugaan buat beliau
ReplyDeleteAllahuakbar..
ReplyDeleteBesarnya dugaan yg terpaksa dia tempuh..
Salam takziah..
Allahuakbar....sedihnya baca :'( ya Allah..berattt ujian ni...:'(
ReplyDeletesedih ..semoga kawan yui tabah ...
ReplyDeleteSalam, yui...nt update ye tntg kawan yui tu..kesiannya dia..nak tau keadaan dia camne..lepas bace entry yui tadi, rse effect kat sy sekali, sedihnya..sy siap share kat fb entry yui td..hmm..semoga arwah dicucuri rahmat Allah dan semoga kwan yui dikuatkan semangat sgt3.. :(
ReplyDeleteallahuakbar! speechless.. moga kawan yui tabah hadapi.. bukan senang nak tabah.. tp Allah terlebih dahulu menjemputnya sebelum dia mencipta kebahagiaan
ReplyDeleteallahuakbar. sedihnya. moga dia dikurniakan ketabahan x berbelah bagi.
ReplyDeletesalam takziah buat shbt Yui.
Al-Fatihah =(
ReplyDeletehttp://seronoknyermelukis.blogspot.com/
All fatihah... Dona.. Kawan satu kos saya.. Baru lepas melawat dia tgh hari tadi
ReplyDeleteAl fatihah...
ReplyDeletemoga kawan yui tabah hadapi dugaan yang besar ni.
ok dah tau.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh.. untuk sahabat nuyui..InsyaAllah Allah ada perancangan yang lebih baik..sesungguhnya janji Allah itu pasti
ReplyDeleteAl-Fatihah..
ReplyDeleteSemoga sahabat dik Yui dapat mengharungi dugaan yang menimpahnya...Sesungguhnya Allah lebih menyayangi suaminya...Semoga arwah tenang di sana..
Allahuakbar.. Ujian buat kawan yui.. semoga diberi ketabahan buatnya dan keluarga..
ReplyDeleteHari ni hari dia yui. Kita nanti x tau macam mana pulak. Bertabahlah dik. Allah tu maha pengasih dan penyayang.
ReplyDeleteokay CT baru baca.. ya Allah berat ujiannya itu tapi Allah Maha Mengetahui. tabahlah duhai teman..
ReplyDeleteAlFatihah dan Innalillah! Tak terucap rasa terkejut dan terkedu....
ReplyDelete