Aku dah dapat rasa lama. Sebab sebelum ini hampir-hampir. Malangnya pagi ini terus jadi. Hujan lebat dari rumah hinggalah menuju ke tempat kerja. Baju hujan pula ku tinggal di pejabat. Elok sangat redah terus, baju pun agak basah!
Jatuh motor?
Tak tahulah aku nak gelak atau nangis dengan diri sendiri. Aku jatuh ketika elok belok nak masuk ke kawasan tempat kerja. Maksud aku atas pejalan kaki ( lantai agak licin ). Aku letak motor di situ.
Sekelip mata.
Belok dan terus elok jatuh ke arah kiri. Nasib baik tak tertindih kaki sendiri.
Kejadian pula boleh orang ramai tengok sebab depan kawasan jalan & lampu isyarat.
Ada 2 orang lelaki dalam kereta siap tanya dari jauh "Bolehka?". Agaknya dia takut aku tak larat nak angkat motor. Takpe abang, saya ok. Takde apa.
Sekarang dah rasa lenguh sikit-sikit.
Alahai, mentang-mentang cuti panjang. suruh rehat lebih kot. Huhuhuuu.
Apa pun berhati-hatilah ya. Silap aku sikit saja tadi tapi impaknya besar juga!
ujan2 ni jalan mmg licin..hati2 lah ye.
ReplyDeletedulu masa naik motor, pernah redah hujan daripada Melaka nak balik KL. Sekarang ni musim hujan kak. Hati-hati :)
ReplyDeleteSalam, aduhh terjatuh motor pulak ye, mmg nasib lah x tetindih kaki sendiri yui..kalau tak, sakit lebih sikit lah..hehe..selamat berehat.. :D
ReplyDeleteSalam. Hee siannye jatuh motor.
ReplyDeletepernah juga jatuh motor macam ni..nasib tak tertimpa motor..memang kena hati²..tapi kalau nak kena jugak terima dan redha..ade hikmahnya disebalik kejadian.
ReplyDeleteAssalam yui,
ReplyDeletekalo akak memang tak larat
tu yang akak memang tak pernah bawak motor he3