Thursday, July 14, 2016

Buang kucing sebelum Hari Raya

Kalau kau dah biasa dengan "dunia" kucing dan dunia manusia, kau akan perasan ada sesetengah musim, kucing-kucing makin bertambah di buang ke merata tempat termasuklah rumah aku di SS!!

2 hari sebelum Syawal 1437H,
Mak ke sangkar luar rumah untuk bagi anak-anak bulus makan. Tiba-tiba mak panggil nama aku.


"Nurulllll, cer tengok ni" dengan nada slow nya. Macam menyayat hati sangat. Aku dok ingat kucing beranak dalam sangkar, mustahil tak sedar dia bunting.


Rupa-rupanya,
Ada anak kucing kecil berlegar di kawasan parking motor. Allahuakbar, tergamaknya siapa yang buang si comel ini.


Aku pun keliling rumah dan tengok dalam longkang kot ada adik beradik lain, rupanya takde. Memang dia seekor aje. Tengok keadaan  dia sangat menyedihkan, dengan kesan luka, perut buncit sebab cacing, mata bertahi, kotor.


Bawa masuk rumah,
Bagi makanan terus laju telan. Sedih tengok caranya makan.



Ini keadaan dia semasa jumpa 3/7/2016


Nanti aku update gambar terkini. Kepada yang bela kucing, kalau rasa tak mampu nak bela banyak, sila mandulkan awal-awal kucing anda sebelum terlambat. Mandul bukan suka-suka ya.



8 comments:

  1. ynk bela bulu kembang.. stary cat sakit xmo.. hish hish

    ReplyDelete
  2. haaa.. yg ni sya setuju sangat. membiak tp xjaga. adoii

    ReplyDelete
  3. Buang kucing pun ade musim jugak ke? Hmmm

    ReplyDelete
  4. hmmm ... mandulkan je dr menyusahkan org lain ....

    ReplyDelete
  5. rasa nak tampar kadang bila dengar ada mulut-mulut pftt cakap;"buat apa dimandul menatang tu. dia nak berkeluarga jugak. nak jugak ada anak bini." orang jenis macam ni lah yang selalu buang kucing merata. dia ingat eyja suka-suka ke nak bagi potong telur kucing tu? sebab nak elak jadi bangang macam dialah, eyja buat macam tu tau.

    hahaha tetiba luah rasa hati kat sini pulak. kihkih. semoga nuyui sentiasa dimurahkan rezeki. nanti update gambau pasai dia ya? heheh

    ReplyDelete
  6. sdih gak dgn peragai manusia ni...

    ReplyDelete
  7. kesian tengok kucing-kucing yang terbiar ni..manalah tuan punya kucing tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^