Thursday, January 05, 2017

SAPS : Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online

Selalu dengar anak-anak dan orang ramai bercerita pasal SAPS ibu bapa, tapi tahu tak apa itu SAPS ibu bapa? Jadi, dalam entry ini Yui akan terangkan lebih lanjut mengenai SAPS ibu bapa. InshaaALLAH akan lebih faham.




Bila ada anak-anak yang bersekolah, pendidikan haruslah dititiberatkan demi kecemerlangan mereka. Pendidikan yang terbaik adalah penting untuk masa depan anak-anak. Bagaimana ibu bapa memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk pembelajaran mereka? Tahukah cara yang terbaik?


Menurut pakar, antara kaedah atau cara terbaik untuk memastikan kecemerlangan adalah dengan memantau keputusan peperiksaan mereka. Kenapa? Kerana itu merupakan cermin awal kepada masa depan mereka. Maka, adalah penting dari awal kita pantau dan memastikan anak-anak peroleh keputusan yang terbaik!


Jadi,
Sudahkah akak-akak dan abang-abang sekalian tahu tentang keputusan anak-anak? Pernah tak berbincang bersama untuk kecemerlangan anak-anak? Selalu bertanya perihal pendidikan anak-anak? Kalau tak pernah, buang sikap itu. Dulu memang sukar kita nak tahu keputusan tapi sekarang semuanya jadi lebih mudah. Dah boleh check secara online tau!


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa lebih mudah mengetahui keputusan anak-anak. Sistem ini dikenali sebagai sistem SAPS Ibu Bapa yang direka untuk mengetahui keputusan peperiksaan dan diakses secara mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.




Kalau dulu sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS Ibu Bapa,
Ibu bapa perlu hadir ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk mengetahui keputusan anak-anak. Perlu membuat temu janji, berjumpa dengan guru & mengambil masa yang lama. Kadang sukar untuk ibu bapa disebabkan kekangan waktu bekerja.




Untuk pengetahuan,
Sistem SAPS juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa iaitu singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) &  National Key Result Area (NKRA). Kerajaan mencipta sistem ini bagi memudahkan penyimpanan data tentang sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.


Bagi memeriksa secara online,
sila klik ---> SAPS Ibu Bapa 
Semak keputusan peperiksaan


Anda digalakkan menyemak melalui web ini sebab lebih mudah dan tidak akan terjadi masalah website down atau laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link di atas dan ikuti arahan seterusnya untuk semak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. 


Jikalau anda menggunakan website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui link yang Yui share di atas, inshaaALLAH lebih mudah.


Untuk pengetahuan anda juga,
SAPS Semakan Ibu Bapa boleh diakses secara online dan ibu bapa boleh mengetahui keputusan setiap peperiksaan dari pelajar darjah 1 hingga pelajar tingkatan 5. Keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA.


Dengan adanya sistem yang lebih memudahkan ini, tiada lagi alasan untuk ibu bapa sukar mengetahui keputusan anak-anak. Sila lebih prihatin dan lebih mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Gunakan teknologi yang ada dengan sewajarnya. InshaALLAH tiada lagi kejadian menyorok keputusan, menipu tandatangan rekod keputusan, tercicir pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.


Sila share artikel ini & semoga ia membantu lebih ramai orang mengetahui tentang SAPS Ibu Bapa online & boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak hanya secara online.



10 comments:

  1. hehe parents kena check ! budak2 skarang tak bagi tau parents diorang result sebenar haha kita dulu-dulu kena bagi buku report kat parents. Tak boleh nak tipu hihihi

    ReplyDelete
  2. Memang bila dah jadi penjaga anak yg dah bersekolah kena tahu ini Yui.
    Kakak memang dah biasa sebab anak pun dah besar-besar.

    ReplyDelete
  3. wahhh dpt job dgn kpm ke ape ni ... hihihi


    tp kami yg ade anak sekolah ni mmg familiar dgn website ni

    ReplyDelete
  4. You ada dua lagi blog,
    kenapa dua2 tu tak aktif?

    ReplyDelete
  5. Serius. Sekarang semua di hujung jari. Senang mak ayah nak check keputusan anak2.

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^