Minggu pertama syawal hari Sabtu, mak memang dah ajak semua balik ke kampung termasuk menantunya. Hehehe, motif paling utama sebab nak kenalkan menantu juga. Yelah, waktu deme kahwin, orang kampung mai awal, takdan tengok pengantin. Sekarang masa yang sesuai pakej beraya terus.
Inilah adik beradik Yui yang sebenar
Kami berempat
Baju hitam tu adik ipar Yui
Jarang balik Parit Buntar sebab hanya ada pakcik-pakcik aje di sana. Ini belah mak sebab mak Yui seorang je perempuan dalam adik beradik. Rumah yang wajib kami pergi, memang kami pergi terutama rumah Toklang. Yui anggap toklang ni macam atok Yui sendiri.
Bongsu, Yui, mak & adik bawah Yui
Ok hat ni kena tekankan, adik yui pakai tapak tebal, maka terjadi perbezaan ketara. Tak boleh jadi betul tengok gambar ni, dia tinggi sikit je dari Yui. Hahahaha.
Bersama satu-satunya mak Yui tersayang
Syurga Yui sekarang
Kami pergi 3 rumah sahaja, otw balik singgah ke Taiping rumah Tokcik pula. Perjalanan alhamdulillah berjalan lancar. Nak bergambar kat bendang tak boleh sebab bukan musim kering kontang lagi. Hehehe. Kalau tak, memang jadi port la.
Takde gambar abah kan? Sebab takde nak selfie dengan dia kali ni. Kihkihkih.
cantik laa baju yui tu.. :)
ReplyDeleteOOTD Raya yeay!
ReplyDeleteseronok nya yui beraya. lawa-lawa baju raya :)
ReplyDeleteRindunya tgok kawan blogging.. Waa.... Bestnya blek kg...
ReplyDeleteSeronok beraya di kampung
ReplyDeleteMak yui nampak muda =)
ReplyDeleteKnp komen nad dulu jd anonymous..
ReplyDeleteehem ehem orang tu datang beraya Parit Buntar tak hello kiteee pun..
ReplyDelete