Friday, January 20, 2012

Walau hanya PARUT tapi KESAN tetap dirasai

Pagi tadi buka aje blog, tengokla bahagian komen yang nak kena approve, tetiba terselit satu komen dari adik anon dia dah mention umurnya di entry lapuk [ 26/11/2010]  parut kekal di kakiku  Bila baca apa yang adik anon komen, ak rasa kesian, sedih, coz dia alami benda sama cam ak.. Parut kekal!!





Kata adik ni dia dah hilang keyakinan diri... Ak paham apa yang dirasainya.. Muda lagi kan.. Rasa rendah diri pasti ada.. Adik, meh akak nak share bersama kamu apa yang akan rasai/alami since kejadian ini berlaku pada akak  hampir 3 tahun lepas..


PERMULAAN

* Pada mulanya, ak taknak lakukan pembedahan!! Ak try berubat tradisional.. Tapi keadaan still sama.. Jumpa doktor.. Katanya, peluang ak samada lakukan pembedahan atau ak akan berjalan secara tidak normal!! hanya ALLAH tahu apa perasaan ak saat itu! 


*  Masuk hospital.. 6 hari!! Dari Isnin hingga Sabtu.. Isnin sampai Khamis, dok rileks cam puteri raja.. doktor pakar xde Jumaat, pembedahan ak.. Ak dibiarkan separuh sedar.. Telinga dengar apa sahaja peralatan yang berbunyi.. Ramai manusia.. Beberapa jam juga pembedahan itu.. Dalam kaki ada plat besi/skru..


* Sabtu pagi, terus dibenarkan keluar wad.. Yup!! Kesakitan dirasai.. Menangis itu pasti.. Kaki dibalut rapi.. Risau.. Terhenjut aje sikit, pasti ak mengalirkan air mata.. Ya ALLAH, kurangkanlah kesakitan ak ini..


* Rawatan lanjut diperlukan.. 6 bulan!! Perlu exercise mana patut.. Kuatkan diri.. Dari ak bertongkat, sampai ak mampu terjengket-jengket berjalan.. Dan sampaila ak mampu berdiri seperti sekarang..



PERASAAN

* Macam-macam yang ak rasai.

1) Risau 
kerana kaki ini sangat penting untuk ak bergerak

2) Kurang keyakinan 
kerana ak masih muda, masih mahu mengejar apa yang ak impikan. Siyes, harapan ak untuk menyertai badan beruniform [ Polis ] hancur berkecai!

3) Merenung jauh masa hadapan
adakah ada insan yang sudi terima ak macam ini?? Insan tidak sempurna. Ada cacat celanya.


Tapi lama kelamaan, ak menerimanya.. Ak bersyukur sangat, ak bukan kehilangan kaki.. Kaki ak masih ada cuma tidak sesempurna seperti kalian.. Walau pernah ak menjadi perhatian kerana bertongkat, terjengket-jengket, lambat bergerak, tapi itu tak menghalang semangat ak untuk teruskan kehidupan.. Ak perlu bersyukur kerana ada yang lagi bernasib malang dariku..


Kini, parut di kaki ini menjadi kenangan.. Bekas jahitan masih jelas kelihatan..


KESAN

Tak mampu nak berlari seperti orang lain.. Hanya lari anak-anak.. 
Tak mampu nak mengangkat barang yang berat-berat
Tak mampu nak beraktiviti lasak
Tak mampu nak duduk bercangkung secara normal
Kadang kala kaki akan tetiba terasa lenguh


PENDORONG SEMANGAT

Sudah pasti kedua ibu bapa.. Keluarga ku.. Dan alhamdulillah, dia menerimaku seadanya.. Kawan-kawan turut membantu.. Tak terbalas jasa mereka semua.. Terima kasih..


Dan untuk kamu dik, jangan biar keyakinan kamu itu berlanjutan sebegitu.. kamu kena fikir, kamu masih memiliki kaki.. Itu tandanya ALLAH masih nak kamu hidup seperti insan normal yang lain.. Mungkin aktiviti kt terbatas dik..  Kt kena fikir mana buruk dan baik untuk kesihatan kt.. Jadi, kamu buang perasaan itu jauh-jauh..


InsyaALLAH lama kelamaan kamu akan rasa seperti tiada apa berlaku.. Macam akk sekarang.. Kekadang rasa cam tak pernah terjadi.. So, buang ok sayang.. Ramai yang bagi sokongan padamu.. Akk juga!!


Jadi lepas ni, mungkin kalian faham kenapa ak tak terlibat aktiviti lasak.. kenapa ak tak mampu bergerak banyak..  kenapa ak tak boleh berlari.. kenapa ak tak boleh berkasut tinggi..Gambar sebelum dan selepas pembedahan [ sini ] ..


n/y : Saat menaip entry ini, air mata menitis..
Teringat perkara ini..
Moga ALLAH kuatkan semangat ak
juga adik itu...




31 comments:

  1. sabar la menempuh ujian Allah, kuat kan semangat cekal kan hati tabah mengharungi kehidupan, yg penting kuatkan Iman... byk2 berdoa, n ingat Allah syg kamu....

    ReplyDelete
  2. yui memang seorang yang kuat.kagum dengan ketabahan dan kesabaran yui.semoga adik tu akan jadi tabah macam yui juga.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah..mudah2han terus kuat smgat yerkk..

    ReplyDelete
  4. nia pernah accident motor. ada jugak parut kekal kat kaki tp tak lah menyerlah sgt. hmm dugaan lgpun tkkisahlah , asalkan hati mau baik kan yui. be strong. GF kan ada ^^

    ReplyDelete
  5. nia pernah accident motor. ada jugak parut kekal kat kaki tp tak lah menyerlah sgt. hmm dugaan lgpun tkkisahlah , asalkan hati mau baik kan yui. be strong. GF kan ada ^^

    ReplyDelete
  6. yui..sy br tau..huhu~..
    siannye awk.. & adik tue gak..

    parut kat anggota bdan, aduh..sy xleh byangkn kesakitan yui..

    ape pun, sy bgga coz yui tabah..
    very proud of u dear.. coz xgive up.. never give up ye..

    ReplyDelete
  7. kak yui sabar taw.. tu semua ujian allah.. kita semua ada ujina masing2.. kak yui tabah yea.. dah tamo sedih2 yea kak yui

    ReplyDelete
  8. sabar ye yui...nad pon sedih bila baca entry ni..ye lah..kita teringat memori lama kan..nad pon ada memori lm yg xdpt di ceritakan ..:'(

    cian jugak kat adik anon tu..

    semoga dia tabah..:(

    p/s :: maxis di anak tirikan??yui lebih guna digi kan..:)

    ReplyDelete
  9. sy ade parut kekal kat dahi ni ha. jelas lagi..hohoh..

    ReplyDelete
  10. huhuu tahniah yui sbb tabah hadapi dugaan ni

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sebak akk baca entry ni yui..Insya Allah, Yui sabar ni nanti ada ganjaran nya..semuga adik tu pun tabah mengharungi hidup..semua insan ada ujian dlm hidup ni kan..macam akak, takde anak, mcm2 orang kata...

    ReplyDelete
  12. semoga semangat yui akan menambahkan lagi semangat adik tu juga..:)

    ReplyDelete
  13. Aci tak akak tak baca entry ni sampai abis..hihihi

    baca je part kena bedah tu terus rasa ngilu ya amat...okaylah skip je...takut nak baca..takut sakit..

    huwarghh baca pon akak boleh rasa okay...poyo tak???

    ReplyDelete
  14. pernah sakit separah itu ya :(
    Jadi sedih bacanya, nusha gak boleh sakit lagi ya? :(

    ReplyDelete
  15. kesiannye ke ko dik...
    tp tak pe semangat ko kuatkan ...

    ReplyDelete
  16. sabar,allhamdullilah at least yui masih mampu jalan n bahagia kan.jangan sedih2 ye.be strong dear

    ReplyDelete
  17. semoga yui tabah dgn ujian hidup..

    ReplyDelete
  18. semoga tabah lalui dugaan.allah sayangkan hambanya..sbb itu diberi ujian =)

    ReplyDelete
  19. sbr k yui..:)

    jgn lasak2 sgt..hati-hati k..

    lama lagi nak guna tu..huuu

    ReplyDelete
  20. sakitnya tu yui. huhu.. Alhamdulillah yui dah ok dah sekarang. Hurm, mungkin ada hikmahnya semua ni. Semoga semangat terus kental :)

    ReplyDelete
  21. awak macam kayif kan.. syukurlah, masih diberi peluang untuk hidup... jangan sedih.. kalau seorang memandang serong, seribu orang lagi yang mendorong awak dibelakang.. insya Allah. ade hikmah disebalik semua kejadian.. =)

    ReplyDelete
  22. sabar syg~ di sebalik kepahitan itu ada kemanisan yg yui cipta..itu semua pengalaman kan..pengalaman mengajar kita erti kedewasaan :) moga adik itu tabah hadapi macam yui!

    ReplyDelete
  23. sabar itu penting...jangan rase rendah diri...banyakkan berdoa

    ReplyDelete
  24. yaAllah , sabarlah ye kak ~ saya turut sedih :(

    ReplyDelete
  25. yui akak pun rasa sedih bila baca kisah yui....setiap org dugaan xsama...xpe yui...disebalik kekurangan ada kelebihan..insyaallah...:)

    ReplyDelete
  26. Allah hanya menguji hambanya yg kuat. :)yui kuat sbb tu dpt ujian mcm ni.xpe,syukur masih ada kaki.

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^