Thursday, April 12, 2012

Perihal post gempa bumi di Sumatera Indonesia

Semalam cuti sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agong. Jadi, aktiviti aku hanya di rumah dan pasti on9 FB. Tiba-tiba wall dipenuhkan dengan kata-kata " bergegar" , " gempa bumi ". Mulanya aku kurang pasti sampai la adik aku mesej. " Tadi bergoyang bangunan hostel sekejap"


Ku ingatkan dia main-main tapi ia adalah KENYATAAN. Selepas itu ramai yang update mengenai gempa bumi ini. Ada yang terasa, ada yang pening kepala. Ramai yang post wall berdoa moga mereka di sana dan kita disini baik-baik belaka.




Dalam banyak-banyak post, ada gak post yang aku rasakan macam tak perlu untuk keluarkan. Contohnya :


1) Kenapa tempat ko rasa, tempat aku tak??

2) Baru sekarang nak ingat ALLAH sebelum ini tidak

3) Apesal pakat semua post benda yang sama ha!


Ya ALLAH, aku tak tau nak cakap apa lah. Wall depa kan. Aku pon tak ketinggalan post benda sama tambahan pula bila dikatakan ombak tsunami bakal melanda Georgetown dan Port Dickson. Bukan apa, adik lelaki aku ada belajar disana.


Aku sebagai hamba ALLAH yang banyak khilafnya hanya mampu berdoa untuk kebaikan mereka di sana dan juga kebaikan kita di sini. Moga ALLAH akan lindungi kita bersama. InsyaALLAH,amiiinn.


nota kecik yui
Mampu bernafas lega
tatkala amaran tsunami
ditarik balik,alhamdulillah



30 comments:

  1. alhamdulillah.
    ajal di mana2 bukan?

    semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya.
    Amin..

    ReplyDelete
  2. seb baik tak jd pepe kan ..aku pun takut je la ....

    ReplyDelete
  3. doakan yang terbaik sahaja amin

    ReplyDelete
  4. memang seram sangat..akak saya pun dekat pd..harap-harap, gempa ni takkan sebabkan bencana yang buruk...

    ReplyDelete
  5. Amaran Allah pada kita yg sering lupaNya..;-(

    ReplyDelete
  6. akak ku di tempat kejadian :D

    ReplyDelete
  7. apa pun alhamdulillah semua selamat..moga kita dilindungi dr bencana2 camni..

    ReplyDelete
  8. tak patut kata benda-benda yang tak patut..sedangkan kita semua berpijak di bumi yang sama..betul kan kak?? :)

    ReplyDelete
  9. sama sama kita berdoa moga dijauhkan dari malapetaka dan moga Allah S.W.T lindungi hamba hamba-Nya.aminn

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah amaran tsunami di tarik balik...

    ReplyDelete
  11. Tapi patutnya tak payah post apapun. Yang peliknya, orang lebih suka tengok FB dari tengok berita dekat TV. Hahahah. Lepas tu keluar segala cerita tahyul dan khurafat. Setuju?

    ReplyDelete
  12. kat fb cepat berita diorang updet..cth mcm dah tarik balik amaran tu..at fb dah kua..tv tah puko bape baru kuo..tp tak dinafikan ada gak melaun2 yg updet ayat tk sepatutnya pada fb tu misalnya..ombak rindu lah,nak describe yg tsunami tu rindu nak datang lagi..buat main2 je..kena sekali baru tau..

    ReplyDelete
  13. Akak tgk berita baru tau...kalo tak tak perasan pon...

    ReplyDelete
  14. Blogger semua buat post tsunami akak jer tidak huhuhu tak per nanti orang boring pulak asyik tsunami jer kan...Sama-samalah kita berdoa Semoga semua selamat..

    ReplyDelete
  15. peringatan buat kita semua supaya tak lalai n alpa.. lebih baik tingkatkan amalan selepas ni..

    ReplyDelete
  16. hye cik yui.
    im back :)

    alhamdulillah amaran tsunami dah ditarik balik. namun, kita tetap kena berhati2. musibah datang tanpa diduga

    ReplyDelete
  17. dulu pernah jugak rasa gegar tapi tak ingat tahun bila. ingat pening kepala sebab tetiba bilik macam berpusing rupanya ada gempa bumi kat indonesia. tapi yang semalam tak dapat rasa sebab takde kat area kl. huhuhu

    ReplyDelete
  18. kate2 manusie ni langsung x pikir dulu

    ReplyDelete
  19. alhamdulilah tade ape2 yang buruk sgt kan. semoga kita semua selamat. amin. :)

    ReplyDelete
  20. point no2 tu mmg tak patut..

    ReplyDelete
  21. bolat punye kampus dekat Port Dickson.. betul2 berhdapan pantai.. =..=

    <-- lagi gementar

    ReplyDelete
  22. ada org tulis status kat fb dia, 'elehh time gempa bumi ni la semua pakat kalut dok ingt allah, cari al-quran, smbhyg, slama ni xpenah buat pn,' tu diaa. ya allah, saya xkomen pn, tgk je la. huhu xbaik ckp mcm tu..

    kita spttnya berdoa, syukurlah ada jgk org ingt kat Allah, mana tau lpas ni dia beristiqamah kan. kita pn xtau. hehe..

    smg kita sentiasa dilindungiNya :)

    ReplyDelete
  23. sis pun tak tau apa2 smlm, tiba2 je dah kecoh ..semoga allah melindungi kita.amin.

    ReplyDelete
  24. Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

    Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

    Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

    Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


    Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

    ReplyDelete
  25. sbnarnya ia peringatan utk kita semua kan...

    ReplyDelete
  26. hmm. susah lah nak cakap, bila ada yg post kat wall. kata baru nak ingt Allah bagai.. rasa cam tak patut lah cakap camtu..

    ReplyDelete
  27. ira pn xrs gegaran tu..wuu

    alhamdulillah dijauhkan dr bencana tu...

    ReplyDelete
  28. adik akak kate die rase gegaran tu..tapi akak tak rase pon..sedang duduk sebelah akak jer mase tu...hurrmm..tapi memang takut ar..risau sekarang..salah satu tande kiamat-berlaku banyak bencana alam yang datang dari gempa bumi...siyes..takut...

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^