Thursday, March 07, 2013

RESEPI : Oreo Cheese Cake paling mudah

Yup, memang mudah. Jom tengok cara aku sediakan. Moga korang faham step yang aku bagi. Kalau kurang faham, boleh terus tanya di entry ini okay maklum sahaja tak pandai mengajar


Bahan-bahan :

1) 2 bungkus biskut Oreo ( nak banyak lagi pun boleh )
2) 250 cream cheese
3) 200 ml whipping cream
4) 1/4 butter cup
5) 1/2 cawan gula halus ( ikut citarasa )


Cara-cara :

1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Aku guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.


- asingkan biskut dan cream -


- pastikan hancur -


2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Boilingkan butter cup itu. Kalau istilah aku, ambil periuk, isi air sikit. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan api tu. Apa entah namanya. 


3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.


- butter digaul sebati dengan biskut hancur -


4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.


- ratakan campuran tadi sebagai base -


5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer macam aku.  Gula halus ikut selerea ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.


- gaulkan hingga sebati -


6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takde masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya. Hihihi.


7) Keluakan base yang sudah dikeraskan tadi. Dan masukkan adunan ke dalam bekas tersebut { atas base itu }.


- contoh letak adunan atas base dah keras -


8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan. 


- gunalah bekas kecil agar adunan lebih tinggi -


Nasihat aku

1) Jangan biarkan kek ini terlampau lama di luar jika taknak makan. Nanti akan cair. Maka biarkan saja dalam sejuk beku, nak makan baru bawa keluar.

2) Guna bekas kecil agar lebih tinggi letak adunan. 

3) Kurangkan gula kerana tak sedap kalau manis sangat.


So, itu sahaja. Mudahkan? Mudah sebab tak payah nak membakar, cukup ada peti ais. Resepi asal aku ambil { resepi asal Oreo Cheese Cake }. So, aku olahkan sikit untuk pemahaman aku sendiri.


Jangan lupa cuba ya. Bagi aku sesedap cheese. Korang buat dan bandingkanlah dengan yang dok jual. Macam makan aiskrim pun ada tau! Kos pun murah.




Sila abaikan hiasan oreo cheese cake
aku yang merepek ini!
Hahahaha


LAIN ORANG
LAIN TEKAK
LAIN CITARASA


SELAMAT MENCUBA




42 comments:

  1. Sempoi la.. Hehe.. Rupa tak penting asalkan sedapkan.

    ReplyDelete
  2. sedap nampak..nak try buat jugak lah....

    ReplyDelete
  3. nmpk mcm mudah nk kna try nie..klu rajin hehe

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba ni nanti ^_^
    Resepi sangat mudah :D hehe

    ReplyDelete
  5. frst time dgr resepi ni..hiih..ayu coklat cheese pn xtrbuat lg..hehe

    ReplyDelete
  6. wah.. xyah nk bake eh?
    leh try nie, hehe..

    ReplyDelete
  7. asal ada peti ais n bahan2 tu dah cukup.. yes nanti boleh buat..mudah n simple.. tapi takde handmixer tu..ahhh kacau jelah..hehe

    ReplyDelete
  8. resepi cani la yg dicari2, sng n sikit je bhn nye

    ReplyDelete
  9. NAK TRY BUAT LA NNT..ANAK2 KAK BUI MESTI SUKA NI

    ReplyDelete
  10. nak kena try ni...

    tapi kena beli hand mixer dulu lar...

    hehe

    ReplyDelete
  11. wow..simple je kan...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  12. oo senang aje rhupenya membuatnye.. hehe.. leh try nti

    ReplyDelete
  13. masa akak bawak budak2 pendidikan khas g kolej komuniti pun dak2 nie diajar buat orea cheese nie..simple jugak.. tp budak nie tak suka hehehhe..

    akak suka sgt2 ;0

    ReplyDelete
  14. oooo...senang ni Yui..boleh buat takyah bakar hehehe

    ReplyDelete
  15. lebih tertarik dgn anak lesung kontot yui..hehehe

    ReplyDelete
  16. lain sikit dengan resepi yng akak tengok kat satu blog tu..tapi bahan2 nya sama la..
    heheh

    ReplyDelete
  17. ermmm sedap nyer oreo chese cake...boleh try ni anak2 saya mesti suker...

    ReplyDelete
  18. eh memang sedap ni siap smiling lagi..kalau cheese mmg sedap...itu ahkak laa :)

    ReplyDelete
  19. Mudah, cepat yang penting sedap :)

    Cream Cheese dengan whiping nak kena p cari.. :D

    ReplyDelete
  20. nampak cam senang..tp xtau le berjaya buat ke idak..haha

    ReplyDelete
  21. chesee kek nie mmg sedap , lagi lagi oreo , peehh

    ReplyDelete
  22. ohhh..tak payah bakar2 ke...
    senang jelah eh rupanya...
    nak cubalah nanti...

    ReplyDelete
  23. macam sedap je yui.
    akak nk try jugaklah nanti :D

    ReplyDelete
  24. Eh., sng je rupenye.. Name resepi mcm payah n rumit. Okeh nnti leh try ni

    ReplyDelete
  25. terima kasih yui.resepi yui semua simple dan of course lah fiza akan cube macam selalu..hikks

    ReplyDelete
  26. kalau guna sekali cream oreo tu tak boleh ke?

    ReplyDelete
  27. Mcm kek aiskrim plak letak ke freezer. Hehe

    ReplyDelete
  28. kalau ganti whipping cream dgn yogourt boleh kan kan ??

    ReplyDelete
  29. mohon utk mengopi steps ni hihi trimas2!! :)

    ReplyDelete
  30. kak yui! izie dah try, sebab n senang giler nak wat . hehe . bagi mmbe makan dwng kata mcm makan kat secret recipe .. hahaha! :)

    ReplyDelete
  31. senang sgt dah try buat. tp oreo dia mcm hancur klu potong. mmg mcm tu ek?by the way cheese mmg ok sedap n rmai sukaaaa!

    ReplyDelete
  32. dah try guna resepi nie sedap and menjadi. tp oreo dia hncur ek klu nk potong?sbb sukatan butter 1/4 guna mcm dlm resepi..by the way cheese dia menjadi and rmai nk cuba!

    ReplyDelete
  33. tgh usha2 resipi ni ..esok nk buat ..hehe ...
    tp kalu xmnis sgt pun ok rsa ..
    xdela org kncing mnis naik plak gula diorg nnti :P

    ReplyDelete
  34. nice sharingggg sis! nti nk cubaaa laa :)

    ReplyDelete
  35. nak tanye,
    nanti dia cheese nye keras , jadi macam same keras macam kek cheese yang dibakar ke? sebab nak try. dan sy ni punstudent, nak beli kek mahal, nak buat sendiri takde oven. jadi bile dapat resepi ni macam wow! pakai peti ais je. :)

    ReplyDelete
  36. Time nak mixer tu, kene buat sampai maksimum atau slow2 dulu baru maximum??

    ReplyDelete
  37. sedap. suka sgt buat cheese cake ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^