Friday, July 05, 2013

RESEPI : Biskut Cream Cheese Berlapis

Aku ada baca entry blog Sis Yana { isteri bro Ujang } mengenai resepi biskut yang telah dikongsikan. Memandangkan daku hantu cheese, pantang nampak benda senang, terus laju salin resepi. Pada hari yang sama beli bahan-bahan. Semangatkan?


Bahan-bahan

1) 1 bungkus biskut deluxe creamcracker Hup Seng ( original )
2) 1/2 tin susu pekat
3) 250 gram cream cheese
4) Sedikit susu dutch lady full cream / fresh milk


Cara-cara

(A)
1) Pukul cream cheese dengan hand mixer hingga kembang
2) Masukkan 1/2 tin susu pekat ( masuk sikit pun takpe, ikut selera )
3) Masukkan 3 sudu susu full cream dan pukul hingga sebati

(B)
1) Ambil biskut, celup ( bukan rendam ) satu persatu dalam susu full cream dan susun terus dalam bekas
2) Susun selapis, sapu bahan (A) atas kepingan biskut yang disusun rapi
3) Ulang kembali langkah 1 & 2
4) Diakhiri lapisan paling atas dengan sapuan bahan (A) - Letak tebal baru mabless!
5) Dah siap susun, masukkan dalam peti ais dan sejukkan barulah makan




Aku suka mak jemahhh! Sebab cheese. Nyummy. Ditambahkan benda senang nak buat. Rasanya macam ini juga cara untuk buat cream nestum. Tapi itu guna biskut marrie. Harus cuba jika rajin =)


Sila abaikan gambar comot. Maklum sahaja pertama kali. InsyaALLAH lepas ini lebih comel caranya.


Resepi asal : Resepi Cheesekut { berserta gambar bahan ditunjuk }


Selamat mencuba kepada yang rajin mencuba!



21 comments:

  1. sedapnyaaa...rajin yui buat!

    ReplyDelete
  2. daku pun suka cheese jugaaa! Bhn dia sikit tp nak bli cream cheese tu agak mahal jugak kan....huhu

    ReplyDelete
  3. senang nak buat ni tp kalo mood rajin tak mari mmg tak buat ler..

    ReplyDelete
  4. Salam yui..nampak sedap tu.meleleh jerrr

    ReplyDelete
  5. ramai yg buat.tp akk mcm xteringin je nk buat.hehe

    ReplyDelete
  6. besnya...
    salam kenal..dari blodeqla..mini GA..
    done follow

    ReplyDelete
  7. Saya suka cheese jugak, sedapnya....!

    ReplyDelete
  8. sungguh rajin yui, sedap nih :)

    ReplyDelete
  9. terliur nur tgk..
    nanti boleh cuba...
    kalau rajin..hihi

    ReplyDelete
  10. Dah bli bahan tp tak start2 lg nk buat hehe kalo dh buat, nk tunjuk jgk la hehe

    ReplyDelete
  11. bestnya....nanti akak nak try jugaklah resepi yui nie...

    ReplyDelete
  12. sedapnye yuii....boleh la oder

    ReplyDelete
  13. tgk gmbr pun nmpk sedap..mmg suka la kalo yg berkrim2 ni.. huhu.. nk cuba tp xtau la bila..haha

    ReplyDelete
  14. :) mmg tersrlah hantu cheese yui ni..hahaha...ni mkn sejuk2x mmg mables ni..nk try bt buka la nnt :)

    ReplyDelete
  15. baru tadi baca kat blog Ayut ni.. hihi.. sedap je nampak.. nak try jugaklah nanti :)

    ReplyDelete
  16. femes dah cheesekut ni. 1st tengok masa cik epal update ri u hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^