Thursday, October 17, 2013

Renungan untuk kita bersama

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.


Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, ALLAH Yang Maha Adil



14 comments:

  1. terima kasih sudi berkongsi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sentiasa bersyukur dengan apa yang ada itu adalah lebih baik dari terus mempersoalkan itu ini :)

    ReplyDelete
  3. apa yg penting... syukur alhamdulillah dgn setiap apa yg kita miliki hari ni :)

    ReplyDelete
  4. bersyukur dengan apa yang ada.. ^^

    ReplyDelete
  5. renungan buat diri sendiri...nice sharing yuii..

    p/s blogwalking dalam kesibukan : salam aidiladha yuii..

    ReplyDelete
  6. bersyukur atas segala nikmat yg diberi. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  7. yer..bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan ni..

    ReplyDelete
  8. Percaya pada Allah...itu je kuncinya.. :)

    ReplyDelete
  9. yup...rezeki masing-masing...ada bahagian masing-masing...yg penting sentiasa bersangka baik dengan rezeki yang Allah berikan.... :) peringatan utk diri sendiri...

    ReplyDelete
  10. rezeki dari Allah itu berbeza2.. syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. rezeki msg2 kan yui..bersyukur dan redha dgn ape yg allah beri pada kite..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^