Monday, November 18, 2013

RESEPI : Cheesecake meleleh versi kukus paling mudah

Nampaknya ramai pakat tanya resepi versi daku sendiri setelah melihat entry { ini }. Ecehh. Korang sajekan. Takpe aku kongsikan versi aku sendiri. Tidak perlu bakar membakar sebab kek aku kukus sahaja.


BAHAN-BAHAN

1) 100 gram tepung gandum *
2) 60 gram tepung jagung *
3) 1 sudu kecil baking powder *
4) 1 sudu besar ovalette
5) 100 gram gula kastor
6) 4 biji telur
7) 2 biji kuning telur
8) 50ml air sejuk ( air dari peti sejuk )
9) 75 gram mentega cair


CARA-CARA

1) Ayakkan dahulu bahan bertanda *
2) Sebatikan semua bahan diatas kecuali mentega cair
3) Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair & sebatikan
4) Kukus selama 40 minit ( cucuk guna garpu & jika kek tidak melekat pada garpu itu tandanya sudah masak )

* Nak letak pewarna pun boleh ( perisa rose atau pandan atau ikut suka )


BAHAN & CARA UNTUK CREAM CHEESE

1) 250 gram cream cheese
2) 120 gram susu pekat manis
3) 50ml UHT whipping cream

* Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Ikut resepi asal katanya cair tapi daku buat tak cair. 


BAHAN UNTUK HIASAN

1) 1 buku ( 250gram ) cheddar cheese diparut

* Daku guna beberapa sahaja dan potong guna pisau. Tak parut bagai sebab untuk makan sendiri. Huhu.


CARA PENYEDIAAN

1) Kek yang masak tadi sejukkan dahulu kemudian bahagi pada 2 bahagian
2) Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama
3) Lapiskan dengan kepingan kedua & tuang semua baki cream cheese atasnya
4) Tabur cheddar di bahagian atas sebagai hiasan

* Kalau nak tabur cheese yang diparut pada kepingan pertama pun boleh. Lagi bertambah sedap!




Boleh simpan dalam peti ais. Tahan hingga 3 hari ikut apa yang aku buat. Kalau dah melantak habis dalam sehari sudah settle semua. Hahaha!


Itulah hasilnya seperti dalam gambar. Nampak tak comel tapi rasa comel ok. Selamat mencuba ya. 






27 comments:

  1. thanks share yui..nanti nak try la :)

    ReplyDelete
  2. memang meleleh ni yui..kalau buat sendiri semua mesti extra kan..favourite!

    ReplyDelete
  3. bestnya tgk yui....sedap!.tlg buatkan heeee

    ReplyDelete
  4. Kalau rasa tu comel, konpem meleleh punya :D

    ReplyDelete
  5. salam..
    memang sedap sangat kek ni..
    jemput singgah page baru saya
    https://www.facebook.com/pages/Tudung-Terkini/474205746007448?fref=ts

    ReplyDelete
  6. Nak try lha. Mcm sedap je~ Mcm sedap je~ :3

    ReplyDelete
  7. Ohmaigadddd ! sedapnyaa tgok . mcm senang jer , mcm senang jer . hihi

    ReplyDelete
  8. Ala Yui tak tunjuk yg dah kena potong pulak ye... sedap ni - bolehlah kakak free kakak nak cuba style kukus ni.

    ReplyDelete
  9. nampak sedap ni yui.. copy resepi ye, t ada masa boleh buat :)

    ReplyDelete
  10. wahh.. bagus ni Yui. tenkiu sbb share ye.. hehe

    ReplyDelete
  11. tq share resepi. done clik2 nuffnang juag yer !

    ReplyDelete
  12. wahhhh kalo cpt habis tu means sedap sgtlah tuh!!

    ReplyDelete
  13. dah terliur nie...dapnya...cam susah je nak buat he3..a.k.a malas huhu..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  14. nanti boleh cuba..!
    thanks sudi share.. :)

    ReplyDelete
  15. UHT whipping cream tu cmne ye.?

    ReplyDelete
  16. UHT whipping cream tu cmne ye.?

    ReplyDelete
  17. Klu x letak ovalette blh x?

    ReplyDelete
  18. assalam.. nk tnya. ermm... klau cream cheese tu kn. klau gnti ngan susu cair boleyh?? :-)

    ReplyDelete
  19. Lala,

    Rasanya macam tak berapa nak ok kalau ganti susu.. sbb struktur cream cheese tu nanti lebih sedap.

    ReplyDelete
  20. sedapnyerr.. nk cuba la..

    ReplyDelete
  21. Assalam, 100gm tu kalau digntikan dgn sukatan cawan berapa cawan ya? Hrap sudi kongsi

    ReplyDelete
  22. Syamimi :

    Yui xpernah try plak kalau gitu. Tak sure. sbb ada resepi yang yui memang ikut cawan aje.

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^