Monday, January 20, 2014

Cara nak dapatkan emas walau bajet tidak mencukupi

Tunai dalam tangan : RM 250
Rantai Tangan : 4 gram ( anggaran harga RM 572 )

Caranya?
1) Pinjam duit orang yang dipercayai
2) Korek lubang tabung yang ada

Sebaiknya pilih no (2). Sebab urusan pinjaman tak sampai 24 jam.

{ Beli - Dapat Barang - Gadai }

( Pajak di mana-mana ArRahnu )

4 gram x RM 132 = RM 528
65% dari RM 528 = RM 340 ( anda dapat tunai untuk nilai gadaian )
Upah simpan untuk 6 bulan di pajak = RM 20
Duit anda = RM 250

RM 250 + RM 340 = RM 590 
( Duit yang anda dapat lepas gadai boleh bayar semula untuk pinjaman sementara )

Nampak tak caranya?

1) Guna kaedah pinjam
2) Buat gadaian
3) Barang dah tentu anda punya
4) Urusan anda selepas itu adalah sempurnakan bayaran RM 340 ( dengan pajak gadai ) Buat bayaran secara disiplin.

Sekurang-kurangya anda dah tentu dapat barang kemas. Dan sudah jadi hak anda selepas itu. Cara ini boleh dibuat untuk mereka yang berfikir hendak beli emas semasa harga tengah rendah tapi dana tidak mencukupi.

Jelas or tidak?

Tak perlu segan/malu/takut nak masuk pajak gadai Islam sebab barang itu anda punya. Bukannya mencuri nak takut-takut bagai kan.



8 comments:

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^