Saturday, March 08, 2014

Kehilangan pesawat MAS MH370

Berita kini yang sangat menggemparkan rakyat Malaysia kerana melibatkan pesawat MAS. Hingga saat jari jemari ini menaip, belum ada berita sahih & rasmi. Yang banyak adalah berita "terkini" dari laman sesawang yang kita sendiri tidak sahih. 


Dalam kita menerima khabar berita ini, ada individu yang telah memperkotak katikkan kemalangan yang terjadi. Politikkan bencana yang berlaku ini. Membuat pelbagai spekulasi.


Kita sebagai masyarakat yang prihatin, sebaiknya teruskan berdoa. Doakan yang terbaik. Bukan mengambil kesempatan di atas apa terjadi.


Walau apa pun yang jadi, ini semua adalah takdir dari yang Maha Esa. Tugas kita adalah mendoakan kesejahteraan mereka & prihatin terhadap kaum keluarga yang terlibat.


Aminnn.



10 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah malam dik...sama2lah kita berdoa semoga semua penumpang dan anak kapal terselamat dan semoga dipermudahkan segala kerja mencari.

    ReplyDelete
  2. amin,, moga kesemua mereka selamat..insha Allah

    ReplyDelete
  3. Salam Yui..begitulah doa semua rakyat Malaysia..kpd kaum kluarga mangsa..semoga tabah.

    ReplyDelete
  4. sama2 la kita berdoa semoga pesawat tersebut segera ditemui walau dalam keadaan apa sekali pun..

    ReplyDelete
  5. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk mangsa2 ...

    Jangan dengar kabar2 yang tidak soheh....

    ReplyDelete
  6. Semoga selamat semuanya, MH370. Amiin

    ReplyDelete
  7. Betul akak mrh betul de yg kaitkn dengan politik

    ReplyDelete
  8. Allah.. moga selamat la semuanya..

    ReplyDelete
  9. Amin..moga Allah permudahkan segala urusannya..moga adlah keajaiban yg berlaku Allah Maha Besar.Allahuakbar!

    ReplyDelete
  10. Semoga d temui dgn segera.. dah masuk hari ke 5 ni.. ~~

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^