Friday, March 07, 2014

Menu Atkins : Lempeng Telur Bersantan

Resepi baru dapat dari page FB. Ada bahan yang aku olah sikit. Derhaka dengan resepi asal. Hihi. Asalkan rasa itu ada dah memadai.




Bahan-bahan
1) 2 biji telur
2) 150 ml santan kotak ( jenama Kara rendah carb )
3) Sedikit garam
4) Sedikit esen vanilla
5) 2 paket equal ( pengganti gula ) 

* Gula tak letak pun takpe sebab dah sedap


Cara-cara
1) Kacau semua bahan hingga sebati
2) Gunakan kuali non stick
3) Dadarkan ikut bentuk


Itu sahaja. Mudahkan? Sekali sekala nak buat takpe. Hilangkan gian nak makan lempeng. Nanti nak cuba resepi lain pula. Itupun kalau aku rajin. Kui kui.


Rasa lempeng ini lemak manis. Sedap untuk tekak aku. Tidak ada bau kuat telur. Haruman santan yang lebih baunya. Best!



18 comments:

  1. lempenng telur akak pernah mkn ni dkt ofis dulu..memg bukan selera akak kot, xle pegi huhuhuh

    ReplyDelete
  2. okeh boleh print resipi try hjg minggu.
    hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dik...sedapnya lempeng ni...simpel jer...nak try ni resepi adik..hehe..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak. wahh sodap ni lempeng. sheila mohon guna resepi derhaka awak ye. hehee ~~~

    ReplyDelete
  5. ooo letak santan..tak pernah letak santan sebelum ni

    ReplyDelete
  6. tak bau ke telur tu.2 biji macam banyak pulak..heheh..akak kalau menu tu bahan utama telur rasa was2 nak makan sebab bau telur tu..

    ReplyDelete
  7. telur + santan??nampak macam sedap..tp xtau la tekak ni boleh terima ke x..nak kene cuba dulu baru boleh komen..hehe..thanks kongsi resepi..

    ReplyDelete
  8. nampak sedap ni.. nak try la.. telur mmg sedap.. akak suka ratah teluir.. anak2 pun sama.. hihii

    ReplyDelete
  9. xminat sangat makan benda bersantan.. hhihihi.. :) bgus ni yui boleh kurus

    ReplyDelete
  10. yui on diet ke?

    resepi simple je mcm senang je tu hihi

    ReplyDelete
  11. kite suke gak lempeng2 nih !
    tambah pulak lempeng kelapa aumm hehe

    ReplyDelete
  12. lempeng mmg sedapp! makan begitu je dah sedap..

    ReplyDelete
  13. Guna santan mmg dh ckup kyg.....msti x rasa lpar lpas tu ;)

    ReplyDelete
  14. Guna santan mmg dh ckup kyg.....msti x rasa lpar lpas tu ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^