Friday, March 14, 2014

RESEPI MUDAH : Aiskrim Coklat Buatan Sendiri

Kalau sedang berdiet atkins tambah-tambah time induction, lepas itu teringin bebenor nak menelan aiskrim, nahhh ini resepinya. Bolehlah buat lepas gian nak telan magnum, walls, nestle sementara tengah diet.




BAHAN-BAHAN

1) 1 biji telur
2) 1 kotak whipping cream ( kotak kecil )
3) Sedikit esen vanila
4) 1 sudu serbuk koko ( vanhouten [cari rendah carb] ) ( jangan lebih nanti pahit )
5) 1/4 cawan air sejuk
6) 3 paket splenda atau 1 titik stevia ( pengganti gula ) - Tak letak pun tidak mengapa


CARA-CARA

1) Putar telur terlebih dahulu
2) Masukkan bahan-bahan lain
3) Putar hingga sebati
4) Masukkan dalam bekas dan sejukkan


Rasa aiskrim ini? Pekat dan terasa creamy whiping cream. Serbuk koko jangan terlebih takut jadi pahit ok. Masuk ikut sukatan yang seadanya.


Aiskrim ini semua orang boleh makan. Tidak terhad untuk yang berdiet. Kalau kreatif, boleh ubah perisa dan tambah apa yang patut. 


Selamat mencuba.


Kalau nak tengok antara menu atkin lain yang telah aku sediakan







20 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam Jumaat dik...wahh...adik pandai buat Ais krim...suka makan ais krim berperisa coklat...hehe...

    ReplyDelete
  2. tq yui for sharing..mcm best je

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yui, rajinnya awak.. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. nyum, nyum...bole try...thx for sharing, yui....

    ReplyDelete
  5. cuaca panas2 gini memang sesuai sangt buat aiskrim..

    ReplyDelete
  6. hebat yui buat aiskrim sendiri.. senang pandai buat ni..

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi makan aiskrim buatan sendiri,selalu beli kat kedai jer

    ReplyDelete
  8. wahh cam mudahh je..thank yui share resipi ni :) boleh la akk try nt :D

    ReplyDelete
  9. Woahhhh ! Rajin nuyui ! Zara tgk step ni mudah jaa.. nak try jgk tp masalah nya.. kemalasan tu yg buat keja nmpk susa.. haha

    ReplyDelete
  10. da penah buat. yeay! letak telur tp tak rasa sgt pun hanyir tu :D lg bt sedap. buh oreo pun orite :D

    ReplyDelete
  11. sekotak whiping cream besar tu ke? tengok macam senang je. haha

    yui, mana nak cari stevia tu ek ? ;D

    ReplyDelete
  12. rajinnte buat aiskim sendiri..hehe :)

    ReplyDelete
  13. Zana penah try
    tapi tak pakai telur

    Whipping cream + setia + coco powder + air sikit blen then bekukan
    memang mabelos...
    hheh

    ReplyDelete
  14. TQ Cik Cheese yang comei ni..tgh diet atin juga, nak turun 5 kg..esok nak buat aiskrim ni.

    Cik yui..ada buat untuk tempah katun art comei2 jugak ke..i mena katun orang pakai tudung tu :)

    ReplyDelete
  15. Kotak whipping cream tu yg brapa ml?

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^