Monday, June 02, 2014

RESEPI : Flaxseed Bread versi Pemangang Ajaib

Resepi kali ini sesuai untuk sesiapa sahaja samada yang berdiet atkins atau tidak. Resepi untuk lepas gian kepada mereka yang nak makan sangat roti. Boleh buat sendiri sebab mudah.


Ada 2 cara yang aku sendiri telah cuba. Share cara pertama guna pemanggang ajaib & resepi sedikit berbeza. Agak leper ala-ala roti pita nipis.




Bahan-bahan ( 1 orang makan )
1) 4 sudu flaxseed 
2) 1/2 sudu kecil baking powder
3) Secubit garam
4) 2 sudu mentega dicairkan
5) Sedikit serbuk oregano ( sebagai perasa )
6) 1 biji telur

* Flaxseed boleh dibeli di Aeon bahagian organik


Cara-cara
1) Kisar flaxseed hingga hancur
2) Gaul bersama kesemua bahan
3) Masukkan dalam pemanggang ajaib lebih kurang 10 minit/hingga masak


Anda boleh hiaskan dengan bahan-bahan yang disukai. Kalau yang berdiet atkins boleh letak salad, telur, sos nandos, mayonis kewpie ( merah ). 


Resepi ini sesuai untuk fasa induction-seterusnya. Apa pun bagi yang masih dalam induction digalakkan makan clean & clear. Itu lebih baik.


Selamat mencuba.


Nanti aku share versi oven yang lebih mantap hasilnya!



7 comments:

  1. sedapnya makan dengan telur :)

    ReplyDelete
  2. macam mudah je.. hihi.. boleh laa try :P

    ReplyDelete
  3. haha sy dah xternampak roti2 lagi dah, mata terus terfokus kat telur tu haa~ sedapnyeeee ! haha

    ReplyDelete
  4. first time dengan menu ni..nampak sedap tu

    ReplyDelete
  5. simple je.. senang nak try..

    ReplyDelete
  6. Satu je nak tau..sedap ke x? Haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^