Saturday, July 05, 2014

Keracunan makanan dari bazar

Korang ada baca tak kisah adik beradik yang keracunan makanan akibat makan roti? Tapi aku tak pasti memang benar dari roti atau makanan/minuman lain. Ayahnya beli di bazar.


Hal macam ini sekarang kerap berlaku. Kalau sebelum ini jadi pada majlis kahwin yang sampai mengakibatkan kematian. Siapa yang perlu disalahkan? Peniaga? Pembeli? Pembekal? Masing-masing ada tanggungjawab tersendiri nak pastikan kebersihan.


Kes keracunan makanan ini memang membimbangkan. Tambahan melibatkan kanak-kanak. Daya ketahanan mereka lain. Ya ALLAH, harap kes macam ini tidak semakin meningkat. Risau.


Ini antara salah satu sebab sekarang aku kurangkan pergi bazar. Cuba kawal nafsu membeli sebab peningkatan harga & kualiti semakin menurun di kebanyakan gerai.


Bukan bazar sahaja boleh jadi punca keracunan. Di mana-mana pun boleh. 



12 comments:

  1. supposed yang menyediakan makanan kena pastikan makanan disediakan dengan bersih dan selamat untuk dimakan

    ReplyDelete
  2. kesian kan.. budak2 tak bersalah jadi mangsa..harap2 peniaga amik iktibar.. jangan pikir untung je

    ReplyDelete
  3. ayu pun xgemar dgn bazar ni. sbb risau jadi cam tula.

    ReplyDelete
  4. xde pulak kite dengar berita pasal nie, erkk trlepas pndang koot.

    ReplyDelete
  5. Nak berbuka kat luar pun, kena tengok bersih ke tak restoran tu. Berbuka kat rumah, lebih selamat.. Sebab kita tahu apa yang kta masak. :)

    ReplyDelete
  6. kan kne berati ati skang

    ReplyDelete
  7. akk pon jarang gi bazaar...tak yakin dah

    ReplyDelete
  8. Susah nak cakap pasal benda ni, kalau nak jadi... boleh jugak jadi dekat rumah kita sendiri. Tapi bila dah masak banyak-banyak, maybe nak kaut untung pun banyak. So banyak benda lain yang terlepas pandang.. Mintak simpang berlaku kes keracunan ni terjadi pada diri sendiri, family % kawan-kawan...

    ReplyDelete
  9. baik masak sendiri kan :)

    ReplyDelete
  10. sedih baca baca berita tu. jadi takut pun ye jugak.

    ReplyDelete
  11. Salam, setuju! Semalam pergi bazar, mak beli cream puff..nasib ontheway nk balik ke kereta tumak belek2 cream puff tu, rupanya dah mcm berkulat! Gila betul..terus mak patah balik, minta ganti yg baru..bahaya betul, kot lah klw tak perasan, dan budak2 kecik main ngap je...haihhhh...jauhkan lah benda2 mcm ni..:(

    ReplyDelete
  12. setakat ni akak xpernah kena lagi, tapi 4 tahun lepas pernah kena...beli ayam percik yg dh busuk!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^