Monday, August 18, 2014

Isu boikot Mcd

Aku taknak bercerita kenapa atau mengapa perlu boikot mcd tapi aku nak luahkan rasa kecewa melihat kejadian boikot yang hanya mengikut perasaan semata-mata. Apakah antaranya?


1) Menghina/mengherdik pekerja-pekerja yang kebanyakannya adalah orang Islam
2) Merosakkan harta benda
3) Merosakkan kenderaan yang menampal sticker mcd
4) Memulau mereka yang masih bekerja di mcd


Eh! Boleh tak guna akal waras? Jangan ikut nafsu semata-mata. Orang lain boikot juga tapi takdelah sampai nak menimbulkan masalah lain.


Sampai ada yang suruh berhenti serta merta, erm korang boleh bagi kerja terus ke kepada mereka? Kalau ya alhamdulillah. Letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin mereka dalam perancangan/pencarian kerja baru. Ya rezeki ada dimana-mana tapi usaha juga masih perlu.


Apa point utama aku di sini, boikot boleh boikot tapi tolong jangan tersilap langkah dengan buat benda tidak sepatutnya. Sampai ada kes baling batu, rosakkan kenderaan, meludah, memecahkan cermin. Apa ke hal manusia macam itu?


Jangan sampai kerana sikap "terlanjur" ada yang masuk penjara. Berhati-hati.


Islam tak suruh kita menganiaya manusia lain.



18 comments:

  1. boikot lah cara bijak kan yui

    ReplyDelete
  2. terus terang MV tak setuju dgn boikot yg skg ni..berdasarkan emosi semata2

    ReplyDelete
  3. boikot pilihan individu..
    aku pun sedng boikot..
    plg tk tahan milo ni..mcm mna x nk beli ni..nk gnti dgn apa..

    boikot jgn sampai memudaratkn saudara islm kita yg x de pilihn terpksa bekerja dgn mereka..

    ReplyDelete
  4. Salam setuju...mcm tu lah bila memperjuangkan sesuatu dgn cara yg xbetul..biol semuanya..haihh~

    ReplyDelete
  5. salam. sy setuju pendapat yui :)

    p.s menabung promoted content Tian Chad :))

    ReplyDelete
  6. emosi org malaysia.mmg mcm tu.

    ReplyDelete
  7. diorg ni terlebih pandai..org suruh jgn beli..die pergi serang pulak. Dah mcm israel dah.

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat..nak boikot tu,gunalah akal dan fikiran..bkn dengan bertindak ganas..

    ReplyDelete
  9. kan?/macam pelik je cara boikot tu..agak nye ni pertama kali nak belajar boikot2 ni..dulu tak..padahal dulu pun palestin tu di zalimi ..

    ReplyDelete
  10. boikot membabi buta namanya..sedih

    ReplyDelete
  11. menyampah dan geram rasa pd mereka2 yg boikot ikot emosi nih hurmm

    ReplyDelete
  12. boikot tu perlu. tapi biar bertempat..

    ReplyDelete
  13. Pokok pangkalnya kena guna akal sebelum buat sesuatu. Allah tu dah bagi akal fikiran silalah guna.

    ReplyDelete
  14. Kebanyakan boikot aka bo-ikut hawa napsu..
    Islam pun tak ajar bo-ikut macam tu..

    ReplyDelete
  15. supposed boikot dgn cara yang betul

    ReplyDelete
  16. manusia pendek akal mcm tu yui..dia tu gila boikot kalau cmtu..propa je lebih!

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^