Thursday, August 14, 2014

Resepi menu atkins : Lasagna ala atkins

Kadang aku bosan makan benda sama ketika berdiet atkins, jadi sekali sekala kita ubah makanan ala-ala barat tapi versi melayu celup. Suka lasagna? Aku tak berapa gemar tapi sekali sekala dapat bolehlah. Meh aku nak share resepi lasagna ala atkins.




Bahan-bahan ( boleh 2 kali makan )
1) Satu biji bawang
2) 1 batang cili padi ( untuk pedas )
3) Daging dicincang/blend ( boleh guna daging jenama ramly 2 keping = 12 carb )
4) Sayuran hijau ( tak kisah apa pun ) - lagi banyak lagi bagus
5) Sedikit garam
6) Sedikit lada hitam ( jika nak )
7) Beberapa keping cheese ( guna cheese jenis blok sebab carb jauh lebih rendah )


Cara-cara
1) Tumis semua bahan kecuali cheese
2) Masukkan sedikit bahan ditumis ke dalam bekas, lapiskan dengan kepingan cheese. Kemudian masukkan bahan ditumis hingga habis & lapiskan di atas dengan cheese.
3) Bakar 10 minit dengan suhu 150'c ( bergantung pada oven masing-masing )


Anggaran jumlah karbohidrat = 25crb
Boleh dimakan 2 kali = 25/2 bermakna setiap kali makan hanya 12.5crb
Untuk fasa induction sehari = 20crb sahaja


Jadi pandai-pandailah bajet. Boleh juga tambah bahan lain ikut kesesuaian masing-masing.


Siapa kata berdiet tak boleh makan sedap-sedap? Silap tu. Ehehehehe!


Nak tengok menu diet atkins yang lain




11 comments:

  1. simple je buat dia...
    nampak pun mcm sedap

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah khamis dik Yui..akak tak pena makan ni..InsyAllah ada masa akak nak cuba buat...

    ReplyDelete
  3. Protein... protein.. protein.. hehehe. Silalah makan telur.

    ReplyDelete
  4. sedap ni... yui aritu ray berat naik tak? akak ni pose turun 2 kilo tp ry naik 2 kilo..cet rugi je..

    ReplyDelete
  5. wah seronok la tengok menu DA ni tapi tk lepaih2 lagi ni hihiks :)

    ReplyDelete
  6. menyelerakanla ....
    oo xde letak yg tepung tu ek .. petah napenye ... isi semata ..cam besh je

    ReplyDelete
  7. Sedap n sihat..
    Boleh cuba ikut resepi ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^