Tuesday, September 02, 2014

Kepulangan yang di nanti

Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa hari ini ada lagi beberapa orang mangsa MH17 yang tiba di Malaysia. Sayu dan terus sayu mengenangkan apa yang telah terjadi. Lagi pilu terasa oleh keluarga mereka yang terbabit.


Walau kepulangan yang di nanti hanyalah jasad kaku/ telah menjadi abu tapi itu satu pengertian yang bermakna buat mereka. Mendapat kembali insan tersayang walau dalam apa jua keadaan sekalipun. ALLAH, tak tertanggung apa yang mereka rasai.


Kita sebagai rakyat yang prihatin teruskan berdoa agar mangsa-mangsa lain dibawa pulang ke Malaysia dengan segera. Kita juga masih berdukacita dengan "kehilangan misteri" MH370, doakan mereka juga.


Al-Fatihah & salam takziah.



6 comments:

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^