tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, September 18, 2014

Lesen kereta tidak digunapakai?

Mak abah aku jenis bila cukup umur, yang mana boleh ambil lesen kena cepat-cepat ambil. Kita tak tahu kos untuk masa akan datang dan ditambahkan lebih senang dah ada dari tergesa-gesa nak dapatkan. Ewah mukadimah kemain!


Aku belajar bawa motor dari sepupu. Cukup saja umur 17 ( rasanya time dulu 16 tahun dah boleh ambil, lupa! ) aku terus ambil lesen. Habis belajar PUO, ketika itu aku baru saja lepas operation kaki, aku ambil pula lesen kereta.


Kekdah sekarang nak kabor, lesen motor & lesen kereta disekalikan tapi aku "aktif" bawa motor sahaja. Kereta? Itu kereta bapak aku, jadi aku jarang drive dan aku "gugup" sikit nak bawa. Kenapa gugup? Jarang bawa jadi macam inilah. Confident level rendah. Hati nak bawa tapi nak orang yang mahir ada sebelah. Baru jalan. Kalau seorang? Takpayah pun takpe. Ekekeke.


Aku pun takde beli kereta sendiri jadi aku tak hairan sangat. Kiranya lesen kereta aku gunapakai bila terdesak. Mungkin satu hari nanti berguna tapi buat masa sekarang, letak ke tepi.


Lesen aku dah FULL tapi sayangnya jarang digunapakai =)


Aku boleh bawa kereta manual & auto. InshaaALLAH dengan keyakinan yang tinggi. Mehmehmeh.


Sekarang harga nak ambil lesen dah naikkan? Untung juga aku dulu ambil awal-awal. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

19 dak comei sayang YUI:

Anonymous said...

Saya habis SPM terus ambil lesen kereta, tetapi skg xde drive langsung dah.. Hehe ;D

mila said...

kne sll bwk la bru konfident level tu naik mencacak yui..hehe

Tie HT said...

haah, memang betui
dulu murah je
sekarang ter dia

akak reti bw kete je tapi sayang
moto tak reti, takut
terbalik kita ni :)

ezy.fia said...

saye dlu peram jgk lesen kete..
xslh amek lesen dlu. lg senang..
bile dh ade kete sndiri, xyah pk lesen dh.. sume dh ade.. tgu bwk je..

Chot said...

Yang penting ade dah. Nanti dah senang. Sampai masa akan berguna sungguh2. Bila tu..?

Unknown said...

takpe yui.. atleast dah ada lesen.. kalau terdesak pakai gak kereta kan

Anum said...

selalu bawak kan nanti dah biasa

eima said...

CAM AKU DULU BELI KETA DULU BARU AMIK LESEN ....
UMUR 22 KOT BR AMIK LESEN ....

Ann Ishak said...

untung boleh bawak moto, senang citer kenderaan dua tayar...saya beskal pun tak tau :)

Unknown said...

Eza pun tak berani sangat bawa keta. Hihi. Kalau abah kat sebelah, baru konpiden sikit.

Azhafizah MN said...

sejak tak bekerja ni fiza agak kurang sekali drive..kena selalu drive boleh tingkatkan keyakinan drive tu yui :)

Jahirah said...

akak lak lesen motor terbiar...cara bawak motor pun da lupa kot..hahaa

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan singgah Jumaat dik Yui...baca entri adik ni baru teringat lesen akak mati 13hb tu....lupa dah nak sambung....hehe....

Syeeda said...

lepas dpt lesen keta, bawa keta terus.. tapi auto jela..hii tapi mtor naik jugak sebab takut lupa cara bawak t..hii

AnneRaini said...

rugi akak tak maik lesen motor sekali dulu... Skrg nak amik rasa segan pulak..kahkahkah

Cik Rose said...

Ros masih belum ambil lesen.. huhuhu

ecadwinkyasha said...

eca amik lesen thn 2009, bawak keta thn 2014.hahaha...sadis kan?
skrg gugup ckt, tp oke la..klu ada org sblh tu, bawak secara berhemah k..klu line clear & sorg2 dlm keta, maklumlah 90kmj.haha :P

Anonymous said...

CT pulak takut naik motor. tak ada insiden pape yang trauma pun tapi memang tak suka naik motor. boleh gigil gigil badan kalau terpaksa naik motor.

Nadia Johari said...

hahaha..samala..tak gune kereta walaupun ade lesen kereta