tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, September 12, 2014

Perkhidmatan terbaik yang dilakukan oleh foodpanda - Food Delivery

Bab makan minum boleh serah kat aku sebab aku benda macam itu PANTANG ditolak. Mehmehmeh. Hari itu aku ada menang voucher RM 10 dari foodpanda.my anjuran blogger Azhafizah. Semalam dengan gelojoh terus guna. Konon nak tahu service yang ditawarkan.


Apa itu foodpanda?
Merupakan satu pasukan di mana mahu menjadikan ia sebagai penghubung atas talian untuk penghantaran makanan terbaik kepada para pelanggan. 


Bagaimana ia berfungsi?

Pergi ke web foodpanda --> Bagitahu lokasi anda --> Pilih restoran --> 
Tunggu makanan tiba --> Buat pembayaran



Mudahkan? Memang mudahlah nak cerita kat korang ini. Jom aku share pengalaman aku gunakan service. Senang sangat caranya!


1) Daftar di www.foodpanda.my

2) Pilih lokasi dan akan diberikan senarai restoran yang ada berdekatan kawasan 







3) Pilih restoran dan klik menu yang anda inginkan. Akan terpapar senarai pesanan anda di bahagian kanan. Macam semalam aku pilih Kenny Rogers Roasters.

4) Anda perlu isi mengenai maklumat anda untuk penghantaran. Pastikan isi maklumat dengan tepat untuk memudahkan urusan.




Pilih menu & masukkan kod voucher jika ada
Maklumat isi dengan lengkap
Korang boleh tambah nota jika perlu
( macam yang aku buat )


Boleh pilih masa yang nak & cara bayaran


5) Ada sebarang pertanyaan? Pihak mereka juga ada menyediakan live chat. Respon lebih segera. Menarikkan?



Mungkin caj dikenakan untuk restoran tertentu
Sebab semalam aku hanya bayar RM 12 sahaja


6) Tunggu sahaja makanan anda tiba di rumah dan mengikut waktu ditetapkan





Semudah ini sahaja? 
Yup! Semudah yang korang perhatikan. Korang dah isi semua maklumat, nanti ada pengesahan dihantar melalui SMS. Macam aku semalam, dapat SMS pengesahan & dapat panggilan untuk confirmkan lagi order aku. Bayaran pula aku pilih ketika delivery. Terima makanan baru bayar.


Bestkan?
Semua di jari anda. Nak dapatkan makanan tapi malas nak keluar, foodpanda adalah perkhidmatan yang terbaik boleh korang cuba. Sangat aku sarankan. 


Sayangnya tak semua negeri ada, tapi aku yakin satu hari nanti semua negeri akan terima perkhidmatan ini. Pastinya mereka akan luaskan empayarnya.




Kesimpulan dariku

1) Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan
2) Memberi respon untuk pertanyaan dengan segera [ livechat ]
3) Menepati waktu dikehendaki { nak jam 6.30 petang tapi 6.15 petang dah sampai ]


So, korang cubalah juga. InshaaALLAH akan ulang untuk guna perkhidmatan foodpanda.


Gigih juga walau guna ball pen
Mohon zoom lah ya
Ekekeke!


Maklumat lanjut mengenai foodpanda
Page FB : Foodpanda


Moga foodpanda terus maju & memberikan
perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan
=___=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

18 dak comei sayang YUI:

mila said...

dhsyt btl skrg.jwbnye makin besar la bdn sbb semuanya dtg depan muka je..hehehe

shaFazie said...

sekarang semua senangkan yui..

boleh lah nanti try..tq yui

eMMe said...

OOOO CAMTU EK YUI... SENANG NYE LA.. CUME DIHUJUNG JARI KAN...

Anum said...

bagusnya

Cik Itah said...

salam. foodpanda?? first time dengar hehehe

Unknown said...

Pernah cuba nak gunakan perkhidmatan dorang. Tapi sayangnya, takde kat kawasan tempat kerja Mieya )":

Azhafizah MN said...

bestnya..mudah je kan..seronoknya kalau kat seremban juga ada.. :)

Tie HT said...

bestnya kalau ada kat tempat akak
tapi akak ni duk akt kg
setakat domino ngan SR je yg ada :)

aiman mania said...

makanan dihujung jari..bukan maklumat dihujung jari je skrg nih..omaigod..nih baru tau....huuuhuuuuuuu...

AnneRaini said...

bagus ni...boleh lah try nanti kalo dah mls sgt..hehe

eima said...

nanti nk try cek tgk ade tak area rumah aku ... klu ade besh

Chot said...

Npe tak bgtau..sy ade marker pen..heee
nice review yui..kipidup..
*pujian bermakna nak mintak yui belanjaaaa chot.haha

Cik Rose said...

bestnya ada delivery macam ni.. memudahkan kita ;)

Unknown said...

wowww terbaik! mmg review terbaik dari yui.. jijah nak try la nanti.. sabah xde ni..

IntaNBerliaN said...

bestnya jeles akak... kalau kat kedah pun ada servis ni, hbs pantang blh try tp xda la plak... hahha

Myra Jay said...

Bila kita puas hati dengan servisnya, mesti kita akan promot dan repeat order, kan? :)

Nadia Johari said...

ni yang tak sabar nak order jugaa

Shida Radzuan said...

wahhh best juga cmni tp yui mesti ada kat bandar2 tplih je kan..nnt nk try search hehee..