Tuesday, October 21, 2014

Anda pengguna smartphone Asus zenfone 4, 5 atau 6?

Lama dah aku cuba risik tentang zenfone asus tak kisah 4,5 atau 6. Tapi dari ketiga-tiga jenis aku lebih rasa nak pinang zenfone 6. Sebab lebih besar & kamera lebih cantik.




Ada tak antara kalian pengguna zenfone? Tak kisah 4,5 atau 6? Boleh story serba sedikit kelebihan atau kekurangannya. Aku ada baca review di internet tapi apa salahnya tanya pendapat rakan blogger pula kan?


Lagi satu yang buat aku tertarik adalah dari segi warnanya. Cun bangat. Mehmehmeh.




Niat di hati nak trade in samsung grand ini tapi rasa sayang pula. Entahla. Masih berfikir-fikir nak beli baru atau trade in atau perhati sahaja dulu.


Semakin banyak jenama smartphone baru yang tumbuh bagai cendawan. Brand tak dikenali tapi boleh tahan hebat juga setanding jenama yang ada. Tengok sahaja Oppo, sekejap sahaja dikenali. Harga boleh grab iphone juga.


Ada tak review ringkas korang tentang zenfone 4,5 atau 6?


Asus fonepad 7 pun nampak best. Pergh duit oh duit. Jangan membazir bukan-bukan.


Nak beli samsung grand duos aku? Letak RM 450 ada ka nak? Hahahaha.



10 comments:

  1. Ingat kan nak bagi free.heheh:》

    ReplyDelete
  2. tak boleh nak tolong, saya pengguna tegar blackberry :)

    ReplyDelete
  3. tengah cari info pasal zenfone 6 jugak. bercadang nak ambik satu lepas jual phone yg baru beli tak smp seminggu sebab kena tipu. wuwuwu. dh dpt half price je, kena ambik z6 lah nampaknya. uu

    ReplyDelete
  4. Memang cantik2 smartphone sekarang ni...tapi untuk zenfone ni tak dapat nak tolong dik sebab akak pengguna samsung...hehe...

    ReplyDelete
  5. Salam, haaa adik sy baru beli Zenphone ni, cuma sy xtau yg mana satu dia beli, mmg besar gedabak haa~ Haha! okay je kot..cuma simkad biasa kita tu kena patahkan sikit jadi kecik, baru leh masuk kat slot simkad phone tu, hehe..function okay rasanya cam phone lain :D

    ReplyDelete
  6. fiza pun tengah survey zenfone ni..

    ReplyDelete
  7. woww.. kalau dapat free ni best giler!

    ReplyDelete
  8. CT tak guna tapi ada kawan yang selalu hapdet status facebook dok puji handphone dia. tapi tak ingat zenfon brapa..

    ReplyDelete
  9. eca lak berkenan dgn lenovo s850...duit aje xcukup.hahaha

    ReplyDelete
  10. Mana dia org yg nak review zenfone ni...saya pun nak tau gak..Kita sama..dh lama pakai grand duos...Tp mmg x joi kot...Syg..Dia ok je....

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^