Friday, November 21, 2014

Luahan hati pencinta kucing

Bermulanya kisah aku bela kucing sudah bertahun-tahun dahulu. Masa itu di Maybank SS, ternampak seekor anak kucing berada di kawasan longkang. Aku turun dan ambil anak kucing itu. Ketika itu aku dengan mak. Ku namakan kucing jantan itu Mie.


Bermula dengan seekor, sampai satu hari aku ambil seekor kucing betina dari kampung iaitu Nenek Eton ( alhamdulillah masih hidup hingga kini ). Bila dah mula bunting, paling sikit anak yang dilahirkan sekurangnya 2 ekor dan ada yang mencecah 6 ekor. Untuk pengetahuan anda, dalam setahun kucing boleh beranak 3 kali. Usia kandungan hanya 3 bulan sahaja. Kalau sekali beranak 6 ekor, 3 kali beranak dah 18 ekor! Itu dalam masa setahun.


Dari mana bertambahnya kucing?

1) Beranak
2) Ada yang kami jumpa ( kesian sebab mereka kecil )
3) Ada yang bagi kami ( datang rumah & katanya dia jumpa )


Hingga kini di tahun 2014, sudah hampir 30 ekor kucing di rumah di SS. Allahuakbar! Memang rumah kami meriah dengan kehadiran kucing, binatang kesayangan Rasulullah. Rezeki kami alhamdulillah cukup untuk tampung mereka.


Dulu
Aku takut untuk mandulkan kucing aku. Rasa kesian yang menebal. Tapi bila kesedaran itu timbul, baru aku tahu banyak kebaikan jika mandulkan kucing. Demi kebajikan mereka juga. Demi kesejahteraan jiran tetangga.


Kini
Perlahan-lahan aku mandulkan seekor demi seekor. Oleh kerana kos yang agak tinggi, aku cuba buat apa yang patut termasuk pencarian melalui Dana Untuk Meow. Alhamdulillah, boleh juga ku tampung mana yang patut.


Tolong, andai ada yang tak suka dengan binatang kesayangan Rasulullah ini, jangan sesekali menganiayainya. Jangan lakukan tindakan yang boleh menunjukkan kebodohan diri sendiri seperti sepak terajang, kedekut berkongsi rezeki, sengaja membunuh.


Aku bab binatang, sangat sensitif. Terfikir kalaulah mereka boleh berkata-kata sudah tentu kita lebih memahami perasaannya. Allahuakbar..











6 comments:

  1. tak pe tak pe yui
    mudahan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, baiknya yui...semoga yui mendapat rezeki yang bertambah2 lagi nanti. kucing saya sekarang ni dok bising2 tengah "gatal" tu. yang jantannya pulak buat tak tau je huhuhuhu pening nak layan :)

    ReplyDelete
  3. saya faham perasaan anda. adik saya memang pencinta kucing. memang pantang kalau tengok kucing. kawan-kawan saya pun ramai yang minat kucing..jadi kucing selalu menjadi topik perbualan kami.

    ReplyDelete
  4. inshaAllah niat baik Yui mesti dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  5. Salam, betul tu yui..sedih kan bila nampak kucing2 kecik meryau2 kat tepi2 jalan sekor..wuwu sian..semoga yui dimurahkan rezki dan dpt tampung perbelanjaan family kucing tersebut..amin~ :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^