Tuesday, December 16, 2014

Kejadian di Hentian Pudu tidak berulang

Ecehh! Kemain tajuk tidak berulang. Tidak berulang buat masa inilah. Akan datang, kita sendiri pun tak tahu nasib kita macam mana.


Ok, entry sebelum ini aku bagitahu pasal tiket ETS ke Ipoh habis. Lepas itu aku terus ke Hentian Pudu. Bila ingat kejadian lama, aku terus BERJAGA-JAGA [ kisah lama ]. Sampai sahaja, macam biasa ada saja manusia yang akan mengekori kita. Pujuk rayu dengan kata-katanya untuk beli tiket.


Apa yang aku buat?

1) Terus sahaja berjalan walau ada yang panggil atau mengekori
2) Bagi saja alasan kita dah beli tiket
3) Berjaga-jaga dengan barang yang kita bawa
4) Terus menuju ke kauter tiket tanpa kehadiran manusia yang lalu lalang


Pilihan bas aku hari itu? Plusliner. Sebab aku perhatikan hanya kaunter tiket plusliner nampak tenang & pembeli beratur dengan tertib. Tiada langsung manusia yang akan mengekori kita hingga ke kaunter.


Kekurangan bas plusliner adalah tempat duduknya agak sempit. Kalau bawa beg besar, payah sikit. Itu tak menjadi masalah, yang penting perkhidmatan diberikan. Bas bergerak tepat jam 2.00 petang tanpa singgah hentian bas mana-mana. Akan turun di Medan Gopeng dan hentian terakhir di Amanjaya, Ipoh lebih kurang jam 5.00 petang.


Alhamdulillah, sangat lega bila selamat tiba tanpa kejadian lepas.


Aku adalah manusia yang jarang menggunakan perkhidmatan awam jadi agak ralat bila kejadian tak diingini terjadi. Apa pun, semua ini pengalaman.


Minggu ini pergi KL, dah siap-siap beli tiket ETS pergi dan balik. InshaaALLAH tak berlaku kejadian tiada tiket. Mehmehmeh.






12 comments:

  1. Kalau akak sure ketaq lutut gak camni..

    Pernah kena amsa abes SPM kena pegang belakang dan peha

    ReplyDelete
  2. Fiza pun jarang guna perkhidmatan awam..kalau terpaksa memang kena berhati hati sangat..

    ReplyDelete
  3. jgn pandang kiri kanan..
    berlakon je buat2 dah familiar tempat tue..
    yang pasti wat muka garang.
    hehehe.
    kompom xdek org brani ikut

    ReplyDelete
  4. Saya pun selalu risau kalau naik bas... org lain sedap tidur je atas bas... hehehe
    Nak menang RM100, RM50 dan hadiah misteri... jom join G A di blog saya….
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

    ReplyDelete
  5. Salam, whoa! kesian yui terbeli tiket dgn ulat..sy klw beli tiket kat bus stand mmg terus beli dpd kaunter..xsuke dgn ulat2 yg asyik mengekor je desak kita sruh beli tiket..haihh~

    ReplyDelete
  6. memang kena hati2 dengan ulat tiket nih..diaorang ni akan ikut kita selagi kita tak beli..

    ReplyDelete
  7. teringat kenangan saya kena 'pow' masa nak balik ke johor, masa tu jalan kaki dari central market nak ke pudu...

    ReplyDelete
  8. fuhhh mendebarkan baca kisah Yui hehe. ana ni smnnjak dah bekerja & ada kereta sndiri ni mmg dah x pnh guna public transport. ape tah lg kalo nk ke KL lg la ana mmg x pandai hehe

    ReplyDelete
  9. Epilog Life || buat hati kering je. set target bus. jangan jadi lalang takut nanti digoda ulat

    ReplyDelete
  10. Assalam yui,
    bawak ler companion next time
    lebih selamat rasanya he3

    ReplyDelete
  11. memnag tak layan orang yang pangil2 tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^