Tuesday, December 09, 2014

Rasa tak menentu

Aku tak tahulah kenapa bulan Dis 2014 seperti banyak menguji aku
Padahal, ikutkan sama macam bulan-bulan sebelum ini
Bezanya tak banyak mana!


Banyak "cabaran" aku kena tempuh
Kadang banyak fikir pasal orang lain dari diri sendiri
Lebih pentingkan perasaan orang-orang lain dari perasaan sendiri


Fuhh!
Rasa macam "teraniaya" tapi memikirkan kebaikan, teruskan juga
Akal selalu mengingatkan, segala kebaikan ALLAH suka
Maka kita manusia khilaf, haruslah perbanyakkan kebaikan
Jauhi keburukan


Bayangkan
Hari ini baru 9hb
Baru seminggu dalam 4 minggu di setiap bulan
Banyak dah yang berlaku


Apa pun
Aku harap semuanya baik-baik
ALLAH, permudahkan urusanku....






13 comments:

  1. moga di permudahkan yer yui..

    jijah pun tahun ni mmg banyak dugaan, malang berlaku.. tp semuanya dapat tempuh dgn tenang..heee

    ReplyDelete
  2. sabar...tempuhinya dengan kuat dan jangan mengalah..(cakap pandai la..kan??hahahah)

    ReplyDelete
  3. sabar ye modah dpermudahkan.. =)

    ReplyDelete
  4. sabar ye modah dpermudahkan.. =)

    ReplyDelete
  5. ingat yui, Allah hanya menduga pada umatnya mengikut kemampuan umat tersebut, kiranya yui mampu untuk mengatasi dugaan ni...yakin dengan kekuasaan Allah :)

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan segala urusn sis yui :)

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya baik baik je yui..be strong

    ReplyDelete
  8. ada beberapa perkara yang bila kita fikirkan kita akan terlalu risau sehingga menyebabkan kita sering beranggapan sesuatu yang buruk walhal apa yang berlaku adalah satu pertunjuk tetapi sukar dilihat kerana keadaan menyebabkan emosi kita terganggu. Jadi sentiasa kekal tenang dan cuba berfikir di luar lingkungan.

    ReplyDelete
  9. Fokus pada sasaran dan cita-cita...Yang lain-lain tu pandang sebelah mata, tutup telinga sebelah, buat dua2 pun lagi baik. :-)

    Semoga peroleh kejayaan dunia akhirat, Amin. :-)

    ReplyDelete
  10. ujian dtg ada hikmahnya kan Yui.
    moga baik2 saja Yui kat sana :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^