Tuesday, January 20, 2015

Cara ajar kucing kencing dah berak dalam bilik air

Ini antara kucing tua dalam rumah. Dah lebih 4 tahun. Namanya Eton. Aku tak berapa ingat macam mana dia boleh terjebak berak & kencing dalam bilik air. Yang pasti, aku memang ajar sebolehnya semua kucing yang berada dalam rumah praktik berak & kencing di bilik air. Senang, tak membazir pasir. Hahaha.



Kisah kenapa mata Eton sebegitu
[ entry ]


Dalam bilik air memang ada satu kerusi khas. Kerusi untuk kucing. Sentiasa ada. Kalau orang nak masuk baru bawa keluar. Oklah, aku nak share cara aku ajar depa.


1) Kurung sebolehnya seharian dalam tandas & pastikan ada makanan & minuman
2) Bawa sekali bila kita masuk dalam tandas


Sebenarnya aku biasa buat nombor 2. Hahahaha! Ala, bukan apa pun. Kita nak ajar dia. Mana tahu dengan bauan yang ada buat dia faham. Tak payah nak cakap kotor ke apa bukan aku buat benda pelik. 


Tapi cara yang sebaiknya adalah nombor 1. InshaaALLAH mereka akan biasa. Setakat ini aku buat cara 1. Kadang kita dah tahu bila time mereka nak buang air kecil atau besar. Biar dalam setengah jam, buku pintu tengok-tengok dah ada air kencing & tahi. 


Kerja manusia pun senang. Just bersihkan. Kurang dah penggunaan pasir.


Jadi, ajarlah kucing anda. Mana tahu dia patuh. Tak cuba tak tahu.


* Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang lain caranya. Boleh ikut kalau nak mencuba. Terima kasih.




19 comments:

  1. napengan mata eton tu ... buta sebelah ke

    ReplyDelete
  2. baru kurung stgh jam jerit dia dah macam tak bg makan setahun -_-

    ReplyDelete
  3. kucing fiza semua berak dalam pasir tapi kekadang geram juga kalau MIL bagitau dia kencing or berak merata..btw,tq share yui.memang senang kerja kalau dorang pandai masuk bilik air untuk kecing or berak kan

    ReplyDelete
  4. owhhh baru tau...

    masa kecik2 dlu.. selama arwah nenek jaga kucing.. xpenah tnya..mmg kucing2 masuk toilet sendiri..cucu2 tolong jiruskan aje.. hehe...

    ReplyDelete
  5. bape lama die nak pandai tu? xde terkucil ke kat tmpt lain?

    ReplyDelete
  6. Erm.. Kucing kat rumah,suka berak merata..nanti nk cuba cara ini..tq berkongsi..

    ReplyDelete
  7. boleh jugak letak bekas pasir atas tandas tu...

    ReplyDelete
  8. mak akak mmg ajo kucing kencing berak lam bilik air... ada sekor kucing akak x balik seharian ghupenye kena keje ngan anjing... teruk gak cedera.. dlm sakit2 tu nak kencing dan berak dia leh berjln berak lam tandas... sedihhhhh..

    ReplyDelete
  9. bagus ajar kucen mcm tu.
    *kucen kt kg bru je mati huhu..

    ReplyDelete
  10. Dulu akak bela kucing pun akak buat yang nombor satu tu..memang menjadi..

    ReplyDelete
  11. yup...saya pun ajar kucing kencing berak dekat tandas

    ReplyDelete
  12. petua ni memang mujarab, setiap kali ada kucing baru mesti ajar kencing berak dalam toilet, biasanya akak simpan 1minggu.

    memang berbaloi bila kita ajar dia cara mcm nie:)

    ReplyDelete
  13. mcm cara nak ajar anak potty train jugak ni

    ReplyDelete
  14. haaa... ni ajar kucing popo n pee.. nak ajar anak popo n pepe leh ikut cara yui ni, hahaha...

    ReplyDelete
  15. Nice sharing Yui. Kucing Zumal semua bergantung kat pasir tapi yang dewasa pandai cari tempat lain ^-^

    ReplyDelete
  16. Ooo.. macam ni ke cara train kucing dan anjing kencing dan berak dalam tandas,, sentiasa terfikir-fikir macam manalah boleh begitu ahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^