Tuesday, February 10, 2015

Pendapat penggunaan hundle xs YES

Sedia maklum, streamyx bakal dipotong. Memandangkan hp celcom untuk bisnes kecil Nurul Yui Collection & ia bergantung sepenuhnya pada wifi sebelum ini, maka aku kena cari alternatif lain.


Ada kawan pakai YES.
Aku jumpa & bertanya dengan ejen di Giant, Tambun.




Aku mencari

1) Mudah untuk digunakan dimana saja
2) Boleh guna untuk lebih 3 gajet dalam satu masa
3) Ada talian/coverage di tempat biasa akan aku berada


Maka hati lebih terpikat nak mencuba huddle xs. Sebelum apa-apa perkara pertama memang aku tanya tentang coverage. Buat apa guna kalau line teruk. 


Ikutkan apa yang ditunjuk, ada kontrak selama 2 tahun. Aku tanya dia, kalau dalam sebulan tiba-tiba aku batal, berapa bayaran aku perlu buat. Ada plak dia jawab, tak pasti sebab itu center yang uruskan. 


Apa yang aku baca, kalau kita batalkan, kita perlu bayar baki yang ada dalam tempoh kontrak. Asalnya aku nak pilih 68 untuk 4gb, tapi bila fikir, baik ambil yang rendah. Nak tambah kuota, topup saja. Sebab kita tak boleh downgrade gb ok, hanya boleh upgrade!


Sebenarnya aku baru bayar booking RM 50. Jadi nak tanya pendapat kalian, kalau ada yang menggunakan YES, okay atau tidak?


Pendapat kalian sangat daku hargai.


Kalau dulu kontak setahun saja. Makin "cerdik" sekarang. 



13 comments:

  1. menarik jugak ni dear. kat tempat Eza takda lagi ni..

    ReplyDelete
  2. salam yui

    pernah kawan akak pakai dulu katanya line kurang ok.

    ReplyDelete
  3. dulu pernah jugak tanya tapi tak berapa pasti kenapa tak jadi ambil ek...hmm...nnt kena selidik balik...lupa dah..

    ReplyDelete
  4. kawan saya ada guna, nampak mcm menarik je... hehehe,,, ok je rasanya

    ReplyDelete
  5. hmm tak leh jawab kami pakai yg free je kat rumah tu

    ReplyDelete
  6. tak pernah guna lah pulak yes. sorry yui :)

    ReplyDelete
  7. xtau plak pasal yes tapi nape ptong streamy..

    ReplyDelete
  8. saye xgne yes..
    saye gune digi..
    rm65 8gb.. tp tkot tmpt awk xde line digi pulak.. heee..

    ok je kot pkai yes ni.

    ReplyDelete
  9. saya pun macam nak guna ni gak. abg saya dapat huddle ni free sbb beli kereta proton. free guna 1 tahun. so tak tahu payment macam mana.tp bab line setakat ni memang bagus. biasa kalau jalan or balik kg, subscribe broadband celcom. setakat ni, mana yg celcom xde line, yes ni mesti ada. smpai kat kg pun, celcom xde line, sedara guna maxis pun xde line, yes tetap ada.. :)

    ReplyDelete
  10. tak tahu la yui..sbb jijah pon nak cari line wifi jugak ni..

    ReplyDelete
  11. takde info pulak pasal ni..tunggu mereka yang ada antara dua ni boleh jawabkan

    ReplyDelete
  12. YES laju juga.. tapi tengok coverage la.. baik yui chck coverage YES tmpt yui dulu

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^