Wednesday, February 04, 2015

Ujian buat kita lebih tabah

Memang benar dan itu hakikatnya. Walau diri dilanda masalah, tapi bila masalah itu selesai sedikit demi sedikit  mahupun mengambil masa, ia membuatkan diri lebih tabah. Lebih mengenali apa itu sabar, apa itu kekuatan, apa itu semangat.


Minggu lalu memang banyak yang menguji aku. Ada yang buat aku buntu, ada yang buat aku lebih cekal. ALLAH sayang sebab itu ALLAH uji. Cabaran kehidupan.


Kadang orang lain boleh kata, SABAR.
Kadang kita rasa, orang itu tidak merasai jadi tidak mengetahui.
Apa pun memang benar kata mereka.


Sabar buat kita tabah. Sabar buat kita cekal dan sabar buat kita kuat walau kadang rasa "jatuh". Penyelesaian yang terbaik adalah cara yang perlu kita cari.


Apa pun jenis ujian yang kita hadapi, moga kita dapat selesaikan dengan sebaiknya biarpun ia mengambil masa.


Mungkin kita terlalu leka dengan dunia. ALLAH sedang "tegur" kita.



10 comments:

  1. betul itu yui
    selain sabar kita tawakal & memohon padaNya mudah2an apa yg kita lalui akan menguatkan lagi diri kita..

    have a nice day yui..

    ReplyDelete
  2. InsyaaAllah Yui ada hikmahnya bila kita sabar dan redha dengan ujian Allah

    ReplyDelete
  3. cuma ingat "orang yang sabar selalu dapat yang terbaik"

    ReplyDelete
  4. bertabah la yui .. harap yui kuat !!

    ReplyDelete
  5. setiap dari kita xpernah lari dr pelbagai masalah yui..ada org lg teruk..sbb Allah uji ikut kemampuan kita

    ReplyDelete
  6. betul yui..sentiasa kekal positif ok..:)

    ReplyDelete
  7. kite pun sekarang sedang dilanda dugaan. mampu berdoa je =(

    ReplyDelete
  8. Sabar ye Yui.. Moga baik baik saja

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^