Friday, October 23, 2015

Amalan menyimpan/menabung duit hijau

Amalan menyimpan duit hijau ini aku baru mulakan awal tahun 2015. Bukan apa, salah satunya sebab pernah terbaca artikel di fb & blog. Terus menarik minat aku.


Sebelum ini rajin kumpul duit syiling aje.




Senangke nak simpan duit hijau ini?
Senang kalau anda ada KEINGINAN UNTUK MEMBUAT DEMIKIAN.


Cara mudah untuk elak guna/terguna?
Bila nampak je duit hijau dalam dompet, selitkan dulu tempat lain. Kalau cara aku, LIPAT SEBAGAI TANDA UNTUK SIMPANAN.


Tiap harike menyimpan?
Kalau tiap hari aku ternampak duit hijau, tiap harilah menyimpan. Kadang selang 2-3 hari juga. Ralat juga rasa sebab tak dapat menyimpan tiap hari.


Dah banyak?
Tak banyak tapi jadilah dari tak menyimpan langsungkan.


Sebenarnya baru-baru ini aku dah tukarkan duit hijau ini kepada benda lain. Bila fikir, apa guna ada duit/simpan semata. Jadi setelah meneliti, aku buat benda lain menggunakan duit simpanan ini.


Apa aku buat?
Nanti aku story lain ya.


Korang pun boleh amalkan. Kalau dapat simpan duit merah lagi syiok. Duit biru & ungu itu lagi bagussss!



17 comments:

  1. sama laa kita.. dulu suka nyimpan duit 50 sen.. eyda buat pun selepas terpengaruh tengok rakan blogger lain buat.. duit hijau jer yang mampu pun.. alhamdulillah dah banyak menyimpan.. in shaa Allah ujung tahun nih nak beli something yang dah lama idamkan..

    ReplyDelete
  2. akk simpan duit singgit. kt opis.nk simpan asek lupa.last2 guna kalau time lupa cucuk duit.hahaha

    ReplyDelete
  3. Farah pun menyimpan cara nie jugak.. tapi simpan duit oren..heee..=D

    ReplyDelete
  4. saya pernah buat...dah 2x terguna waktu2 emergency.. ingat nak start balik utk beli EMAS plak..pelaburan masa depan

    ReplyDelete
  5. duit hijau.. duit hijau.. duit hijau...

    ReplyDelete
  6. PG menyimpan dengan cara join kutu. PG ketua kutu, jadi orang pertama yang dapat. duit kutu tulah duit menabung kiranya. guna bila perlu. selalunya nak dekat hujung bulanlah terguna. time sesak kan. then bila da gaji, topup semula duit tu. jangan pakai selagi belum ada apa-apa yang perlu mendesak utk digunakan. hehe.

    ReplyDelete
  7. Wah menarik.. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  8. wah bagus yui, akak simpan duit syiling kat opis dan umah abg hehe. Boleh try ni simpan duit kertas pulak.

    ReplyDelete
  9. ADA JUGAK BUAT TAPI TAK KENTAL LA... PASTU GUNA...HUHU

    ReplyDelete
  10. Nak siMpan juga la duit hijau tu...

    ReplyDelete
  11. wah,bagusnya..boleh cuba buat ni..

    ReplyDelete
  12. terbaekkklah Yui..akak tak gigih dik nun..tapi teringin jugakk..hahaha

    ReplyDelete
  13. fiza pun simpan duit hijau..seronok bila dah banyak tu kan

    ReplyDelete
  14. Semangat kena kuat kalau nak buat camnie.. Sha memang kurang berjaya kalau menyimpan camnie.. hehehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^