Wednesday, November 18, 2015

Penurunan berat badan vs ukur lilit

Hujung tahun 2013 aku cuba diet Atkins, alhamdulillah memang nampak hasil. Tak lama pun aku buat sebab dah dapat apa yang aku nak.


Lepas itu, makan pun dah pandai biasa-biasa. Takde dah sangat macam dulu, air manis memanjang, coklat sentiasa di sisi. Air masak langsung takmau telan! Itu kisah dululah sebelum aku kenal diet Atkins.


Ehhh, macam melalut dari tajuk.
Sebenarnya dulu aku buat diet, target utama aku memang nak kurangkan berat. Gila sangat rasa gemok dengan ketinggian lebih kurang 159 cm, berat badan dah mencecah 65 kg! Itu kira tahap rendang tak sesuai dengan badan. Hahahah.


Lepas dah tak ikut diet atkins, aku rajinkan diri bersenam benda mudah.
Paling best ketika diet, berat aku kurang beberapa kg saja tapi tang ukur lilit memang terbaik!


Jadi dari situ, aku lebih suka titikberatkan pengurangan ukur lilit atau inch lost berbanding kurang kg semata.


Kenapa?
Sebab bila beli baju orang takkan tanya berat badan, tapi orang akan tanya saiz. Aku pun tak pasti kenapa aku jaga badan aku walaupun perut membuncit dengan jaya. So, sekarang motif utama nak atasi/kurangkan buncit.


Belum kahwin dah buncit, hahahahaha!


Kalau korang, korang pilih yang mana?


Nak tahu perjalanan aku dengan diet Atkins
[ entry ]





15 comments:

  1. Kita pun dalam misi menurunkan berat badan sekarang. hehehe

    ReplyDelete
  2. akak nak berat dik .... hahahha

    ReplyDelete
  3. Akak lagi rendang dari ko dik...
    Tapi akak pun prefer kurang ukurlilit dari berat badan
    Baru senang nak beli baju...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Akk skg ni pun buat diet Atkins.. tp selalunya ke laut..tp dlm kelaut pun..masih turun KG.. .ukur lilit pun dah byk loose.. baju2 lama pun dah boleh pakai balik dah skg

    ReplyDelete
  5. caiyok yui!! mesti boleh punya...

    ReplyDelete
  6. Akak pun rasa ukur lilit tu lagi penting..biar la berat berapa pun asal mata orang nampak kita kecik sikit dari sebelumni..heheh

    ReplyDelete
  7. husna kali ni dah naik laa kak yui!! matilaa.. mama pon dah ckp anak dya ni dah berisi balik cuti mid sem hari tu.. :D

    ReplyDelete
  8. sungguh.. yg penting perut x boroi

    ReplyDelete
  9. eh berat and tinggi kita lebih kurang sama. hm kene amal diet ni. nice sharing ;)

    ReplyDelete
  10. kalau akak sis..memang lagi suka kurang ukur lilit kot..sebab senang nak cari baju..hihi

    ReplyDelete
  11. pilih dedua kot. lebih seimbang rasanya. rasanyalah je hihihihi

    ReplyDelete
  12. ahaaa ! betoi jugak..

    tapi,berat pun kena kira jugak..,

    ReplyDelete
  13. saya pilih dua2 kak. haha. on diet dan sedang rajin bersenam. :P

    ReplyDelete
  14. kak ekin masa zaman anak dara tang perut buncit smpai loni x hilang org sangka mengandung dh ni

    ReplyDelete
  15. uuish kira lama jugak da Yui buat atkins eh..
    nanti boleh tunjuk ajarla.. itew nak kecik2 gak nanti xdak yang nak kat itew haahha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^