Thursday, November 19, 2015

Tangan lebam teruk selepas derma darah

Haritu aku tak sihat, ada aku mention tangan aku lebam teruk. Ceritanya bermula macam ini.


Aku kalau follow abah nak derma darah, secara tak langsung aku juga akan derma darah. Setakat ini tak lebih 7 kali aku menderma.


Nak dijadikan cerita,
Sabtu lepas 14/11/2015 ada kempen derma darah di Jaya Jusco Kinta City, Ipoh. Aku pun isilah form & buat ujian seterusnya. Dah duduk baring di kerusi, nurse yang mai nak cucuk tu aku rasa ketuanya sebab pakai uniform biru ( yang lain pakai putih ).


Cucuk, tampal, gengam kayu apa semua. Awal-awal memang darah aku laju saja mengalir. Sebab pengalaman sebelum ini, biasanya tak lebih 10 minit aku akan selesai tapi tidak untuk kali ini!!!


Bila dia nampak darah aku mula perlahan, dia pegang tiub wayar. Ada juga dia usik jarum, Sampai satu tahap aku cakap sakit sebab usikan jarum tu. Ambil masa dekat 20 minit hanya untuk darah 300 ml.


Bila dia dah tampal plaster, aku nampak tangan aku bengkak sedikit. Kata nurse lain, takpe nanti balik tuam. Dah balik rumah, sekali aku buka plaster, nampak seperti darah beku. Lepas beberapa jam lagi merebak rupa darah beku tu!


Dan hingga sekarang, dah 5 hari, kesannya belum reda.
Kesan jarum pun masih nampak tau. Sebelum ini rileks hilang aja.
Masih lebam seperti gigit hantu! Huuuu, nasib kurang baik kot kali ini. Apa pun aku syukur sebab dapat menderma darah.


Tak boleh kalahkan abah aku sebab dia dah lebih 70 kali menderma darah!
Hebat dia. Nak juga jadi penderma tegar macam dia setiap 3 bulan sekali. Doakan ya.


Nak tengok gambarke?
Satg korang terkejut plak. Hahahaha.


Yang boleh menderma darah, buatlah. Sekurangnya kita dapat membantu orang ramai.


Aku darah jenis O.





23 comments:

  1. akak pon pernah lebam lepas amik drh. seminggu lebih jugak nak hilang. mmg lebam mcm ada darah beku tulah. pdhl amik drh utk cek up je. agaknya doc tu xpro kot.

    ReplyDelete
  2. saya part derma ni la saya penakut.. pernah derma darah... adohai bole plak nk pengsan...

    ReplyDelete
  3. saya selalu x lepas nak derma darah.. ada2 ajer yg x kena.. huhu

    ReplyDelete
  4. Akak baru sekali menderma sis.. tu pun puas lah pujuk org makmal tu ambil.. katanya dulu berat badan tak cukup..hihi
    akak JEnis O jugak..
    takut juga bila lebam ni...

    ReplyDelete
  5. yui sama macam anum. kalau amik darah memang lama lebamnya

    ReplyDelete
  6. baru nak tanya kita boleh tau tak jenis darah kita bila kita g derma..ok dh dapat jawapan. sy tak takut jarum .tapi kebanyakan program derma darah di penang ,dikendali NGO..tak tau apa kaitannya,tapi sy takut bercampur jarum.lagi malang,jarum org yg berpenyakit.boleh ka benda tu jadi ?dan ada mana2 website rasmi tak utk kita updated tempat2 yang akan diadakan kempen derma darah oleh pihak yg berkepercayaann? betul2 nak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdanya jarum depa kongsi...semua pakai buang jee...naya la weii klau jarum pun kongsi...yg depa kongsi kat sana pen je tuk isi borang πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  7. k.el ni mmg seriau ngan jarum2
    lagilah x boleh nak derma darah haha

    ReplyDelete
  8. dah lama xderma.. thn ni ada juga mncuba tpinya blood pressure rndh.. jd xdpt nak derma.. sob3x..

    ReplyDelete
  9. Akak tak pernah ambil darah takut bila tengok darah dik yui...

    ReplyDelete
  10. same la..iera pon lebam mase derma darah..doc ckp sbb kulit sensetif..huhu...bru dpt derma 3x je..huhu

    ReplyDelete
  11. budi yg baik dikenang jugak., lebam tu sbb salah urat keww., huhu2 ngeri gakk

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah kite kalau derma darah kak, tak pernah lagi lebab tangan. tapi masalah susah cari urat. ahahha

    ReplyDelete
  13. meh derma darah sikit kat jijah... kurang darah ni..hee

    ReplyDelete
  14. teringin nk derma..tp mmg xdpt... sy drh o juge :)

    ReplyDelete
  15. teringin nak derma tapi takotttttttttt. hahahaha

    ReplyDelete
  16. kawan CT rajin menderma darah.. i is penakot you.. macam manoo hehehe..

    ReplyDelete
  17. harap kesan tu cepat sembuh..tahniah yui banyak derma darah dah

    ReplyDelete
  18. Sy darah B. Alhamdulillah, 5 minit dapat 400mg darah. Tapi lepas 3 hari baru nampak lebam bersaiz ibu jari.

    ReplyDelete
  19. 4 ari yg lepas untuk prtama kali sy dpat juga untuk mderma drah..dan smpai skrang tngan lebam truk smpai kwan2 skerja mcm kne gigit polong..arap tu lebam normal

    ReplyDelete
  20. Lebam kat kaws yg d cucuk tu normal je...tp kalau kebas dan kebiruan sampai hujung kelima2 jari tu baru msalah dari urat,boleh rujuk dekat hospital berdekatan,wad tabung darah..biasa kalau ada darah beku sekitar kulit tu boleh mintak nurse situ keluarkan dan tuam dgn ais..ok kwn2....

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^