Friday, November 11, 2016

Beginilah rupa buah keranji

Pernah dengar tak pantun ini :

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.


Alaaaa, korang biasa dengar kan pantun tu. Popular zaman kanak-kanak dulu sebab ngelat nak mengaji. Miahahaha. Opsss, kantoi!


Sebenarnya member opis yang beli. Pantang benor orang offer makan pelik-pelik ni laju je mencuba. Dia beli 2 pek. Buka je dan makan, eh macam kapas masuk dalam mulut. Masam ala asam keping.





Inilah dia rupa buah keranji. Entah Yui eja betul ke tak asal bunyi lebih kurang. Hahaha. Rupa dia ala anggur hitam. Kecil sahaja.


Cara makan :
Buang kulit ( senang dibuka ), makan isi, hisap & buang biji kecil di dalamnya. Jangan telan, takut tumbuh pokoknya pula dalam badan. Hahaha. Ok ini gurau ya.


Maka,
Beginilah dia selepas berpuluh tahun berada di muka bumi ini. Baru kenal dan baru rasa. Lalaala.
Nak tengok isi dalam, sila google tauuu.





15 comments:

  1. sedap ..akak suka mkn ni .... klu yg org asli jual lgi besar2 tp akak dok beli klu pi pasar payang je

    ReplyDelete
  2. Kakak jumpa buah ni sebaik anak sulung kakak belajar di T'ganu Yui.
    Sejak itu kakak dah kenal.. dlm dia merah macam velvet hihi...

    ReplyDelete
  3. Kak PC pernah tengok..tapi tak pernah makan Yui...

    ReplyDelete
  4. pernah makan jugak. tapi mcm xpuas sebab baru masuk mlt eh dah abis haha..

    ReplyDelete
  5. Selalu dok dengar pantun nya ja sis..hari ni dpt tgk buah keranji.. hihi..

    ReplyDelete
  6. pernah makan sekali je, itu pun da lupa macam mane rasanya

    ReplyDelete
  7. oma iii..
    cara makan dia macam tu ea??

    Anyway.. i add u in my blog list :)

    ReplyDelete
  8. mmg..yui suka makan pelik2..hihi

    ReplyDelete
  9. biasa dengar pantun sahaja..tak pernah makan lagi =)

    ReplyDelete
  10. Comei saja buahnya...
    Rasanya x pernah makan la buah niii

    ReplyDelete
  11. pokok dia selalu org tanam dekat dgn kubuq
    sedap buah dia

    ReplyDelete
  12. pernah makan.. sedap..! masam2 sikit..hehehe

    ReplyDelete
  13. Tpt jie mcm dh biasa dgn buah keranji ni..xsangka plak yui bru mkn..huhu

    ReplyDelete
  14. Pernah makan. Tp, memang dah lama tak makan buah ni. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^