Friday, November 29, 2013

Anak kucing comel dari longkang

Semalam aku balik SS sebab nak uruskan pengeposan. Sampai & sempat rehat sekejap mak bagitahu, " kita ada anak baru ". Dalam hati aku, tak lain tak bukan mesti meow!





Allahuakbar! Memang seekor anak meow yang sangat comel. Mak bagitahu, adik aku jumpa dalam longkang area kedai. Adik tanya "aunty" itu kot-kot ada mak kucing sayangnya boleh pula orang itu jawab, " memang takde. itu kucing sudah berapa hari dalam itu " Sayu hati aku.


Ada juga manusia yang biar sahaja macam itu. Tak terkata kerana perangai orang kita tak jangka.


Serious si comel ini sangat manja. Betina. Aku pegang, aku belai. Bau dia memang bau dalam kotak yang lama. Terus aku bagi mandi, bagi wangi dengan syampoo kucing. Walau badannya penuh kutu, aku dah letak ubat sepatutnya. Moga semua kutu itu hilang segera.


Dalam waktu aku sedang atau masih berikan kucing-kucing kepada mereka yang pencinta kucing, datang seekor lagi. Aku anggap ini semua rezeki dan ada hikmah di sebaliknya. Moga si meow dapat hidup sempurna. In shaa ALLAH.



15 comments:

  1. comeinya..!sian dia...nasib baik adik yui jumpa cepat...

    ReplyDelete
  2. saya geli dengan kucing.. huhu

    ReplyDelete
  3. nak letak nama apa yui...black ke :)

    ReplyDelete
  4. bagus yui kutip jaga..alhamdulillah kucing tu jumpa org yg baik..huhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan Salam Jumaat..adik kucing yer...rumh akak pn bnyk kucing tpi adik akan yg punya...akak kadang tlg jaga jer..

    ReplyDelete
  6. tak patut auntie tu biar je kucing tu dlm longkang. ish teruknya..

    ReplyDelete
  7. comeyynya...
    macam pakai mask gitu...
    nasib baik dia jumpa tuan yg baik hati mcm Yui...hehhe

    ReplyDelete
  8. besar pahala... mudah2han kucing tu doakan yui

    ReplyDelete
  9. comel jgk tu yui :) bela elok-elok ye

    ReplyDelete
  10. comel..yui,anta tempat bela kucing pun okay.

    ReplyDelete
  11. Pasti ad hikmahnya dear.... :)

    ReplyDelete
  12. yui, syampoo kucing tu yui beli kat mana ye. :)

    ReplyDelete
  13. mujur anak kucing tu jmpa dgn org yg sudi nak bela dia.. mmg rezeki dia dpt tinggal dgn family yui..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^