Wednesday, August 27, 2014

Makanan yang dibenarkan & tidak dibenarkan ketika berdiet Atkins



Kalau tadi aku share ringkasan fasa-fasa diet atkins { entry }, sekarang aku kongsikan jadual makanan yang dibenarkan & tidak dibenarkan ketika berdiet atkins. 


Sebaik-baiknya ketika induction paling sedikit 2 minggu, follow 100% yang disarankan. InshaaALLAH korang akan dapat rasai perbezaan tak kisah dari segi berat menurun/inci akan berkurangan. Setiap orang berbeza kesannya. Contoh aku sendiri dalam 2 minggu lebih kurang 4 kg sahaja turun ( itu pun dah sangat happy sebab tahu jenis susah turun berat badan ).


Korang tengok jadual di atas, bukan selama-lamanya tak dibenarkan. Kalau dah masuk fasa 3 & fasa 4 tu dah boleh telan segala mak nenek. Asalkan berkawal/kuantiti sederhana. Jangan pula melahap tak ingat dunia, lepas itu back to normal nak salahkan diet pula ya.


Tekak melayu tak dapat nasi memang tak bolehkan? Tapi kalau nak seribu daya, usaha itu pasti akan ada. Nak atau tidak sahaja. Bukan selamanya tapi sekejap sahaja. Itu pun kalau kita ikut betul-betul. Mehmehmeh.


Aku selalu motivasikan diri dengan tengok group Kelab Diet Atkins. Tengok orang post gambar buat aku teruja tengok perubahan mereka. Kalau mereka boleh, aku pun boleh! Kan?


Ramai juga yang diet bukan semata nak kurangkan berat, dapatkan bmi normal, ada juga yang cuba nak dapatkan zuriat. Alhamdulillah ramai berjaya. Tidakkah itu satu pencapaian yang sangat diimpikan?


Good luck kepada yang berdiet atkins. Yang dah berjaya, kena beringat sama. Tak mustahil boleh kembali ke asal andai berenang ke laut lama sangat. Ekekekeke!


Nak tengok perubahan aku, menu-menu diet atkins yang aku cuba, boleh rujuk { ini }.


Nak tanya silakan. Aku bantu mana tahu. Sebab aku belajar dari pembacaan juga =)



6 comments:

  1. baru-baru ni akak dah berjaya turunkan 4kg
    pehtu tetiba je naik balik
    langgar disiplin :P

    ReplyDelete
  2. Yui, Ros pun dah join kelab tu. Ros baru je start semalam.. Kali ni dah nekad.. sebab tengok pencapaian adik Ros sendiri.. Moga kuat semangat!

    ReplyDelete
  3. lame tak singgah sini.. rupenye yui berdiet atkin.. kite tak kuat nak buat atkin.. bujang dulu ok lah.. skrg menyusu badan.. mal tak sanggup..

    ReplyDelete
  4. gudluck pd mereka yg amalkan diet atkin

    ReplyDelete
  5. tak boleh tahan kalau tak makan nasi.huhu..all the best untuk mereka yang berdiet atkins..

    ReplyDelete
  6. Sy menyusu badan..tp nak cuba jg diet atkins..cuma xdela nak extrem sgt..rasa sgt2 x selesa sb rasa bdn makin besar lps bersalin anak ke3..tq utk entry yg sgt membantu

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^