Biskut kedua yang aku buat selepas
Semperit Nutella haruslah biskut kesukaan aku dan jeng jeng iaitu Choc Chip. Tahun sebelum ini aku dah bagi resepi , tapi takpe ini kita buat ikut resepi orang lain pulak.
Ini pula resepi Choc Chip versi tahun 2016
Untuk tahun 2016 versi lebih gelap dan rapuh
Hanya guna senduk
=___=
Bahan-bahan dan cara-cara
Perlu guna cawan ajaib masing-masing ( ikut je sukatan cawan tu )
3/4 cawan butttercup
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula putih halus
Sedikit esen vanilla
Kacau semua bahan di atas guna senduk. Tak perlu mesin. Jimat elektrik. Hahaha
Masukkan 1 biji kuning telur ( tapi aku tak masukkan pun )
Bahan untuk diayak
2 cawan tepung gandum ( jenama ros )
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
Masukkan 1 cawan yang diayak ke dalam adunan tadi
Campur dengan 1 sb tepung beras ( sebagai ejen perangup ). Kalau ada emplek tak payah letak tepung beras, guna salah satu saja ya
Tambah 1sb serbuk koko
Tambah 1 cawan baki yang diayak tadi dan gaulkan hingga sebati
Masukkan chochip ikut suka banyak mana ( lagi banyak lagi sedap )
Masukkan badam flakes sebab lebih rangup ( tak perlu sangai )
Campurkan semua dan gaul hingga sebati
Masukkan dalam plastik dan ikat ketat doh tersebut
Letak dalam peti ais bahagian biasa selama 45 minit
Cubit manja sebab nanti akan mengembang
Jangan lupa sapu buttercup pada bekas baru letak doh yang dicubit manja tadi
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170'
Biarkan suam dulu baru susun masuk bekas
InshaaALLAH sedap dan rangup!!