tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, June 30, 2016

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Cerita Ramadhan ke-24 bersamaan hari Rabu 29/6/2016. Bersahur macam biasa semudah mungkin. Orang bujang beginilah. Ekekeke.


Bersahur
Minum air masak


Berbuka
1 biji kurma
Shellout di Omm Cafe
Air sirap lemon


Kudapan malam
Kek, Popcorn caramel & air kacip Fatimah ( penawar pak aji yang banyak dalam makanan ). Huahuaa.


Alhamdulillah selesai.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Berhati-hati ketika membeli

Dalam kerancakan kita untuk membeli belah terutama dengan barang yang melibatkan penurunan harga dari kebiasaan, pastikan lebih teliti.


Teliti yang dimaksudkan,
Belek barang, tengok keadaan, tengok tarikh luput. Macam kes aku kat bawah ni.





Aku hampir terambil dengan air kotak yang dah tamat tempoh. Sungguh menganiaya atau tidak sengaja itu aku tak pasti. Yang penting kita sebagai pembeli kena lebih berhati-hati.


Kejadian ini terjadi di Aeon Station 18, Ipoh. Mana-mana mall pun akan terjadi perkara macam ini.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pesanan WAJIB sempena Hari Raya





Sama macam pendapat aku dalam entry haritu


Yang baik semua dariNYA
Yang kurang adalah dari diri sendiri






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 29, 2016

Ingat tak macam mana kita boleh kenal?




Ada yang dah bertahun Yui kenal walaupun sekadar alam maya
Mana tahu satu hari nanti berdepan secara realiti
InshaaALLAH


Macam mana korang kenal Yui?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 13 [2016] - BREAK dan BERAK






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 28, 2016

Sampul Raya 2016



Tahun ke-6 dapat sampul raya free aje. Wakakakaka. Jimat duit. Eh, lagipun kalau shopping pun kadang dapat juga sampul raya. 


Berbalik pada tajuk,
Ini rupa sampul untuk tahun 2016. Mak, abah dan adik-adik aku confirm akan dapat duit raya dari aku. Dah kerja, bagi deme merasa sama walau tak banyak mana. Heeeee.


Untuk sepupu, saudara & yang mai umur bawah 12 tahun biasanya aku akan hulurkan duit raya dalam sampul ni juga. Yelaaa, dah kata dapat free. Hahaha.


Duit raya masuk dalam tabung takpun tukar beli emas ya. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

{Agen Peah Queen Perak] - Peah Queen dah ada!




Awak awak semua,
👑PEAH QUEEN👑 otw tau
Udah tak sabar nak dapat ke tangan

.
orang Ipoh terutama nya Station 18, boleh self pickup ya kat Yui
.
.
RM 55 ex postage
30 sachet 😊😊
.
.
cod ikut laluan Yui caj RM 3 yeee
.
.
📱019 233 1810
📱019 233 1810
📱019 233 1810


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Ramadhan ke-20 dan 21 bersahur dan berbuka di rumah. Ini kisah Ramadhan ke-22 bersamaan hari Isnin 27/6/2016.


Bersahur ( di rumah SS )
1 bekas kecil yogurt
1 cawan air soya


Berbuka ( di rumah sewa )
1 biji kurma
1 sachet Peah Queen
Honey star + susu rendah lemak


Malam pula dok makan Ramen Samyang tu. Heeee. 5 minit selesai makan ! Dah leh tahan dah. Wakakaka.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 27, 2016

Wajibke tukar duit raya?

Bila menjelang hari raya, sudah tentu ramai yang tak sabar nak tukar duit raya kat bank. Siap simpan tarikh bila pertukaran boleh bermula. Nak yang cantik. Heeee. Hakikatnya duit baru atau duit lama, nilainya masih sama.


Kenapa nak tukar duit lama ke duit baru?
Alaaa, saja suka-suka. Seronok tengok kepingan duit tu cantik kan. Hahahaha.


Aku tukarke duit raya?
Jarang sekali aku tukar. Kadang member ada lebih, baru bagi. Heeee, kalau nak harap aku sendiri pergi bank dan tukar, memang taklah. Malas aku. Baik aku layan running man. Wakakaka.


Lagipun biasanya nak bagi duit raya pada orang,
Letak dalam sampul raya. Jadi, dah tentu tak nampak duit itu lama mahupun baru. Kira tak kisahlah dik non.


Korang rajin, tukar
Tak rajin, guna aje duit lama.


Ingat ya isu yang pernah aku sampaikan pasal anak vs duit raya. Boleh [baca sini].




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Alexandra Lacey dress by Minaz

Haritu jalan-jalan kat group FB, terpesona pula dengan dress ni. Jangan tanyalah hakak hafal ke nama setiap keluaran. Hahahaha. Tau minat, beli. Tak minat, cari lain.


Owner asal letgo NWT lagi. Saiz di tag XL, tengok ukuran macam sesuai dengan aku tapi sayangnya bila sampai, kat tangan nampak longgar, pinggang pun. Eh ni bukan nak habaq che' kurus ke apa, kiranya che' kena cuba yang saiz L pulak.




Udah tanya tailor katanya boleh alter. Haaa, tengokla nanti cmne. Kalau rasa nak alter kita hantar. Kalau tak, kita jual balik.


Ke ada di antara korang nak beli Alexandra by Minaz ni? Heeeee.





Tengok yang biru ni pun cantik. Udaaaaaahhh!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 25, 2016

Aktiviti hujung minggu menyiapkan tempahan Mini Popia Ikan Bilis

Asal masuk je hari minggu, inshaaALLAH akan siapkan tempahan mini popia ikan bilis. Hat ni untuk cod plak. Yang pos, dah selesai.




Nak tempah lagi boleh ajee
Lekaih habaq tau

250 g RM 14
1/2kg RM 24


Self pickup
COD ikut laluan Yui
Station 18, Klebang, Chemor & Sg Siput


Yui : 019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 24, 2016

[Review Peribadi] : Perfume Neelofa

Haritu udah beli perfume Che' Ta tapi tak kenan dek hidung ni. Udah selamat letgo. Pastu ternampak perfume Neelofa ini seller Ipoh jual. Terus tertarik nak beli sebab katanya bau ala Escada.




Harga beli RM 55. Disebabkan seller hantar sampai office, ada caj RM 2. Jadi jumlah RM 57. 


Sekali sembur, 
Macam pelik baunya. Tak lama mana, eh sedap plak bau dia. Bau sweet.  Kiranya kena dengan diri ini. Tak terlalu kuat baunya. Sesuai dengan diri sendiri. Ekekekeke.


Ada tak dikalangan korang dah cuba perfume Neelofa?


Lepas ini cuma perfume Rita Rudaini. Sebab tu pun baunya best.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cuba juga Ramen Samyang hot spicy yang jadi viral kat Facebook tu!

Wahh kau kemain Yui, sibuk juga nak rasa. Benda ni dah viral. Sejak deme kata ada cabaran makan ramen hot spicy dari Korea ini. Time tu aku lalu kat Aeon, tak laku weiii !! Berlambak aje stok.


Sampailah tahap ada yang menjual dengan ambil keuntungan RM 2 per paket kecil, stok senantiasa nan hado. Aku yang berniat nak cuba, terbantut.


Baru ni tengok stok banyak, rembat 1 bungkus RM 24.90.




Inilah rupanya. Pastikan ada cop HALAL. Sebab kata deme, ada yang takde cop itu kau jangan gegatal nak makan plak.




Sekali suap,
Wowww leh tahan. Dia punya terasa pedas tu bila mee dah selamat telan tau. Hahahaha. Tapi mee dia serius sedap. Bagi mak rasa, 1 sudu je dia dapat telan. Hahahaha.


Aku dapat habiskan sebungkus tu dalam masa 30 minit. Makan 2-3 sudu, berhenti sat. Pastu sambung. Heeeeee. Takdelah sampai menangis. Kira oklah dengan aku. Aku tunggu juga kot esok aku sakit perut, alhamdulillah okay aje.


Air masak memang letak tepi je. Senang telan. Hahaha.


Orang kata kalau nak atasi pedas, minum susu, Aku tak cuba plak. Lepas ini boleh cuba.


Kesimpulan,
Boleh aje kalau nak makan lagi lepas ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Kisah Ramadhan ke-18 bersamaan hari Khamis 23/6/2016. Kurang 2 minggu Ramadhan bakal berakhir. Sedih plak rasa.


Bersahur
1 keping roti + nutella
1 cawan air soya


Berbuka
1 biji kurma
1 sachet Peah Queen
Yong Tau Fu
Air lai ci kang


Aku bersahur di SS dan berbuka di rumah sewa dengan rakan serumah. Alhamdulillah selesai.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 23, 2016

[Review Peribadi] : Sleek Matte Me

Tak taulah pasal apa aku gemar plak dok try benda itu benda ini. Tapi lipstik jela tak kisah jenis liquid or apa. Yang penting bukan jenis berkilat. Itu che' tak gemar. Huuuu.


Kalau sebelum ada 4 batang Anastasia [ rujuk entry bergambar ] laa ni pilihan hati jenis ini plak. Memang tak menyesal beli. Best sangat pakai!


Yang ini serius aku suka. Tak lembap dan senang pakai. Nak cuci pun mudah. Harga pun sangat berbaloi. Fuuhh, banyak dah koleksi. Stop beli. Hahahah. Boleh percayake?







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi : Nestum Walnut Bersalut Susu

Aku taktaulah nak namakan apa tapi meh nak cerita sikit apa rasanya. Dalam tu rasa nestum + walnut. Rasa koko dan luarnya disalut dengan susu. Pergh, giigt rangup aje tau.


Inilah biskut yang mak aku ulang kali suh buat. Haaaa, okay mak, anakmu dah buatkan. Mak makan bagi habis tau. Ekekeke.




Bahan-bahan dan cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan tersebut ya )
1 cawan nestum dan hancurkan ( Yui ramas guna tangan aje )
1/2 paket kacang walnut ( tumbuk guna lesung untuk hancurkan sikit )
250 g butter
1/2 cawan gula halus
Sedikit esen vanilla
Kacau dengan sebati dan masukkan 2 sudu serbuk koko
Lepas itu baru masukkan nestum & walnut

Satukan bahan di bawah
2 1/4 cawan tepung gandum 
1sb tepung jagung
1 sb emplex ( kalau takde emplex gantikan dengan tepung beras )
Kalau rajin ayakkan bahan ni

Bahan tepung di atas masukkan dalam bekas tadi
Uli guna tangan hingga doh tak lembik dan melekat pada tangan

Bentukkan ikut suka hati korang
Yui bujurkan aje 
Bakar dalam 20 minit suhu 170" ikut oven masing-masing
Dah masak, biar sejuk kejap

Untuk salut
1/2 cawan susu tepung + 1/2 cawan gula ising
Golekkan aje dan masuk dalam bekas


Siap!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Peonies Peplum by Minaz




Suka tengok warnanya pastel aje
Cun ni
Takpe tak dapat sekarang
Nanti akan ku gigihkan
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 22, 2016

WW 13 [2016] - Salam Nuzul Al-Quran





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 21, 2016

Resepi : Semperit Jalan Tar

Yang ini pula biskut ketiga aku buat. Rupa hodoh tapi rasa tetap ada. Hahahah. Dinamakan semperit jalan tar sebab nipis dan bergerutu. Alaaa, macam jalan raya kekdahnya.




Bahan-bahan & cara-cara

Guna cawan ajaib masing-masing ( ikut sukatan cawan )
1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat 
Sedikit pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Guna senduk dan kacau kesemua bahan atas

Tambahkan 2sb susu tepung ( untuk lebih sedap )
1 cawan tepung gandum ( guna cap Ros )
1 cawan tepung jagung 
Kedua-dua tepung dimasukkan dalam adunan dan kacau rata

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit 2 cawan tepung kastard sambil uli dengan tangan
Uli hingga doh tak melekat pada tangan ( tambah tepung tu sikit sikit ok )

Guna acuan yang korang suka
Untuk atas, calitkan guna kuning telur ( yui campur tu pasal jadi warna gitu, haha )
Bakar dalam 20 minit 170"suhu

Siap!


Resepi lain yang boleh anda cuba


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Minyak angin aromaterapi

Aku beli secara tak sengaja. Time tu dok mencari baju melayu untuk abah. Rasa pening mual plak time tu. Jalan-jalan nampak orang jual minyak angin ni. Macam-macam jenis bau ada. Tapi jenis ini yang memikat hatiku sebab bau buah.



Lokasi beli : Angsana Mall, Ipoh
Belah bawah sebelum ke food court


Senang sangat guna. Aku hidu kejap terasa legalah sikit kepala ni. Disebabkan baunya yang sedap, adik lelaki aku nak bawa balik Johor. Haaaa, sebagai kakak yang baik, aku pun bagilah. Takpe nanti aku beli lain. Ekekeke.


1 botol hanya RM 10. Ada juga jumpa online murah tapi kena beli banyak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Bersambung lagi Diari Ramadhan Nurul Yui. Kali ini kisah Ramadhan ke 15 bersamaan hari Isnin 20/6/2016.


Bersahur 
2 ketul nuget ayam
Sekeping roti berinti nutella
1 cawan air soya


Berbuka
1 sachet Peah Queen
2 keping nuget udang
1 biji telur goreng dicicah sos dan mayonis
Air masak secukupnya


Kudapan malam
Teh tarik ( sebab sakit tekak )



Alhamdullah dah 2 minggu berlalu. Dah kedengaran lagu raya berkumandang. Kejap je kan rasa masa berlalu.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 20, 2016

Bila mak bercerita pasal duit raya

Sebelum memulakan apa yang aku nak ceritakan,
Ambil yang baik, yang buruk tinggalkan ya.


Di zaman ekonomi yang agak "teruk" ini, yang mana banyak perkataan TINGGI, yang rendah jarang sekali. Cuba sedaya upaya berusaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.


" Mak teringat sebelum ini. Bagi RM 1 kat anak sedara. Anaknya buka terus sampul dan cakap alaaa seringgit je. Pastu akaknya suruh diam konon taknak bagi mak dengar. Yelah, bagi pun seikhlas hati. Dah surirumah"


Aku yang dengar mak cerita terus cakap


" Nasib time tu orang takde. Kalau tak boleh dah nak nasihat sikit".


Oh ya, mak aku tu surirumah tau, ada kerja pun setakat sebulan dapatlah RM 150- RM 200. Kadang anak-anak bagi duit. Sampul tu pun dapat dari anak-anak atau yang free. Kira duit raya tu seikhlas hati darinya.


Motif utama yang aku nak sampaikan kat sini,
Kalau boleh tolong didik anak-anak terutama yang dah bersekolah rendah agar lebih beradab ketika dirumah orang. Tak syiok tau kalau orang tua terasa. Ini bukan budak hingusan punya peel tapi dah bersekolah.


Takpun sebelum keluar rumah tu,
Mak pak duklah dekat anak. Senang kalau tuan rumah bagi duit raya, mak pak boleh terus pegang. Takdelah jadi situasi seperti di atas.


Duit raya tu tak wajib, itu seikhlas hati tuan rumah.


Sekian dari insan biasa yang banyak kesalahannya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tempahan Mini Popia Ikan Bilis 2016 dibuka



Sama macam tahun-tahun sebelumnya
InshaaALLAH sedap !!


MINI POPIA IKAN BILIS

500 g RM 24
250 g RM 14

Postage RM 8 SM/ RM 12 SS
( bubble wrap dalam & luar bekas )


Untuk COD bekas penutup seperti gambar atas
Untuk postage bekas putih


Sebarang pertanyaan boleh telefon/sms/whatsapp
Nurul Yui 019 233 1810

FB Page : Nurul Yui Collection


Jangan lambat-lambat ya untuk rasai keenakannya
Dibuat penuh kasih sayang
=_____=


TARIKH AKHIR TEMPAHAN MELIBATKAN POSTAGE ]


ENTRY STATIK HINGGA 20 JUN 2016




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Popcorn yang tak kena dengan tekak

Ini cerita lama sebelum puasa lagi. Sebenarnya aku suka sangat popcorn kat TGV yang caramel tu. Harga boleh tahan tapi setanding dengan kesedapannya.


Adalah satu malam tu tengok wayang dengan budak rumah, nak beli popcorn caramel deme kata sekarang tukar ke green tea. Hampa sangat rasanya last-last cubalah popcorn moo ke apa ntah yang ada gambar lembu tu.




Nampak kuning cantik aje kan? Tapi maaf sangat tak kena dengan tekak aku. Tak habis pun sebab kurang sedap. Lagi sedap yang biasa.


Huuuu pasni kena beringat, aku taknak beli jenis ni lagi. Nak CARAMEL juga!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 18, 2016

Biskut Yui vs Famous Amos



Belah kiri : Biskut Yui
Belah kanan : Famous Amos

Dua-dua sedap !!


Saja nak buat perbandingan
Lalalalaa
=___=


RESEPI : BISKUT CHOC CHIP 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 17, 2016

Genap 8 tahun



Kalau ada anak, dah masuk darjah 2
Ehhh!


17 Jun 2008 - 17 Jun 2016
8 tahun dah berlalu


Doakan kami
Doakan kami
Doakan kami


Kami sedang berusaha
InshaaALLAH


Ada jodoh
Aameen




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

DOA QUNUT


Bacaan yang selalu kita sebut di waktu Subuh
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Ini cerita Diari Ramadhan ke-11 Nurul Yui iaitu bersamaan hari Khamis 16/6/2016. Cantik tarikhnya kan.


Bersahur
1 sachet Peah Queen
Air masak 500 ml


Berbuka
1 biji kurma
1 sachet Peah Queen
Nasi kukus ayam goreng berempah ( beli RM 4.50 )
Air lobak susu ( beli RM 3 )  - yang ni serius tak rasa lobak mana pun
Kotiau kicap ( beli RM 4 )


Banyak plak makan semalam. Awat entah tekak ini kadang nak banyak kadang nak sikit. Huhuuu.


Alhamdulillah selesai fasa pertama bulan Ramadhan. Moga dipermudahkan segala urusan kita, inshaaALLAH.



Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 16, 2016

Peah Queen bakal meletop di pasaran!




Ehem-ehem
PEAH QUEEN 


Harga mampu milik
Yang nak tahu cerita lanjut boleh baca di FB 


Nurul Yui
📱019 233 1810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi : Biskut Choc Chip

Biskut kedua yang aku buat selepas Semperit Nutella haruslah biskut kesukaan aku dan jeng jeng iaitu Choc Chip. Tahun sebelum ini aku dah bagi resepi , tapi takpe ini kita buat ikut resepi orang lain pulak.




Ini pula resepi Choc Chip versi tahun 2016



Untuk tahun 2016 versi lebih gelap dan rapuh
Hanya guna senduk 
=___=


Bahan-bahan dan cara-cara

Perlu guna cawan ajaib masing-masing ( ikut je sukatan cawan tu )
3/4 cawan butttercup
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula putih halus
Sedikit esen vanilla

Kacau semua bahan di atas guna senduk. Tak perlu mesin. Jimat elektrik. Hahaha
Masukkan 1 biji kuning telur ( tapi aku tak masukkan pun )

Bahan untuk diayak
2 cawan tepung gandum ( jenama ros )
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Masukkan 1 cawan yang diayak ke dalam adunan tadi
Campur dengan 1 sb tepung beras ( sebagai ejen perangup ). Kalau ada emplek tak payah letak tepung beras, guna salah satu saja ya

Tambah 1sb serbuk koko
Tambah 1 cawan baki yang diayak tadi dan gaulkan hingga sebati

Masukkan chochip ikut suka banyak mana ( lagi banyak lagi sedap )
Masukkan badam flakes sebab lebih rangup ( tak perlu sangai )
Campurkan semua dan gaul hingga sebati

Masukkan dalam plastik dan ikat ketat doh tersebut
Letak dalam peti ais bahagian biasa selama 45 minit

Cubit manja sebab nanti akan mengembang
Jangan lupa sapu buttercup pada bekas baru letak doh yang dicubit manja tadi


Bakar selama 20 minit dengan suhu 170'
Biarkan suam dulu baru susun masuk bekas


InshaaALLAH sedap dan rangup!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Dah Ramadhan ke-10. Kali ini aku bersahur kat SS. Huuu sahur paling tak okay setakat ini. Haaaaa.


Bersahur
Minum air mineral yang ada tepi katil


Nampak tak apa menu bersahur aku? Kepala dan badan malas benar nak keluar dari bilik. Rasa penat sangat mungkin sebab semalam balik SS aku kena hujan panas. Tingtonglah kejap.


Berbuka
1 sachet Peah Queen
1 cawan fresh oren
Penang Asam Laksa segera Vit's
Air kosong sejuk 600 ml



Sedap gak Penang Asam Laksa ni
RM 6+
Ada 2 bungkus

Kudapan malam
Sedikit kek lemon
Biskut Famous Amos


Alhamdulillah selesai untuk Ramadhan ke-10 Rabu 15/6/2016.



Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 15, 2016

Resepi : Biskut Semperit Nutella

Jeng jeng jeng. Inilah biskut pertama yang aku buat. Seawal jam 7.30 pagi dah get ready dengan bahan. Semangat tau sebelum balik SS beli. Hahahaha.


Aku buat pagi Ahad 12/6/2016 bersamaan Ramadhan ke-7.




Bahan-bahan & cara-caranya

Pastikan ada satu cawan ajaib. Maksudnya ikut sukatan cawan ini sahaja naaa.
1/2 cawan buttercup *
1/4 cawan susu pekat *
Sedikit esen vanilla *

( kacau guna senduk semua bahan bertanda * hingga sebati )


1 sb tepung castard masukkan dalam adunan atas
1 cawan tepung jagung ( gaul rata )
Masukkan lagi 1 cawan tepung jagung sikit sikit sambil uli perlahan sampai doh jadi lembut

Bahagikan kepada 2 adunan
1 doh biarkan original
1 doh lagi tambahkan 2sb Nutella & 1sb serbuk koko & gaul hingga rata


Sekarang dah ada 2 doh, gabungkan dan bentuk ikut suka anda
Letak hiasan di atas
Bakar 20 minit suhu 170' atau hingga nampak masak


Tips :
Kalau adunan lembik tambahkan sedikit tepung jagung untuk seimbangkan balik doh





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com







Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.



Syarat-syaratnya :


  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com


  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com


  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


  5. Senang dan mudah bukan?



    12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.



    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Testimoni sendiri guna liquid lipstik Anastasia

    Seperti yang aku bagitahu dalam entry Liquid Lipstik Anastasia, aku ada mention kalau aku rajin aku tunjuk setiap warna yang aku cuba. Sebenarnya ada 4 tapi ambil gambar 3 je. Jadilah kan dari takde langsung.




    Original tu maksudnya itu warna bibir aku la ea. Korang jangan plak cari kod original tapi taktau lah kot ada kan. Hahahaha.


    Bagi aku yang memang tak reti pasal makeup dan main bedal je pakai,
    Aku boleh katakan aku suka juga lisptik Anastasia ini. Best pakai. Pakai nipis aje dah cukup. Tak payah over tenyeh sana sini.


    Tak nyesal beli!
    Sesuai dengan harga dan kualiti.


    Ada satu lagi jenis aku dah beli dan guna. Itu pun best. Nanti aku up entry.




    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

    Ramadhan ke-9 masih bersahur di rumah sewa. Rumah orang bujang. Ekekekek. Haruslah sangat mudah makannya.


    Bersahur
    1 cawan fresh oren
    1 biji kurma
    1 puding perisa pic


    Petang semalam balik SS. Maka berbukalah di SS bersama keluarga tersayang.


    Berbuka
    Jus buah tembikai susu
    Nasi berlaukkan sambal terung & kari ikan tongkol


    Tambahan
    Roti john, bubur, sekeping roti berinti nutella sebelum tidur


    Teringin makan banyak plak semalam. Ekekeke.


    Alhamdulillah dah lebih seminggu kita berpuasa. Dalam sedar tak sedar masa cepat berlalu. Pejam celik aje. Masa sungguh mencemburui kita.


    Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui






    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Tuesday, June 14, 2016

    Page Facebook rujukan untuk buat biskut raya 2016 - Azlina Ina Fans

    Sebelum aku tunjuk hasil biskut yang aku buat, aku nak bagitahu kat mana tempat yang aku rujuk. Bukan takde buku resepi sendiri yang aku tulis tapi aku malas cari. Lagipun dah ada internet, gunakan sebaiknya. Heeeee. Mukadimah panjang!


    Untuk tahun 2016,
    Page Facebook pilihan hati aku adalah Azlina Ina Fans


    Suka cara penyampaiannya secara santai dan kadangkala buat aku tergelak besar sambil uli doh. Punyalah semangat, aku catat apa bahan yang perlu. Baca ulang kali dan mulakan sendiri mengikut step yang diberi.


    Kalau korang tak percaya, boleh tengok sendiri. Macam-macam resepi ada tinggal rajin atau tak sahaja. Aku pilih mana yang mudah sahaja untuk aku buat. Ekekekeke.


    Oh ya, resepi kek pun ada wei. Kecur ayaq lioq!!




    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

    Hari keenam dan ketujuh Ramadhan bersahur dan berbuka di kampung. Ini cerita Ramadhan kelapan. Pejam celik dah seminggu berpuasa. Alhamdulillah. Kisah Ramadhan kelapan.


    Bersahur
    1 cawan air soya
    1 biji kurma


    Berbuka
    1 sachet Peah Queen
    1 cawan fresh oren
    1 biji kurma
    Nuget Udang & telur


    Kudapan malam
    Air masak sejuk hampir 1 liter + CMD Hydro D
    Kek Tesco



    Berbuka di rumah sewa sebab memang dah balik sini. Alhamdulillah dipermudahkan semua. Sempat juga hari minggu buat 3 jenis kuih. Kononnya saja buat untuk rasa. Kalau okay nanti tambah lagi.


    Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui






    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Tarikh akhir tempahan mini popia ikan bilis yang melibatkan postage

    Yang sedia maklum akan tahu setiap tahun Yui buka tempahan
    Mini Popia Ikan Bilis


    Untuk tahun 2016
    Tarikh akhir untuk tempahan yang melibatkan postage adalah
    17/6/2016 bersamaan Jumaat
    Bayaran clear dalam akaun, sabtu & ahad akan buat 


    Dijangka akan pos hari Isnin 20/6/2016




    Sama macam tahun-tahun sebelumnya
    InshaaALLAH sedap !!


    MINI POPIA IKAN BILIS

    500 g RM 24
    250 g RM 14

    Postage RM 8 SM/ RM 12 SS
    ( bubble wrap dalam & luar bekas )
    ( bekas putih untuk postage )


    Sebarang pertanyaan boleh telefon/sms/whatsapp
    Nurul Yui 019 233 1810

    FB Page : Nurul Yui Collection


    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Monday, June 13, 2016

    Hershey's Milk Chocolate Chips

    Pergi Tesco ternampak plak promosi benda ni. Jimat dekat RM 4. Ambil juga pasal dalam hati nak buat biskut choc chip. Pftttt! Dok taip nama pun dah terasa sedapnya. Hahahaha.




    Dah guna ke belum?
    Jawapannya udahlaaa. Haaaaa. Yang mana friend dengan aku di facebook lebih cepat tahu kalau perasan. Choc chip in the house. Wahhh keelassss !!






    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Baju Melayu Raya 2016 - Aaron Aziz by Jakel

    Ini semua plan last minute. Plan tak dijangka. Terus cakap, terus pergi Jakel dan cari. Walau tahu harga di Jakel boleh tahan, tapi bila tengok kualiti kain sangat berbaloi dengan harga. Lagipun free sampin.


    Inilah pilihan adik lelaki aku. Dia dah kerja, so dia bayar sendiri. Pakej belanja adik lelaki bongsu. Heeee. Warna kelabu sampin purple. Kena sangat dengan warna baju kakak-kakaknya. Hahahaha.




    Sepasang kalau tak salah RM 199
    Percuma sampin


    Kami beli sehari sebelum puasa. Sebab itu je cuti adik lelaki yang ada. Dia bertugas di Johor. Itu pun tak sempat nak bersahur dengan keluarga sebab dapat panggilan kecemasan. Malam Ahad tu juga di merempit ke Johor. Nasiblah dik, kau jadi anggota tentera. Sedia berkhidmat.


    Secara tak sengaja, 
    Tahun 2016 kami ada tema raya. Ungu + Kelabu





    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Material shawl yang menarik untuk dimiliki

    Duk scroll FB, nampak pula page ini. Sekali pandang dah buat hati ni jatuh cinta. Nampak terletak elok sangat.




    Kalau korang pun nak cuci mata, boleh lah terjah ya. Aku buat masa ini cuci mata dulu. Saja aritu lalu Nagoya, nampaklah ala material gini. 1 meter RM 11.00. Shawl udah tentu nak 2 meter, upah jahit baby seam lagi. Mau lajak ke RM 30+.


    Jadi nak senang, beli siap. Hahahaha!






    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Friday, June 10, 2016

    Masih dengan ic lama

    Orang lain dah lama tukar ke ic yang nampak 2 gambar tu. Alaaa, faham-faham sendirilah. Aku? Masih dengan ic lama, muka lama, kenangan lama. Ewaaaaahhh !!




    Rasanya muka umur belasan tahun ni. Sekarang dah puluhan, sedar dah tua. Huahuahuaaaa. Apa pun, ic lama ni masih elok molek. Masih boleh baca kalau masuk dalam apa benda mesin tu ntah. Still boleh detect maklumat aku.


    Tengoklah kalau rajin tukar ic baru. Wajah baru yang tua. Hahahaha.




    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Antara perkara mensia-siakan Ramadhan kita





    Memang betul pun
    Solat WAJIB
    Cukupkan itu, inshaaALLAH


    Sama-sama kita perbaiki diri kita bersama




    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

    Hari keempat Ramadhan 1437H masih di rumah sewa. Dan macam biasa, bila bersahur di rumah bujang, memang semudah mungkin untuk di telan.


    Bersahur
    1 biji kurma
    1 cawan fresh oren
    Beberapa potong lebihan kuih berbuka semalam ( bingka )


    Alhamdulillah hari keempat badan rasa dah ok dari semalam. Pening pun dah takde. Mungkin sebab balik kerja semalam aku sempat tidur kejap, tu pasal cuti memasak, beli je kat bazar. Huhuhuuuu.


    Berbuka
    1 sachet Perlaking
    1 cawan fresh oren
    1 biji kurma
    sedikit nasi beriani ( kongsi dengan kawan ), sebiji telur goreng dan half salmon
    1 liter air lemon tanpa gula + perisa stevia + daun pudina + CMD Hydro D


    Semua dipermudahkan untuk puasa ke-4. Alhamdulillah. Diari Ramadhan hanya ku catat hari biasa saja memandangkan hari minggu daku jarang kelebek blog.


    Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui



    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Thursday, June 09, 2016

    Liquid lipstick Anastasia

    Pengaruh kuat! Hahaha. Sebenarnya kan, aku sendiri baru perasan aku suka beli lipstik tapi yang kerap pakai adalah sebatang dua. Yang lain, sekali guna pastu peram. Pftttt.




    Sana sini update pasal Anastasia ni. Aku pun carilah dalam group Ipoh Ipoh Ajer. Alhamdulillah jumpa seorang seller yang sangat mudah berurusan.


    Harga sebatang RM 10 tapi ambil dua dapat RM 15. Maybe dia tengah buat promosi. Dengan harga itu, memang ok sangatlah. Tu pasal tak sedar diri ambil lebih 1. Hahahaha. 


    Nanti kalau rajin aku update gambar setiap jenis yang aku cuba. Setakat ini memang puas hati guna. 





    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    APA BEZA CMD & CMD HYDRO-D?


    Kedua-dua produk ini adalah keluaran Revell yang mempunyai fungsi yang sama tapi CMD Hydro-D ada tambahan vitamin D, sebab itu ia dinamakan CMD Hydro-D.

    Apa Khasiat Vitamin D? 
    CMD + VITAMIN D = HYDRO D

    Vitamin D merupakan vitamin yang amat kita perlukan kerana ia memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada kita.

    Kenapa vitamin D sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita?
     Ia membantu menguatkan tulang
     Membantu menyarapkan kalsium ke dalam tulang
    Vitamin D + Calcium membantu mengelakkan tulang rapuh dan retak
    Mengurangkan risiko kencing manis
    Mengurangkan risiko multiple sclerosis
    Membantu mengurangkan masalah kemurungan
    Kajian menunjukkan bahawa org yg mempunyai masalah berat berlebihan mempunyai tahap vitamin D yang rendah
    Mengurangkan risiko penyakit jantung
    Mengurangkan risiko kanser

    Apa yang menyebabkan anda kurang vitamin D?
    = Umur 50 tahun ke atas
    = Mempunyai berat badan berlebihan
    = Alahan kepada susu dan lactose
    = Mempunyai penyakit hati dan pencernaan

    Kalau ada yang berminat nak cuba CMD Hydro-D boleh roger Yui ya

    Agen sah Revell,
    MYPRK1135361
    019 233 1810 

    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

    Hari ketiga Ramadhan 1437H di rumah sewa. Cara sahur aku macam biasa, sangat mudah asalkan bangun untuk bersahur.


    Bersahur
    Air Nabeez
    3 biji kurma


    Sebenarnya semalam aku tak berapa sihat. Entah kenapa sampai ke pejabat, kepala rasa tingtong. Asyik tenyeh minyak cap kapak. Lepas itu asyik muntah air liur berkali-kali. Perut masih tahan, teruskan berpuasa tapi memang ambil keputusan taknak masak. Jadi, ke bazarlah kita buat kali pertama. Huuuu.


    Berbuka
    1 sachet Perlaking
    3 biji kurma
    Nasi Kerabu ( makan separuh saja sebab tak lalu )
    Kuih muih
    Air fresh oren
    Air masak sejuk + CMD Hydro D



    Bahulu kemboja yang dah jadi rasa bingka =(


    Alhamdulillah, selesai puasa ke-3. 




    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

    Wednesday, June 08, 2016

    WW 13 [2016] - Perkara yang menggembirakan hati seorang kakak





    Hahahahaha
    Tak dinafikan =p




    guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^