Thursday, July 18, 2013

Kedai DAISO di Ipoh Perak

Berdasarkan entry baju untuk meow semalam { entry }, ramai tanya di mana DAISO di Perak. DAISO ini adalah yang pertama di negeri Perak. 


DAISO adalah kedai barangan RM 5. Semua barangnya harga tetap RM 5. Tiada harga lain okay. Ala-ala kedai RM 2 tu. Kalau kau masuk, rabun okay! Macam-macam ada. Dari makeup, barang dapur, barang pet, barang craft, semuanya ada.




Boleh google image dan taip DAISO untuk tengok barangan yang ada


Eh lupa plak nak bagitahu kat mana DAISO di Ipoh ini. Korang yang berdekatan, boleh terjah AEON Station 18 Ipoh. Dalam itu ada kedai DAISO ini. Tingkat 1 ya. 


Nak terjah laman web rasmi DAISO? Okay ----> sini. AEON ini dekat sahaja dengan tempat kerja aku. Oh ya, kalau nak cari baju meow kena cepat-cepat rembat sebab stok cepat habis. Ada yang kata petshop borong pastu jual dengan harga berganda!


Cepat-cepat datang untuk terjah ya!



22 comments:

  1. dh pergi DAISO kat midvalley.. walaupun RM5.. test dlu ya sblm beli... hehe

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya..nanti boleh beli!

    ReplyDelete
  3. akakpun suka masuk daiso..meroyan tgk brg dlm tu..comel2.

    ReplyDelete
  4. Kat kl ni x tau la ada ke tak kedai cam ni. Suka tgk barang barang dapor wlaupun x rajin ke dapor.

    ReplyDelete
  5. best barang2 dia. yg penting, murah. hihi

    ReplyDelete
  6. tak pernah pi DAISO.kat AEON manjung pun ada jugak tak salah....

    ReplyDelete
  7. thanks nuyui.. hehhe mgkn ramai yg tanya. n 1 of them is akak lah kan.. thanks 4 ur info. Balik raye ni akak nak terjah. ritu akak p queensbay, beli brg kat daiso sana. mmg betoi. rabun akak nk memilih. byk yg berkenan kat hati. tp tu la muatan terhad. balik raye ni bole shopping sakan akak .. InsyAllah :)

    ReplyDelete
  8. yui.. akak dok ingat baju untuk baby.. rupanya kucing ko.. hahahahah.. salah daa..

    ReplyDelete
  9. tu la oenah g kat mid valley n one utama...suka tgk brg2 yg kat dlm tu...pernah bli earphone rm5 tp ok je pkai smpi skrg ;)

    ReplyDelete
  10. kat setia city mall pun ade..hehe

    ReplyDelete
  11. aritu gi daiso kat midvalley betingkat-tingkat kt stat18 belum penah pi...

    ReplyDelete
  12. jauh ler pulak !

    ReplyDelete
  13. slalu nye mmg kat jusco ade daiso sbb sesama kedai jepun kan

    ReplyDelete
  14. ooo... patot la murah.. daiso rupanya.. sini xde la.. jauhnye nak ke sana.. hihi..

    ReplyDelete
  15. selalu masuk daiso tgok brg comel2 je ...tak beli pun he3..

    ReplyDelete
  16. kat sabah jijah suka g kedai DAISO sebab kat situ lah leh beli brg2 keperluan rumah...hee tp kalau ada kedai rm2 lagi bagus..ngeee

    ReplyDelete
  17. kalau kat penang, DAISO ni di queensbay...tapi tak pernah gi lagi

    ReplyDelete
  18. tungguuuu...nanti Nur nak terjah sana...
    hari tu lalu je tak sempat singgah.,.heheh

    ReplyDelete
  19. belum berkesempatan masuk daiso dok lalu aje..hihi

    klik nuff sunsilkcF

    ReplyDelete
  20. selama ni duk baca org gtai daiso.. upenya kedai rm5 yer..

    ReplyDelete
  21. Bagus dah ada kat Ipoh. Saya bekerja di KL tapi commute dari Ipoh. Memang trafik jam kalau di KL nak pergi ke Pavillion dan kena bayar parking. So kalau Daiso dah ada kat Ipoh dekat dan senang sikit -- azraee mamat

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^