Monday, May 26, 2014

RESEPI : Biskut Roti Celup Coklat Nestum

Masih ingat pada entry { ini } ? Hari itu tunjuk gambar sahaja tapi belum cuba. Lepas dah baik demam sikit, tangan ini rajin pula nak buat. Oh ya! Sungguh mudah nak buat. Budak tadika pun reti. Rajin dengan tak sahaja.



BAHAN-BAHAN

1) 4 keping roti 
2) Coklat masakan
3) Nestum


CARA-CARA

1) Potong roti ikut saiz yang kita nak
2) Bakar hingga jadi keras ( anggaran 5-10 minit )
3) Cairkan coklat & celup roti yang sudah keras
4) Kemudian celup terus dalam nestum & sekatakan

 * Boleh gantikan nestum dengan horlicks jika nak


Macam mana? Mudah sangatkan? Ada yang tanya perlu atau tidak coklat itu dicairkan kemudian masukkan susu & gula. Okay, bagi aku mudah sahaja. Korang cairkan coklat, lepas itu terus rasa coklat itu. Kalau dah rasa lemak manis tak perlu nak campur bahan lain.


Aku lupa jenis coklat masakan yang aku gunakan sebab memang lemak & manis. Sedap sangat. Biskut ini juga boleh dijadikan biskut raya cuma takut belum sempat masuk balang dah habis. Muahahaha!


Selamat mencuba.



12 comments:

  1. Wah wahhh pandai dia buat ek, bole la try sebab bahan2 pon x banyak. Yg penting hasilnya sedap :)

    ReplyDelete
  2. salam. thanks share yuii..nanti sy try hihi

    p/s menabung lectacyd :))

    ReplyDelete
  3. HA..NI MESTI NAK masuk dalam oder kan

    ReplyDelete
  4. Salam, yui~ haa ade nmpk resepi ni kat FB semalam, tp org lain buat agaknya..rasa mcm nak jugak buat utk jadikan kuih raya...tp nak tanya siikit, sbb roti kan kejap je tarikh luputnya, so kalau lepas bakar roti tu sampai keras, boleh tahan lama mcm biskut lah ye jadinya? Kita xsure and x arif psl masak2 bakar2 kuih ni, tu sbb tanye dulu, haha kang dh buat byk2 expired pulak :p haha

    ReplyDelete
  5. Salam Yui..mmg sedap tu.Tggu anak2 blk leh buat sama2..hehe

    ReplyDelete
  6. menarik, thanks sebab share resepi yang simple ni. haha, nak try la nanti =D

    ReplyDelete
  7. mudah kan nak buat...tak payah susah2 beli

    ReplyDelete
  8. hi yui ! lama sangat x singgah sini. :D

    kenapa nampak sedap je ni. hehe bahan pon senang je nak cari ni. :D

    ReplyDelete
  9. senang nak buat tp tak rajin nak buat.. hah camno tu?

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kak yui. Terima kasih kongsi ilmu akak. ^_^ Akak... jawab la pertanyaan lynndmya. nak tahu juga. :))))

    ReplyDelete
  11. Ok yui jwb sekali lg utk soalan lyndmya

    Btoi roti cpt expired. Jadi cdgn Yui boleh beli biskut sedia ada keras tu
    pastu celup coklat.


    sbb yui buat ni tak smpai 2 hari hbs..huhuhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^