Thursday, June 05, 2014

Hadiah dari blogger



Rezeki ini sudah ku dapat seminggu atau 2 minggu yang lalu. Baru sekarang teringat ada ambil gambar di hp. Maka laju jari jemari menaip sebagai tanda penghargaan kepada ketiga-tiga blogger.



Aku dapat 3 tasbih. Sempena join satu GA ringkas di blog beliau. Untuk pengetahuan anda, ayu juga penjual tasbih. DIY juga ada. Kalau nak buat doorgift boleh belek fb page  Ayu Zan Gallery. InshaaALLAH harga memang berbaloi dengan hasilnya.



Dapat button badge & bookmark. Sempena menjadi jejari tegar di blog beliau. Shida juga ada menyediakan service edit blog, businees card & macam-macam lagi. Boleh berkunjung ke blog beliau untuk info lanjut.


3) Indah Itu Kamu

Dapat topup RM 10 dari blogger Sis Azie. Dapat topup sempena teka harga harum manis. Ada 2 orang kalau tak salah aritu teka tepat & hampir sama. Aku kategori hampir sama tapi sis Azie bermurah hati nak topupkan juga. Terima kasih kak.


Alhamdulillah. Rezeki berblog. Sambil tambah kawan, sambil bersuka ria bersama para blogger. Moga semakin murah rezeki kalian. Aamiin.


Terima kasih semua.







6 comments:

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^