Kalau proses untuk kucing betina dinamakan SPAY, untuk kucing jantan pula dinamakan NEUTER. Alhamdulillah semalam 4/9/2014 Shinchan telah selamat neuter. Adik aku yang tolong bawakan sebab aku tak dapat cuti.
Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Blog rujukan : Langkah -langkah sebelum & selepas mandulkan kucing
Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan RM 40
Gambar kiriman dari adik
Gambar di atas adalah gambar untuk mulakan pembedahan. Mata Shinchan terbeliak tapi hakikatnya dia sedang pengsan/separa pengsan/mamai. Kalau spay nenek eton hari itu, mata elok tertutup.
Kesian?
Siapa yang tak sanggup akan rasa kasihan tapi bagi aku, kasihan tetap ada tapi kebajikan itu lebih penting. Banyak kelebihan jika kita spay/neuter kucing kita. Doktor veterinar sendiri sokong pembedahan sebegini dilakukan.
Adik aku bagitahu, Shinchan dibius 2 kali. Sebab kali pertama bius masih aktif dan lambat nak pengsan. Seharian dia mamai dan pagi tadi baru nak makan. Malam tadi aku sempat belai dia. Kesian tengok tapi harapkan Shinchan kembali sihat seperti biasa.
Doakan Shinchan ya kawan-kawan
Proses spay/mandulkan kucing betina :
9 dak comei sayang YUI:
semoga shinchan cepat sembuh. bulus2 saya masih belum di spay kan lagi. rasa macam tak sampai hati tapi entah la...kadang2 hati omaknya yang lebih2 :)
kuat betul shinchan sampai bius 2 kali.
hero :)
moga shincan cepat sihat yer..
T_T hilang tolo
semoga shinchan baik baik je lepas ni ye
alahai, siannya shinchan. cepat sembuh ye
fighting!
mesti cepat sembuh.
:)
moga Shinchan kembali aktif..
semua nye ok je lepas ni :)
Post a Comment